Utama Bilik (66) Kesalahan Dalam Solat Bidaah dan Kesalahan mengenai Masjid (3)

Bidaah dan Kesalahan mengenai Masjid (3)

177
0
Iklan

Bidaah dan Kesalahan mengenai Masjid – Bhg 3

21.  Menjadikan Masjid sebagai laluan

Nabi saw melarang perkara ini, Rasulullah saw bersabda:

“Janganlah kamu semua jadikan masjid sebagai jalan, melainkan untuk berzikir atau solat”

         (At-Tabrani dri Ibnu Umar, Sahih Al-Jami’ (7215)

 

22.  Bercampur gaul antara wanita dan lelaki di dalam Masjid (dengan niat bergembira)

Musibah yang sering berlaku dengan tujuan untuk menjimatkan perbelanjaan. Niat bukan untuk melaksanakan Sunnah. Perkara ini menimbulkan ikhtilat (bercampur gaul) pemuda dan pemudi di dalam masjid dan boleh menimbulkan fitnah.

23.   Menguatkan suara bacaan Al-Quran di dalam Masjid

Satu kesalahan besar kerana boleh menganggu muslimin yang sedang solat.  Setiap orang yang ingin bermunajat kepada Rabbnya selamanya tidak perlu lebih kuat dari suara seseorang dengan yang lain.

24.   Menutup Masjid setelah solat tanpa ada suatu keperluan

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ مَنَعَ مَسَاجِدَ اللَّهِ أَنْ يُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ وَسَعَىٰ فِي خَرَابِهَا ۚ أُولَٰئِكَ مَا كَانَ لَهُمْ أَنْ يَدْخُلُوهَا إِلَّا خَائِفِينَ ۚ لَهُمْ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Dan siapakah yang lebih aniaya daripada orang yang menghalang-halangi menyebut nama Allah dalam mesjid-mesjid-Nya, dan berusaha untuk merobohkannya? Mereka itu tidak sepatutnya masuk ke dalamnya (mesjid Allah), kecuali dengan rasa takut (kepada Allah). Mereka di dunia mendapat kehinaan dan di akhirat mendapat siksa yang berat. Surah Al-Baqarah (2:114)

Meruntuhkan itu boleh dengan menghancurkan; boleh juga dengan menghalang orang untuk solat dan beribadah di dalamnya.

Bidaah yang tidak diragui haramnya adalah menutup sebahagian masjid pada setiap waktu kecuali pada awal waktu solat.

25.    Melarang mempelajari ilmu di Masjid dan mengusir penuntut ilmu darinya

Mengusir orang yang solat atau penuntut ilmu setelah solat isyak, melarang menuntut ilmu, mematikan kipas angin dan lampu agar orang segera menyelesaikan solatnya kerana pintu hendak ditutup padahal yang terdapat dalam Sunnah adalah membuka masjid secara mutlak pada setiap waktu.

26.   Membina dan menghias mihrab (tempat imam di Masjid)

Ini adalah kesalahan syar’i kerana tiada riwayat dari Nabi saw, para sahabat dan para tabi’in yang menyatakan Nabi saw membuat mihrab di masjid. Ini akan menjadikan orang yang solat sibuk memerhatikan hiasannya hingga kekusyukan yang lahir dari hati hilang. Bahkan sebagai ganti perbelanjaan menghias itu diberikan pada anak yatim muslimin untuk melenyapkan rasa lapar mereka. 

Rasulullah saw bersabda:

          “Jauhilah kamu semua tempat penyembilihan ini –yakni mihrab”

(At-Tabrani danAl-Baihaqi dr Ibnu Amr, Sahih Al-Jami’(120)

27.   Meluaskan mimbar serta meninggikannya sehingga mencecah atap

Mimbar yang digunakan Nabi saw tidak melebihi dari 2 anak tangga  dan setinggi bilik mandi sehingga tidak memutuskan saf dan jemaah dapat melihat khatib. Meninggikan mimbar  akan menutup khatib, memanjangkannya akan memutuskan saf.

Nabi saw bersabda:         

“Sesiapa yang menyambung suatu saf, maka Allah akan menyambungnya.  Dan sesiapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskannya.”

(An-Nasa’idan Al-Hakim, Ibnu Umar Sahih Al-Jami’)

28.   Mendirikan Menara

Memperbanyakkan menara dalam satu masjid adalah pembaziran sedangkan orang fakir muslimin sendiri memerlukan harta (yang digunakan) tersebut. Tiada asas dari Nabi saw dan para sahabatnnya.

29.  Meminta-minta di Masjid

Kebiasaan buruk yang berlaku di setiap tempat.  Bagaimana perasaan kita bila kebiasaan buruk ini berlaku di rumah Allah swt?  

30.  Merokok di tempat wuduk Masjid

Kebanyakan muslimin bila berada di tandas masjid akan menyalakan rokok.  Ada pula yang telah masuk ke dalam masjid masih merokok sehinggalah telah sampai ke tempat solat baru memadamkan api rokoknya lalu terus solat.  Sudah tentu ahli jemaah lain gelisah akibat bau rokok tersebut.

Komen dan Soalan