Utama Bilik (22) Hadith Al-Sakandary Q&A Bersama Dr. Fathi Al-Sakandary Siri #5

Q&A Bersama Dr. Fathi Al-Sakandary Siri #5

225
0
Iklan

S46: Al-Hasan adakah ianya mendengar daripada Jundub r.a. ? Ibn Abi Hatim meriwayatkan daripada ayahnya bahawa al-Hasan tidak mendengar daripada Jundub dan Abu Hurairah r. tetapi dalam Sahih al-Bukhari ada riwayat Jundub r.a. daripada al-Hasan dengan lafaz haddathana. Benarkah ini kesilapan pada sebahagian nuskhah Sahih al-Bukhari?

J46: Ini adalah soalan yang baik. Perlu diketahui bahawa terdapat perselisihan sesama nuqaad berkenaan sama ada mendengarnya al-Hasan yakni al-Basri dari Jundub bin ‘Abdillah atau tidak. Al-Imam Abu Hatim antara yang menyatakan al-Hasan tidak mendengar dari Jundub, ini sebagaimana kata anaknya Ibn Abi Hatim dalam al-Marasil (138):

“سمعت أبً -رحمه هللا- ٌقول: لم ٌصح للحسن سماع من جندب رحمه هللا”

 

Terjemahan: “daku mendengar ayahku (al-Imam Abu Hatim) berkata: tidak benar mendengarnya al-Hasan dari Jundub”

Manakala al-Imam ‘Ali Ibn al-Madini menyatakan al-Hasan mendengar dari Jundub, ini sebagaimana katanya dalam ‘ilal al-hadith wa ma’rifat al-rijal wa al-tarikh (64):

سمع من جندب بن عبد هللا

 

Terjemahan: “mendengar (al-Hasan) dari Jundub bin ‘Abdillah”.

Turut sama sependapat dengan ‘Ali ibn al-Madini ialah al-Imam al-Bukhari serta al-Imam Muslim yakni al-Hajjaj. Berkata al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir (2/221) ketika membicarakan Jundub:

سمع منه الحسن

 

Terjemahan: “mendengar darinya al-Hasan”

Dalam ulum hadith, terdapat satu kaedah umum berbunyi “ًالناف على مقدم المثبت / al-muthbit muqaddam ‘ala al-nafi”, iaitu penetepan ithbat didahulukan daripada penafian, dalam kes ini penetapan mendengarnya al-Hasan dari Jundub didahulukan daripada penafian. Perlu diketahui bahawa kaedah ini adalah kaedah umum dan tidak boleh digunakan semudah-mudahnya, sebaliknya ia mestilah disokong dengan qarain (petunjuk kuat), dan dalam kes kita ini terdapat qarain yang kuat iaitu riwayat al-Hasan dari Jundub dengan tasrih sama’ serta mengeluarkan riwayat itu oleh al-Bukhari. Dapat kita lihat al-Bukhari mengeluarkan hadith al-Hasan dari Jundub dengan tasrih sama’, misalnya hadith dalam “bab dalam menyebutkan bani israil”, berkata al-Bukhari:

Terjemahan: “Telah bercerita kepadaku Muhammad katanya, telah bercerita kepadaku Hajjaj katanya telah bercerita kepada kami Jarir dari al-Hasan katanya telah bercerita kepada kami Jundub bin ‘Abdillah di masjid ini dan tidaklah kami lupa sejak dia bercerita kepada kami dan tidak juga kami takut risau akan Jundub berdusta atas nama Rasulullah SAW, dia (al-Hasan) berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Ada seseorang antara umat sebelum kalian menderita luka cedera tapi dia tidak sabar (dengan derita sakitnya itu) lalu dia mengambill sebilah pisau kemudian memotong tangannya yang mengakibatkan darah mengalir tidak berhenti (hemorrhage) hingga akhirnya dia meninggal dunia (mati sebab hemorrhage). Lalu Allah Ta’ala berfirman: “Hamba-Ku mendahului Aku dengan membunuh dirinya maka Aku haramkan baginya syurga”.

Hadith ini juga dikeluarkan Muslim dalam Jami’nya al-Sahih (113) dengan jalur yang sama dari Jarir, iaitu Jarir dari al-Hasan katanya telah bercerita kepada kami Jundub. Ini menunjukkan bahawa Muslim juga berpendapat al-Hasan mendengar dari Jundub.

