Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Note 63 : Hukum Poligami & Hikmah Pensyariatannya

Note 63 : Hukum Poligami & Hikmah Pensyariatannya

1118
0
Iklan

Bismillah…
Note 63 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

HUKUM POLIGAMI DAN HIKMAH PENSYARIATANNYA

1. Hukum Poligami :

  Adalah harus. Berdasarkan Allah SWT berfirman :
“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat.”
Surah Al Nisa : 3

Hukum poligami ini berubah menjadi sunat, makruh dan haram berdasarkan situasi dan keadaan individu yang inginkan poligami.

1.1. Sunat :

  Seorang lelaki memerlukan isteri yang lain, apabila isteri pertama itu sakit atau mandul sedangkan suami menginginkan anak, suami juga merasakan dia mampu untuk berlaku adil terhadap kedua-duanya.

1.2. Makruh :

  Dilakukan tanpa sebarang keperluan semata-mata untuk menambahkan keseronokan dan hiburan, maka hukumnya adalah makruh.

1.3. Haram :

  Apabila seorang lelaki merasa ragu atau yakin tidak berlaku adil sekiranya berkahwin lebih daripada seorang perempuan sama ada kerana kefakiran, kelemahannya atau tidak yakin dapat memgelakkan dirinya daripada cenderung kepada mana-mana isteri, atau bersikap aniaya, maka hukum poligami adalah haram.

2. Keadilan apakah yang Dituntut terhadap Isteri-isteri?

2.1. Keadilan yang diwajibkan kepada lelaki yang berpoligami ialah keadilan dan persamaan nafaqah, tempat tinggal, giliran bermalam, pergaulan yang baik, dan menunaikan kewajipan yang lain terhadap isteri.

Allah SWT berfirman :
“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isterimu, walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian.”
Surah Al Nisa : 129

3. Hikmah Poligami ialah :

3.1. Untuk menjaga diri seseorang yang tidak memadai seorang isteri untuk menjaga kesuciannya. Perkara fitnah yang sekiranya tidak dibenarkan, akan menyebabkan mereka melakukan perkara yang dilarang agama.

3.2. Poligami juga untuk menjaga perempuan daripada kerakusan nafsu lelaki tanpa ada akad yang menjamin penjagaan anak-anaknya. Hubungan ini hanya berlaku dengan berzina dan sebagai perempuan simpanan, yang menyebabkan perempuan itu tidak dihormati dan dibuang begiti sahaja tanpa dapat sebarang hak.

4. Alasan Poligami :

4.1. Lelaki yang mempunyai nafsu yang kuat terhadap perempuan sedangkan isterinya tidak mempunyai keinginan kepada lelaki sama ada secara fitrah atau penyakit.

4.2. Tercetusnya api peperangan yang pada hari ini merupakan lumrah kehidupan, menyebabkan ramai lelaki yang terkorban dan cacat. Bilangan perempuan makin bertambah melebihi lelaki.

4.3. Suamisteri yang saling menyintai dan menyayangi ingin mempunyai anak, tetapi isterinya mandul dan tidak mampu melahirkan anak.

4.4. Masyarakat yang mengharamkan poligami mendapati keadaan lebih bahaya daripada kemudharatan yang mereka sangkakan berlaku apabila berpoligami.

5. Perhatian :

5.1. Penyalahgunaan hak-hak poligami oleh sebahagian manusia yang jahil tidak menenggelamkan hikmah poligami dalam Islam. Islam tidak bertanggungjawab atas kesan kebodohan dan kekejian yang dilakukan oleh golongan tersebut.

5.2. Islam mengharuskan poligami bukan untuk dijadikan senjata yang melukakan, yang membunuh dan pergaulan yang buruk terhadap isteri, poligami disyariatkan  sebagai menyahut keperluan manusia, memerlihara masyarakat dan individu serta menghapuskan perkara yang keji.

Komen dan Soalan