Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Sumpah

Sumpah

175
0
Iklan

Bismillah…
Note 46 : ruj. Al Fiqh Manhaji 2

SUMPAH

1. Pengertian :
  Aiman ialah kata jama bagi perkataan yamin, dari segi bahasa bererti kekuasaan.

Firman Allah SWT : “Sudah tentu kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan kami.:
Surah Al Haqqah : 45

  Perkataan Yamin juga, bermaksud tangan kanan kerana kekuatan tenaga pada tangan tersebut, ia bermaksud dengan sesuatu yang dimuliakan.

Allah SWT berfirman : “Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah) akan tetapi, kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh.”
Surah Al Maidah : 89

Aisyah R. Anha berkata : “Ayat ini diturunkan dengan kata-kata seorang lelaki yang menyebut tidak, demi Allah! Dan bahkan, demi Allah.”
Riwayat Al Bukhari : 6286

  Sumpah boleh dilakukan terhadap perkara yang telah berlaku, seperti demi Allah, aku tidak pernah melakukan begitu.” Atau “Demi Allah, aku telah melakukannya!”

  Allah SWT berfirman ; “Mereka bersumpah dengan nama Allah, bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang buruk terhadapmu).”
Surah Al Taubah : 74

  Berdasarkan hadith Nabi bermaksud : “Demi Allah! Aku akan memerangi Quraisy.”
Riwayat Imam Abu Daud : 447

2. Hukum Sumpah :
  Bersumpah adalah makruh. Berdasarkan firman Allah SWT : “(Dan janganlah kamu jadikan nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalang kamu.”
Surah Al Baqarah : 224

  Ayat ini melarang manusia daripada banyak bersumpah dengan nama Allah disebabkan kemungkinan, orang yang bersumpah itu tidak dapat menunaikannya.

Harmalah Rahimullah berkata : “Aku mendengar Imam Al Syafie Rahimahullah berkata : Aku tidak pernah bersumpah dengan nama Allah, sama ada benar ataupun berbohong!”

2.1. Haram :
  Bersumpah haram samada melakukan sesuatu yang haram, meninggalkan yang wajib atau bersumpah bohong.

2.2. Wajib :
  Bersumpah yang wajib ia merupakan satu-satunya cara untuk menyelamatkan orang yang teraniaya atau untuk membuat kebenaran.

2.3. Harus :
  Bersumpah harus adalah sama ada untuk melakukan kebaikan, memjauhi maksiat, membimbing kepada kebenaran atau memghindarkan kebatilan.

2.4. Bersumpah yang sunat adalah apabila ia merupakan cara yang berkesan kepada pendengar dan yang menyebabkan mereka menyakini nasihat-nasihat yg disampaikan.

3. Larangan Menggunakan Sumpah Sebagai Sandaran dalam Percakapan dan Interaksi :
  Kerana orang mukmin sememangnya mengagungkan Allah SWT. Hatinya penuh dengan takwa dan kehebatan Allah. Jesteru, sudah tentulah keagungan dan takwa tersebut bertentangan dengan penghinaan bersumpah yang sedemikian terhadap nama Allah.

4. Syarat-syarat Sumpah :
4.1. Orang bersumpah hendaklah waras dan baligh.

4.2. Sumpah yang tidak sia-sia.

4.3. Bersumpah dengan satu daripada yang berikut:
4.3.1. Zat Allah SWT.
4.3.2. Nama khas bagi Allah SWT.
4.3.3. Sifat Allah SWT

5. Jenis Sumpah :
5.1. Nyata : setiap sumpah dilakukan oleh seseorang dengan menyebut nama Allah yang khusus bagi Allah. Seperti “Aku bersumpah dengan nama Allah!”.

5.2. Tidak Nyata : bersumpah secara umum dengan lafaz yang boleh digunakan untuk merujuk kepada Allah SWT.. seperti “Aku bersumpah dengan Pencipta..”

6. Hukum Bersumpah :
6.1. Sumpah Nyata : dianggap sah sebaik sahaja dilafazkan.

6.2. Sumpah Tidak Nyata : ianya tidak dianggap sah dengan niat dan tujuan bersumpah.

7. Menepati Sumpah atau Melanggarnya:
7.1. Menepati sumpah bermaksud melaksanakan janji yang dibuat dengan bersumpah.

7.2. Melanggar sumpah bermaksud tidak melaksanakan janji atau pernyataan yang dibuat didapati dusta.

8. Hukum Menepati Sumpah atau Melanggarnya :
8.1. Hukum atau kesan menepati sumpah adalah orang yang bersumpah terlepas daripada iltizamnya.

8.2. Hukum melanggari sumpah terbahagi kepada dua :-
8.2.1. Melanggari sumpah kerana tidak menepati janji yang dibuat dengan sumpah.

8.2.2. Melanggari sumpah disebabkan kenyataan tidak benar yang cuba diyakinkan denvan bersumpah.

Komen dan Soalan