Wujudnya riwayat al-Hasan dari Jundub dengan tasrih sama’ ini merupakan qarain serta bukti kuat bahawa mendengarnya al-Hasan daripada Jundub. Serta mengeluarkan al-Bukhari serta Muslim menunjukkan mereka berhujah dengan riwayat ini dan menguatkan lagi mendengarnya al-Hasan dari Jundub.

Saya telah berbincang dan bertanya akan masalah ini kepada ramai guru-guru saya, antaranya al-Syaikh Islam bin Mansur (ulama hadith di qaherah, mesir, pentahqiq al-Sunan al-Kubra al-Baihaqi), maka jawab beliau kepada saya:

سماع الحسن من جندب بن عبد هللا مختلف فٌه والصحٌح أنه سمع منه، وتصرٌحه بالسماع فً الصحٌحٌن، واعتماده فٌهما دلٌل علٌه، والمثبت مقدم على النافً

 

Terjemahan: “mendengarnya al-Hasan dari Jundub bin ‘Abdillah, baginya terdapat perselisihan, yang benar ialah dia (al-Hasan) mendengar darinya (Jundub), serta tasrihnya dia dengan sama’ dalam alSahihain, berpijak dan berpegangnya kedua al-Bukhari serta Muslim merupakan dalil baginya (bahawa al-Hasan mendengar dari Jundub”, serta al-muthbit muqaddam ‘ala al-nafi”, iaitu penetepan ithbat didahulukan daripada penafian”

Begitu juga saya bertanya kepada guru saya al-Syaikh al-Syarif Hatim al-‘Awni (ulama hadith di arab saudi), jawab beliau kepada saya:

صح سماعه منه

 

Terjemahan: “sah benar mendengarnya (al-Hasan) darinya (Jundub)”

Saya juga telah bertanya hal ini kepada guru saya al-Syaikh Khaled al-Hayek (ulama hadith di jordan), maka jawab beliau kepada saya:

مذهب البخاري أنه سمع من بعض الأحادٌث وهذا ما أمٌل إلٌه

 

Terjemahan: “mazhab al-Bukhari dalam hal ini ialah, al-Hasan mendengar dari Jundub beberapa hadith, dan inilah yang dicenderunginya”

Namun terdapat yang berpendapat tasrih sama’ al-Hasan dari Jundub ini merupakan kesilapan Jarir bin Hazim, iaitu Jarir ketika meriwayatkan hadith ini dan menyebut sanad dia berkata “al-Hasan berkata telah menceritakan kami Jundub”, ini sebagaimana kata guru saya al-Syaikh Ibrahim al-Lahim kepada saya:

جرٌر بن حازم ٌخطئونه فٌما ٌنقله عن الحسن مصرحا فٌه بالسماع، راجع كالم أحمد عنه

 

Terjemahan: “Jarir bin Hazim telah silap dalam menukilkannya dari al-Hasan secara tasrih sama’, rujuk kalam Ahmad tentangnya”.

Guru saya al-Syaikh Ibrahim al-Lahim berpendapat ia adalah kesilapan Jarir bin Hazim, ini kerana al-Imam Ahmad menyatakan Jarir bin Hazim kerap berbuat silap ketika meriwayatkan hadith al-Hasan dengan menyebut tasrih sama’ sedangkan al-Hasan tidak menyebutnya. Antaranya berkata Ahmad bin Hanbal sebagaimana yang dinukilkan Abu Daud dalam Masail al-Imam Ahmad (448/2042):

قال أبو داود: “سمعت أحمد عّد من سمع منه الحس ُن من أصحاب النبً صلى هللا علٌه وسلم وعّد منهم: أحمر. قٌل لأحمد: عم ُرو بن تغلِب؟ فجعل ٌجُبن أن ٌعَّده فٌمن سمع منه الحسن، وقال: لٌس ٌقوله غٌ ُر جرٌر بن حازم ـ ٌعنً ابن حازم عن الحسن قال: حدثنً عمرو بن تغلب

 

Terjemahan: “Berkata Abu Daud: Saya telah mendengar Ahmad mengira siapakah yang al-Hasan telah mendengar daripadanya dari kalangan sahabat Nabi, dan Ahmad pun mengira antaranya: Ahmar. Dikatakan kepada Ahmad: `Amr bin Taghlib? Maka dia tidak berani untuk mengiranya dalam kalangan orang-orang yang al-Hasan telah mendengar daripadanya. Dan dia berkata: Tiada yang mengatakannya selain daripada Jarir bin Hazim. Iaitu “Ibnu Hazim daripada al-Hasan, dia berkata: telah bercerita kepada saya `Amr bin Taghlib”.

