Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Hukum Tersekat Atau Terlepas Wukuf di Arafah

Hukum Tersekat Atau Terlepas Wukuf di Arafah

821
0
Iklan

Bismillah…
Note 42 : ruj al fiqh Manhaji 2

HUKUM TERSEKAT ATAU TERLEPAS WUKUF DI ARAFAH

1. Pengenalan :

Halangan yang menyekat orang masuk ke Mekah, untuk melakukan ibadah haji. Dihalang oleh musuh daripada memasuki Makkah atau disekat dan ditutup semua laluan ke sana, hendaklah bertahallul di mana mana tempat dia berada dengan menyembelih kamben di tempat tersebut dengan niat tahallul, seterusnya bercukur atau bergunting.

Firman Allah SWT : “Maka sekiranya kamu dikepung (dab dihalang daripada menyempurnakan ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah dam yang mudah didapati dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang dam itu sampai (dan disembelih) ditempatnya.”
Surah Al Baqarah : 196

1.1. Ayat tersebut turun di Hudaibiyah ketika orang musyrikin memghalang Nabi SAW dan para sahabatnya yang menuju ke Baitullah untuk mengerjakan umrah.

1.2. Seseorang wanita berihram haji atau umrah tanpa izin suaminya sama ada ibadat itu fardhu atau sunat, maka suaminya boleh suruh dia bertahallul. Isteri yang diminta oleh suami yang tidak berihram untuk bertahallul, dia wajib mematuhinya. Keadaannya sama bertahallul menghadapi sekatan.

1.3. Mereka yang terlepas wukuf di Arafah samaada disebabkan keuzuran atau tidak, hendaklah bertahallul dengan melakukan tawaf, saie dan bercukur. Wajib membayar dam dan mengqadhakan ibadah haji segera pada tahun berikutnya.

Perhatian :

Orang yang mengerjakan haji atau umrah boleh mengenakan syarat bahawa sekiranya dia jatuh sakit atau belaku sesuatu seumpamanya dia akan bertahallul. Jesteru, apabila sesuatu disyaratkan itu berlaku, haruslah baginya bertahallul.

1.4. Meninggal dunia semasa haji : matinya adalah dalam keadaam berdosa. Wajib ditentukan sesorang baginya mengerjakan haji dan umrah bagi pihaknya, dengan tanggungan harta si mati, yang dianggap sebagai hutangnya. Harta peninggalannya tidak boleh difaraidkan kecuali selepas melunaskan semua hutang tersebut.

1.5. Ibadah haji yang belum ditunaikan, ibarat hutang yang tidak akan gugur dengan sebab kematian. Perhatikan haidth Nabi SAW bersabda : “Ibuku bernazar mengerjakan haji, bolehkah aku mengerjakan haji baginya?” Baginda menjawab : “Iya. Tunaikanlah haji bagi pihaknya. Bukankah kiranya ibumu berhutang. Kamu akan menyelesaikannya?” Dia menjawab : “Ya!”
Sabda Baginda lagi : “Tunaikanlah hutang Allah kerana ia lebih berhak ditunaikan.”
Riwayay Al Buqhari : 7315

Komen dan Soalan