Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Pelbagai Hukum Haji

Pelbagai Hukum Haji

261
0
Iklan

Bismillah
Note 43 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

PELBAGAI HUKUM HAJI

1. Seseorang wanita yang mengerjakan haji mesti menanggung upah mahram yang tidak sanggup pergi bersama samanya kecuali dengan upah tersebut sekiranya dia mampu membayarnya. Sebaliknya, jika dia tidak sanggup membayar upah berkenaan, dia terkeluar dari syarat berkemampuan dan tidak wajib mengerjakan haji.

2. Begitu juga seseorang yang buta dengan pengiringnya yang tidak sanggup memimpinnya kecuali dengan upah, mesti menanggung upah tersebut, sebagaimana mahram bagi seseorang perempuan.

3. Orang yang tidak mampu mengerjakan ibadah haji bersendirian, wajib mengupah seseorang yang untuk mengerjakan haji bagi pihaknya, dengan upah yang wajar dan sepadan. Begitu juga jika dia tidak semestinya menerima tawaran orang lain  atau anaknya sendiri yang sanggup memberikan upah kepada sesiapa yang mengerjakan haji bagi pihaknya.

4. Seseorang yang mengerjakan haji dan berwujuf pada hari ke 10 Zulhijjah secara tidak sengaja, wukufnya diterima dan hajinya tidak wajib qadha. Ini berdasarkan hadith Nabi SAW berbunyi : “Hari Arafah adalah hari yang orang itu mengetahuinya.”

5. Wanita yang haidh harus meninggalkan Makkah tanpa memgerjakan tawaf wada’. Hal ini berdasarkan haidth, daripada Ibn Abbas RA.

“Semua orang diperintahkan supaya memgakhiri masa mereka berada di Makkah dengan tawaf di Kaabah kecuaku wanita yang haidh diberikan keringanan.”
Riwayat Al Buqari, Muslim (3384)

6. Sebagaimana haram berburu bagi orang yang menunaikan haji, begitu juga haram memotong tumbuh-tumbuhan yang tumbuh sendiri di tanah haram. Sesiapa yang memotongnya wajib membayar fidyah seekor unta bagi pokok yang besar dan seekor kamben bagi pokok yg kecil, manakala yang lain dikenakan berdasarkan nilainya.

7. Memburu di Makkah juga haram. Sebagaimana memburu di tanah haram. Akan tetapi, tidak dikenakan sebarang fidyah atau gantian.

8. Sah kanak-kanak yang melakukan ibadah tersebut, tetapi boleh mengantikan kefardhuab mengerjakan haji dalam Islam. Bahkan, apabila baligh, dia wajib mengerjakan haji yang difardhukan sekiranya terdapa syarat-syarat berkemampuan menunaikannya.

Komen dan Soalan