Saya kemudiannya mengajukan pendapat bahawa telah silapnya Jarir ini kepada guru saya al-Syaikh Hamzah al-Malibari, kemudian beliau meminta saya membentangkan sanad dalam al-Jami’ al-Sahih bahawa al-Hasan meriwayat dari Jundub dengan tasrih sama’, iaitu sanad:

Terjemahan: “Telah bercerita kepadaku Muhammad katanya, telah bercerita kepadaku Hajjaj katanya telah bercerita kepada kami Jarir dari al-Hasan katanya telah bercerita kepada kami Jundub bin ‘Abdillah di masjid ini dan tidaklah kami lupa sejak dia bercerita kepada kami dan tidak juga kami takut risau akan Jundub berdusta atas nama Rasulullah SAW,..”

Selepas melihat sanad ini, maka berkata al-Syaikh Hamzah al-Malibari kepada saya:

تأمل قول حسن (وما نسٌنا منذ حدثنا) وهذا ٌؤٌد أنه سمع

 

Terjemahan: “perhatikan dengan teliti kata-kata al-Hasan (dan tidaklah kami lupa sejak dia bercerita kepada kami), ini menguatkan bahawa sesungguhnya dia iaitu al-Hasan) mendengar dari Jundub”.

Yang dimaksudkan guru saya al-Syaikh Hamzah al-Malibari ialah, wujudnya perkataan al-Hasan bahawa dia tidak pernah lupa apa yang diceritakan Jundub menunjukkan sememangnya al-Hasan mendengar dari Jundub untuk riwayat ini, seterusnya menjadikan pendapat bahawa Jarir telah silap itu tidak tepat. Maka kesimpulannya ialah, pendapat yang benar tepat ialah al-Hasan sememangnya mendengar dari Jundub. Ini kerana mereka yang menyatakan al-Hasan tidak mendengar dari Jundub tidak membawa bukti, sedangkan mereka yang menyatakan al-Hasan mendengar dari Jundub membawa bukti iaitu riwayat al-Hasan dari Jundub dengan tasrih sama’, dikuatkan lagi dengan perkataan al-Hasan dalam sanadnya bahawa dia tidak pernah lupa apa yang diceritakan Jundub menunjukkan sememangnya alHasan mendengar dari Jundub, serta kaedah umum menyebut “al-muthbit muqaddam ‘ala al-nafi”, iaitu penetepan ithbat didahulukan daripada penafian”. Allah Maha Mengetahui.

 

S47: Benarkah sheikh albani rahimahullah telah mendhoifkan beberapa hadis dari sahih bukhari dan sahih muslim. jika benar berapakah bilangan hadis tersebut.

J47: Ya benar, sememangnya al-Syaikh al-Albani ada menilai Dha’if sejumlah yang amat sedikit hadith-hadith al-Sahihain. Namun hakikatnya hadith-hadith yang dinilai Dha’if oleh beliau dalam al-Sahihain sememangnya Dha’if di sisi al-Bukhari dan Muslim sendiri, ataupun ia sememangnya telah dinilai Dha’if lama dahulu oleh para huffaz Salaf sezaman al-Bukhari dan Muslim, yang merupakan para huffaz yang telah mencapai tahap mujtahid mutlak seperti mereka berdua semisal al-Imam Abu Hatim, al-Imam Abu Zur’ah. Menurut al-Imam Abu Ja’far al-‘Uqailiy, hanya terdapat 4 hadith daripada 7124 hadith dalam al-Jami’ alSahih al-Bukhari yang dipertikaikan kesahihannya oleh al-Imam Ahmad bin Hanbal, al-Imam Yahya ibn Main dan serta al-Imam ‘Ali ibn al-Madini. Kesalahan yang amat kecil ini menunjukkan kehebatan al-Imam al-Bukhari.

Perlu diketahui bahawa kesemua hadith-hadith dalam al-Sahihain yang tidak pernah dikritik oleh para huffaz Salaf yang mencapai tahap mujtahid mutlak dalam hadith yang sezaman al-Bukhari dan Muslim, maka hadith itu kekal Sahih. Manakala hadith-hadith yang telah dikritik oleh para huffaz sezaman alBukhari dan Muslim, maka ia terbuka kepada kajian dan tarjih, boleh jadi hadith itu Dha’if dan telah betul para huffaz yang menDha’ifkan, serta boleh jadi ia Sahih dan telah betulnya al-Bukhari dan Muslim.

