Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 01.06.01 #080315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

01.06.01 #080315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

68
0
preview
 
Nota 01.06.01 Kedudukan as-Sunnah dalam Syari’at Islam
 
Susunan: BroSyarief
 
1. Rasul sallalLaahu ‘alaihi itu DITAATI, DIIKUTI & DICONTOHI.
 
Firman Allah ta’ala, “Barangsiapa menTAATI Rasul, dia mentaati Allah..” [an-Nisa:80]
 
FirmanNya lagi, “Katakanlah (wahai Muhammad), TAATILAH Allah dan Rasul. Jika mereka berpaling, (ketahuilah) sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang kufur” [Aali-‘Imran:32]
 
Sabda Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, “Setiap ahli umatku akan memasuki syurga, kecuali mereka yang enggan”. Sahabat bertanya, “Siapa yang enggan?”. Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam menjawab:
 
من أطاعني دخل الجنة ومن عصاني فقد ابى
 
“Siapa menTAATI aku, akan masuk ke Syurga. Siapa yang mengingkari aku, dia sebenarnya enggan.” [HR alBukhari:7280]
 
Dan dipersyaratkan oleh Allah, untuk mendapatkan cinta Allah, haruslah mengIKUTI baginda Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam:
 
“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika kalian mencintai Allah, maka IKUTILAH aku, nescaya Allah akan mengurniakan cinta buat kalian..” [Aali-‘Imran:31]
 
Dan mengIKUTI Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, menjadi syarat kepada HIDAYAH dari Allah:
 
“..dan IKUTILAH baginda, supaya kamu beroleh petunjuk” [al-A’raf:158]
 
Dan Allah subhanahu wa ta’ala jadikan baginda sallalLaahu  ‘alaihi wa sallam, contoh terbaik bagi umat manusia:
 
“Sungguh bagi kalian, pada diri RasululLah itu, ada contoh terbaik, bagi mereka yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (keselamatan di) hari Akhirat, dan banyak mengingati Allah” [al-Ahzab:21]
 
Ayat ini menggambarkan betapa sesiapa yang benar-benar inginkan kejayaan yang hakiki di akhirat dan malahan di dunia, hendaklah benar-benar mengambil idolanya yang utama, yakni RasululLah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam sebagai CONTOH dalam setiap perkataan, perbuatan, dan segala keputusan yang dibuat dalam kehidupan mengambil hikmah dari sunnah-sunnahnya sallalLaahu ‘alaihi wa sallam.
 
Dan tidaklah diiktiraf seseorang sebagai mentaati, mengikuti dan mencontohi baginda sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, kecuali dengan melaksanakan segala perintahnya, menjauhi larangannya, meniru akhlaq dan sikapnya, menjadikan sunnahnya diamalkan dalam setiap bahagian dalam kehidupan keseluruhannya, dan semua ini tidak ditemui kecuali dari sumber-sumber utama kitab-kitab hadits dan yang seumpamanya.
 
WalLaahu a’lam.
 
Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Muhammad Abullayts KhairAbaadi.
 
#BroSyariefShares

 

Komen dan Soalan