Utama Bilik (64) Syamail Muhammadiyyah Hadis 17 : ‘Cop’ Kenabian Rasulullah 2

Hadis 17 : ‘Cop’ Kenabian Rasulullah 2

467
0
Iklan

Hadis 17

 

17- حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ يَعْقُوبَ الطَّالِقَانِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَيُّوبُ بْنُ جَابِرٍ، عَنْ سِمَاكِ بْنِ حَرْبٍ، عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ، قَالَ: رَأَيْتُ الْخَاتَمَ بَيْنَ كَتِفَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غُدَّةً حَمْرَاءَ مِثْلَ بَيْضَةِ الْحَمَامَةِ.

 

17- Telah bercerita kepada kami Sa`id bin Ya`qub At-Taliqaniy, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Ayyub bin Jabir, daripada Simak bin Harb, daripada Jabir bin Samurah, dia berkata: Saya telah melihat cop di antara dua bahu Rasuli Llah, iaitu ketulan daging merah, seperti telur burung merpati.

 

Syarah Adou_Fr:

 

Imam At-Tirmizi meriwayatkan hadis ini daripada gurunya iaitu Sa`id bin Ya`qub At-Taliqaniy. At-Taliqaniy ialah penisbahan nama terhadap daerah Taliqan ((شهرستان طالقان)/ Shahrestan-e Taleqan/ Taleqan County) yang merupakan salah satu daripada empat daerah dalam negeri Al-Burz ((استان البرز)/ Ostan-e Alborz/ Alborz Province). Al-Burz pula ialah sebuah negeri daripada 31 buah negeri di Iran. Negeri jirannya ialah Qazwin ((استان قزوين)/ Ostan-e Qazvin/ Qazvin Province), tempat kelahiran Imam Ibnu Majah. Justeru, Sa`id bin Ya`qub ialah anak kelahiran sebuah daerah Parsi, dan dia menggunakan penisbahan nama daerah itu.

 

Sebagai rakyat Malaysia, kita juga boleh meniru penisbahan ini, sama ada menggunakan nama negeri, atau daerah, atau nama tempat yang berkaitan. Contohnya, Negeri Kedah menjadi Al-Qadahiy, Negeri Melaka menjadi Al-Malakiy, Daerah Muar menjadi Al-Muwariy, Daerah Besut menjadi Al-Basutiy. Penisbahan ini digunakan untuk membezakan seseorang dengan seseorang yang lain, agar tidak bertukar. Justeru, apabila kita rakyat Malaysia keluar negara, kita akan dinisbahkan sebagai Al-Maliziy, manakala rakyat `Iraq akan dinisbahkan sebagai Al-`Iraqiy. Ini akan memudahkan mereka mengecam asal usul kita.

 

Di dalam hadis, rawi Jabir bin Samurah memberitahu bahawa dia telah melihat cop di antara dua bahu Nabi. Ini bermakna dia telah melihat Nabi dalam keadaan tidak memakai baju, kerana cop tersebut berada di bahagian belakang bahu Nabi. Cop itu ialah satu ketulan daging, dan disifatkan sebagai merah. Merah ini bukanlah warna seperti merahnya darah atau biji saga, tetapi merujuk kepada sifat cerah, bukan gelap atau hitam.

 

Ketulan daging tersebut – seolah-olah seperti bonjolan tahi lalat hidup – disifatkan sama seperti telur burung merpati. Persamaan ini bukanlah pada warnanya, kerana warna telur burung merpati ialah putih. Namun, ia disamakan kerana saiznya yang kecil atau bentuknya yang hampir bulat seperti telur burung merpati.

 

Dalam hadis ini, sifat cop Nabi disifatkan berbeza daripada hadis sebelum ini. As-Sa’ib bin Yazid menyebut ia seperti butang khemah, dan Jabir bin Samurah menyebut ia seperti telur burung merpati. Pensifatan yang berbeza ini tidaklah bertentangan atau bercanggah antara satu sama lain, kerana setiap rawi menggunakan kata sifat dan pensifatan yang paling hampir dengan pengetahuan dan hal keadaannya.

Nisbah Arab Ikut DAERAH

Nisbah Arab Ikut DAERAH

Nisbah Arab Ikut DAERAH

Nisbah Arab Ikut DAERAH

Nisbah Arab Ikut DAERAH

ترجمة وشرح باللغة الماليزية 

Terjemahan dan Syarah oleh

محمد عدلن بن محمد شريف الدين بن أحمد بن جعفر الدياري

ADÖULINÉ Lacharouphe

Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin

Komen dan Soalan