Bahkan jika kita teliti, maka kita akan mendapati bahawa majoriti hadith-hadith dalam al-Sahihain yang dinilai Dha’if oleh al-Albani sememangnya Dha’if di sisi al-Bukhari dan Muslim sendiri. Misalnya al-Albani menDha’if hadith-hadith dalam al-Bukhari, yang mana hadith itu adalah hadith-hadith mu’allaqat dalam al-Jami’ al-Sahih, ia juga sebenarnya Dha’if di sisi al-Bukhari serta al-Bukhari sendiri mengisyaratkan Dha’if hadith itu, misalnya dengan sighah tamridh (ini secara umum), ataupun ia adalah riwayat mauquf atau maqtu’, yang mana al-Bukhari masukkan riwayat-riwayat ini bukanlah sebagai hadith dalam kitab beliau, namun hanya sebagai mutabi’ dan syahid (penguat), ataupun sebagai pembuka bab. Hadith-hadith seperti ada yang Sahih dan Dha’if, dan yang Dha’if sememangnya telah dinilai Dha’if oleh al-Bukhari sendiri.

Manakala jika kita teliti hadith-hadith yang dinilai Dha’if oleh al-Albani dalam al-Jami’ al-Sahih Muslim, kita akan dapati bahawa hadith itu sememangnya Dha’if di sisi Muslim sendiri, dan beliau mengisyaratkan Dha’ifnya dalam kitabnya sendiri. Perlu diketahui manhaj (metod) Muslim dalam mengisyaratkan ‘ilal hadith dalam kitabnya al-Sahih ialah dengan cara susunan hadith-hadith dalam kitabnya, iaitu beliau akan mengeluarkan hadith yang paling mahfuz paling kuat jalurnya serta matannya, kemudian membawa hadith yang kurang sedikit tahap kekuatannya dari segi jalur dan matannya, sehinggalah yang Dha’if di akhir-akhir. Hadith-hadith Dha’if yang dibawa Muslim dalam kitab Sahihnya al-Jami’ ini adalah sebagai hadith-hadith penguat dan bukan usul. Mereka yang meneliti kitab Muslim akan mengenal metod ini, antara buku yang baik membicarakan metod Muslim ini ialah karya guru saya al-Syaikh Dr. Hamzah al-Malibari bartajuk “Abqariah al-Imam Muslim”, dianjurkan menela’ah buku ini.

Namun, jika di sana ada (dan saya merasakan tidak wujud) hadith-hadith yang dinilai Dha’if oleh alAlbani dalam al-Sahihain tetapi ia tidak dinilai Dha’if oleh al-Bukhari dan Muslim serta tidak pernah dikritik oleh para huffaz hadith sezaman mereka, misalnya al-Albani menDha’ifkan hadith dalam alSahihain dengan zahir isnad, misalnya kerana dalam isnadnya terdapat perawi yang Dha’if. Jika ini ada berlaku, maka pendapat al-Albani adalah tertolak, dan hadith itu kekal Sahih. Perkara penting, persoalan kenapa wujud para perawi yang Dha’if dalam al-Sahihain? Saya pernah bertanya hal ini kepada guru saya al-Syaikh Hamzah al-Malibari, maka jawab beliau kepada saya:

إن اإلمام مسلم وكذا اإلمام البخاري ٌروون عن الضعفاء ما صح من أحادٌثهم إذاكانت رواٌتهم أعلى من رواٌة الثقات والعلو له اعتبارات كثٌرة ومعظمها علمٌة وفنٌة ودقٌقة ومن المعلوم أن الحدٌث الصحٌح الذي ٌروٌه الضعٌف ال بد أن كون قد وافقه الثقات وكان اختٌار مسلم أو البخاري لما رواه الضعٌف كان من أجل علوه من وراٌة الثقات وهللا أعلم

 

Terjemahan: “al-Imam Muslim begitu juga al-Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada perawi-perawi yang lemah apa yang sahih daripada hadith-hadith yang diriwayatkan oleh mereka jika periwayatan mereka lebih pendek sanadnya daripada periwayatn mereka yang thiqaat. Kependekan rantaian periwayatan mempunyai pelbagai sebab yang kebanyakannya perkara-perkara ilmiah, teknikal dan halus. Dan sebagaimana dimaklumi bahawa hadith sahih yang diriwayatkan oleh perawi yang Dha’if, mestilah ia menyamai apa yg diriwayatkan oleh perawi thiqah.. Dan pemilihan Muslim atau al-Bukhari terhadap apa yang diriwayatkan oleh perawi Dha’if adalah kerana kependekan rantaian sanadnya berbanding periwayatan mereka yang thiqaat namun panjang rantain sanadnya”.

