Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 01.08.05 #150315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits: Sahih Muslim

01.08.05 #150315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits: Sahih Muslim

107
0

Sahih MUSLIM

 
 

Nota 01.08.05 Mengenal Kitab-kitab Hadits  

 
Susunan: BroSyarief 
 
SAHIH MUSLIM 
 
Nama sebenarnya ialah al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min as-Sunan binaql al-‘Adl ‘an al-‘Adl ‘an RasulilLah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam. 
 
Nama penulisnya ialah Muslim ibn Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairi, al-Naysaburi. 
 
Lahir di Naysabur pada tahun 206H, kemudian meninggal juga di tempat yang sama pada tahun 261H. 
 
Beliau mengembara sejak kecil ke Hijaz, Syam, Mesir, Iraq, Baghdad dan banyak lagi.
 
Beliau juga berguru dengan al-Imam al-Bukhari, Yahya at-Tamimi, Ibn Abi Syaibah, dan banyak lagi. 
 
Beliau berjaya mengumpul lebih dari 300 000 hadits yang kemudiannya dipilih daripadanya untuk dimasukkan ke dalam kitab sahihnya. 
 
Jumlah hadits di dalam Sahih Muslim adalah sebanyak 3033 hadits mengikut satu pendapat dan ada yang mengatakan 4616. Terdapat 820 hadits yang sama-sama disepakati beliau dan al-Bukhari. 
 
Di antara keunikan Sahih Muslim: 
 
01. Mempunyai muqaddimah, yang mana di dalamnya ada disentuh berkaitan Ilmu Hadits. 
02. Disusun mengikut bab-bab feqah dan ilmiah, tetapi tanpa meletakkan sebarang tajuk. Kemudian, diletakkan tajuk-tajuk oleh ulama yang mensyarahkan Sahih Muslim seperti Imam an-Nawawi. 
03. Dikumpulkan semua sanad bagi satu hadits pada satu tempat, menyebabkan tiada hadits yang berulang kecuali sedikit. 
04. Mengumpulkan hanya hadits-hadits Nabi sallalLaahu ‘also hi wa sallam, kecuali sedikit dari perkataan-perkataan sahabat. 
05. Sikitnya hadits Mu’allaq. Ada yang kata 14 hadits atau 17 hadits. 
 
Di antara kitab-kitab yang mensyarahkan Sahih Muslim:
 
01. al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim ibn al-Hajjaj, oleh an-Nawawi (w.676H)
02. Fathul Mulhim li Syarh Sahih Muslim, oleh al-Utsmani (w.1369H) 
03. Minnatul-Mun’im Syarh Sahih Muslim, oleh al-Mubaarakfuri
 
Dan banyak lagi. 
 
walLaahu a’lam
 
Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Muhammad Abullayts KhairAbaadi. 
 
#BroSyariefShares
 

Komen dan Soalan