Maka dapatlah disimpulkan di sini, bahawa hadith-hadith dalam al-Sahihain yang dinilai Dha’if oleh al-Albani terbahagi kepada beberapa ketegori:

Pertama, hadith itu sememangnya telah Dha’if di sisi al-Bukhari dan Muslim sendiri, dan mereka mengisyaratkan Dha’ifnya dalam al-Sahihain sendiri.

Kedua, hadith itu sememangnya telah dinilai Dha’if lama dahulu oleh para huffaz Salaf sezaman al-Bukhari dan Muslim, yang merupakan para huffaz yang telah mencapai tahap mujtahid mutlak seperti mereka berdua semisal Al-Imam Abu Hatim, al-Imam Abu Zur’ah, ‘Ali ibn al-Madini. Hadith sebegini terbuka kepada kajian dan tarjih, boleh jadi hadith itu Dha’if dan telah betul para huffaz yang menDha’ifkan, serta boleh jadi ia Sahih dan telah betulnya al-Bukhari dan Muslim.

Ketiga, hadith-hadith dalam al-Sahihain yang dinilai Dha’if oleh al-Albani berdasarkan ijtihad beliau sendiri dengan melihat zahir sanad, jika ada sebegini dan saya merasakan ia tiada, namun jika ada maka penilaian al-Albani tertolak, kerana telah ijma’ ahli ilmu menerima hadith-hadith itu. Allah Maha Mengetahui.

 

S48: seandainya saya ingin menghafal hadis. Bolehkah saya menghafal matan hadis yang pendek, walaupun hadis itu panjang. Dan bagaimana cara kita menjaga adab semasa melontarkan sesuatu hadis. Apa yang perlu disebutkan dan diperincikan?

J48: Dengan pendek itu saya kira menghafaz sebahagian matan? Jika begitu tidak mengapa, namun sebutkan bahawa ia adalah dari sebahagain hadith yang panjang. Boleh meriwayat secara lafzi atau makna, rujuk soal-jawab sebelum ini berkenaan riwayat dengan makna. Allah Maha Mengetahui.

 

S49: apa maksud ilal dan al jarh wal ta’dil?

J49: ‘ilal secara istilah khas bermaksud kecacatan tersembunyi bagi hadith, jarh ialah kritikan, manakala ta’dil adalah pujian. Semua ini akan kita belajar dalam kelas mendatang secara rinci insyaAllah. Allah Maha Mengetahui.

 

S50: antara hasan sahih dengan sahih manakah lebih tinggi darajahnya?

J50: Jika yang dimaksudkan istilah al-Tirmizi dalam Jami’nya, maka Hasan Sahih adalah lebih tinggi. Lanjut dianjurkan merujuk buku saya “pengenalan kepada sunan al-Tirmizi dan manhajnya”, telah saya rincikan di sana. Allah Maha Mengetahui.

 

S51: Adakah semua hadith dhoif dlm Jami’ Tirmizi حٌبالصح مقرونا?

J51: Hadith-hadith yang Dha’if dalam al-Jami’ al-Mukhtasar, maka maknanya benar ini kerana al-Tirmizi menjelaskan bahawa kesemua hadith-hadith dalam Jami’nya al-Sahih diamalkan fiqhnya oleh sebahagian fuqaha’ Salaf, kecuali 2 hadith. Allah Maha Mengetahui.

 

S52: Bagaimanakah kedudukan Az ziyadatu Fil Hadits, yakni tambahan lafadz seorang perawi yang tidak termasuk hadits kedalam matan hadits?

J52: Diterima berdasarkan qarain, dan ditolak berdasarkan qarain, kesemuanya bergantung kepada qarain bagi hadith itu secara khusus, demikian manhaj ahli hadith. Allah Maha Mengetahui.

 

S53: Adkh kitab Muqaddimah Ibn Assolah tu dlm bahagian ulum hadits dirayah sahaja? Bahkan, apakah sebenarnya beza antara pembahagian ilmu hadits kpd 65 bahagian oleh ibnussolah dan pembahagian ilmu hadits kepada dua bahagian (riwaayah dan dirayah)? Mohon dr beri penjelasan agar boleh menghilangkan kemusykilan ini.

J53: Ia merangkumi ilmu riwayah serta ilmu dirayah. Pembahagian cabang ulum hadith kepada 65 bahagian oleh Ibn al-Solah itu apabila dihimpun dan dikumpulkan maka dapat diringkaskan menjadi dua bahagian saja, iaitu riwayah serta dirayah. Allah Maha Mengetahui.

 

S54: Adakah memadai memiliki shahih al bukhari, shahih muslim dan al jami’ ash shahih mimma laisa fis shahihain jika ingin mengumpul hadis2 sahih?

J54: Secara umumnya mencukupi, bahkan dalam kitab al-Jami’ al-Sahih mimma Laisa fi al-Sahihain ada hadith-hadith Dha’if yang dalamnya ‘ilal qadihah. Masukkan sekali bersamanya Muwatta al-Imam Malik, maka insyaAllah mencukupi hadith-hadith Sahih, secara umumnya. Allah Maha Mengetahui.

 

S55: Ada ustaz yg berkata walaupun sahih al bukhari, sahih muslim antara kitab yg paling sahih selepas al quran tetapi tidak sesuai utk rujukan org awam.. mengapa perkara ini berlaku dan apakah maksud sebenar ustaz tersebut.. beliau yg saya kenali arif dalam bab jarh wa ta’dil.. mohon pandangan dari Dr Fathi?

J55: Moga Allah memberkati ustaz tersebut, sungguh apa yang dikatakannya amat benar. Ini kerana kedua al-Sahihain karya al-Bukhari dan Muslim tidak sebutkan fiqh bagi hadith itu secara zahir, al-Bukhari misalnya menyebut fiqh bagi sesuatu hadith secara isyarat dalam abwab serta tarajim kitabnya, abwab dan tarajim kitab al-Jami’ al-Sahih al-Bukhari adalah satu topik yang cukup luas, hanya ulama yang benar pakar saja yang mampu memahaminya dengan betul, jika tidak maka seseorang boleh salah faham. Antara kitab yang amat bagus membicarakan abwab serta tarajim bagi kitab al-Bukhari ini ialah buku bertajuk al-Abwab Wa al-Tarajim Li Sahih al-Bukhari karya Syaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria. Selain fiqh, al-Bukhari juga mengisyaratkan ‘ilal hadith dalam abwab serta serta tarajimnya, iaitu apabila al-Bukhari membuat satu tajuk bab dalam kitabnya al-Sahih yang bertentangan dengan hadith yang di luar kitabnya, itu adalah isyarat akan Dha’ifnya hadith tersebut.

Begitu juga dengan kitab Muslim, beliau tidak membuat bab tajuk bab seperti al-Bukhari, sebaliknya ulama terkemudian membuat bab-babnya antaranya al-Nawawi. Muslim juga mengisyaratkan ‘ilal hadith dalam kitabnya, Berbeza dengan al-Bukhari yang mengisyaratkan ‘ilal bagi hadith dengan tajuk bab, Muslim pula mengisyaratkan ‘ilal hadith dengan cara susunan hadith-hadith dalam kitabnya, iaitu beliau akan mengeluarkan hadith yang paling mahfuz paling kuat jalurnya serta matannya, kemudian membawa hadith yang kurang sedikit tahap kekuatannya dari segi jalur dan matannya, sehinggalah yang Dha’if di akhir-akhir.

Kesemua ini adalah amat sukar untuk ditangkap oleh orang awam, hanya mata ahli hadith sahaja yang mampu memahaminya. Bagi orang awam, dinasihatkan jangan membaca kedua kitab alBukhari dan Muslim ini secara terus, sebaliknya membaca bersama syarahnya, misalnya membaca alJami’ al-Bukhari bersama Fathul Bari karya Ibn Hajar atau Ibn Rajab, atau syarah al-Nawawi atas al-Jami’ al-Bukhari, serta membaca al-Jami’ Muslim dengan syarah al-Imam al-Nawawi. Allah Maha Mengetahui.

 

S56: Seorang tokoh hadis ada mengatakan ada hadis bukhari, muslim dikritik dari segi dirayah dan adakah ini akan membuka keraguan pada kitab hadis tersebut? minta penjelasan kaedah / apa yg dimaksudkan secara terperinci dirayah tersebut..

J56: Silakan merujuk kepada penjelasan saya dalam J47. Allah Maha Mengetahui.

 

Komen dan Soalan