Utama Bilik (75) Tafsir Al-Quran Tafsir Surah Az-Zumar – Ayat 1 hingga 2

Tafsir Surah Az-Zumar – Ayat 1 hingga 2

1154
0
Iklan

TAFSIR SURAH AZ-ZUMAR 

تَنْزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ

Kitab (Al Quran ini) diturunkan oleh Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (Az Zumar: 1)

 إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ فَاعْبُدِ اللَّهَ مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab (Al Quran) dengan (membawa) kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya (Az-Zumar:2)

Apabila sahaja kita membaca ayat-ayat Al-Quran ini hendaklah kita mengetahui/merasai/menganggap Allah sedang mengajar kita.  Allah berkata-kata terus kepada kita.

Semua ayat-ayat ini adalah untuk diri kita seorang. Selepas mempelajarinya hendaklah kita sampaikan kepada orang lain.

Jika sekiranya ayat-ayat yang Allah ajar ini tidak dilanggar bermakna saudara telah beriman dengan ayat-ayat ini.  Jika ayat-ayat yang Allah ajar ini terkena pada diri saudara,  maka saudara telah langgar ayat-ayat ini. Oleh itu bertaubatlah.

Semua perihal kita ada di sebut di dalam Al Quran, samada perbuatan, kata-kata atau ada di dalam hati, termasuk juga kepada semua kafir-kafir di luar sana. 

Kitab Al-Quran di turunkan secara beransur-ansur selama 22 tahun 10 bulan. 

Taurat di turun sekali gus secara bertulis.

Zabur juga sekali gus tetapi tidak bertulis.

Injil sekali gus juga tidak bertulis.

Zat yang ada sifat tuhan adalah Allah. Zat-zat lain semua tidak mempunyai sifat tuhan.

Bersifat al Aziz iaitu gagah perkasa. 

Adakah ada seorang di negara ini yg ada sifat begini? Tidak berani orang berlawan dengannya kerana pandai bersilat, garang dan panas baran pula. Seluruh polis dan askar serta orang lain tidak berani dengannya. Dia boleh rampas harta, bunuh orang serta lain-lain pada sesiapa sahaja.

Tidak ada kan?

Maka Aziz sifat Allah itu lebih lagilah daripada sifat yang disebutkan tadi.

Ya. Itulah Allah yang boleh buat apa sahaja kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa mengikut caraNya. 

Al Hakim pula adalah sangat bijaksana.  Allah menurunkan Al-Quran ini kepada kita supaya kita boleh mendapat panduan hidup di dunia dan juga akhirat. 

Allah juga mengutus seorang Nabi lagi Rasul pula untuk mengajar atau menafsir ayat-ayat Allah kepada kita semua. Takut kita tidak jumpa jalan yang benar. 

Jika tidak nanti kita akan mengadu pada Allah, kenapa Allah turunkan kitab tetapi tidak utuskan Nabi, maka sebab itulah kami sesat. 

SURAH AZ-ZUMAR : AYAT 2

 إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ فَاعْبُدِ اللَّهَ مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ

Sesunguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab (Al Quran) dengan (membawa) kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya (Az-Zumar:2)

Allah berkata lagi kepada kita semua.  Sesungguhnya Kamilah yg bernama Allah dalam ayat 1 itu. Yang menurunkan Al Quran ini kepada kamu, Nabi Muhammad saw.

Nabi saw sudah wafat tetapi Al Quran masih ada. Maka Al Quran ini di turunkan atau dikirimkan kepada kita. Yang menurunkan kitab Al Quran ini kepada kamu semua dengan tujuan bil haq iaitu dengan kebenaran.

Apakah kebenaran nya?

1. Menjadi hakim

2. Membuat keputusan yang adil

3. Kebenaran

Atau apa?

Dengan kebenaran adalah untuk menzahirkan kepada kita siapa Tuhan yang di sebut-sebut di dalam ayat 1 tadi.  Dengan haq itu adalah untuk zahirkan Allah itu Tuhan kita yang telah menurunkan Al-Quran ini.

Makna bil haq atau dengan kebenaran adalah untuk kita semua kenal siapa Allah Tuhan kita.

Al Quran ini ialah untuk kenal Allah, Tuhan kita, bukan mana-mana kitab yang manusia tulis.

Maka sombonglah kita jika tidak mengenali Allah, Tuhan kita, Pencipta kita. 

Oleh kerana kamu hendak belajar mengenali  Allah maka sembahlah Allah.

Maka sembahlah Allah, pujalah Allah sahaja, ibadat kerana Allah sahaja, berdoalah hanya pada Allah sahaja. 

Jangan guna broker sebagai orang tengah di dalam berdoa seperti solat hajat. Jangan guna broker dalam ibadat yang dipanggil tawasul itu. 

Tulus ikhlas hanya pada  Dia sahaja iaitu Allah. Macam paderi tidak berkahwin, duduk dalam gereja tidak bergaji, ikhlas.  Seperti sami tidak berkahwin, duduk ikhtikaf di dalam kuil, tidak bergaji, ikhlas.  Tok ca budha pun ikhlas. Paisam sikh pun ikhlas. Orang kafir yang berderma pun ikhlas. 

Jadi ikhlas bagaimana yang Allah maksudkan?

Maksudnya ikhlas bersyarat iaitu:

1. Tidak melakukan syirik

2. Tidak buat perkara bidaah

3. Tidak riak, wujub, takabbur,10 sifat tercela, syirik khofi

4. Buat sesuatu hanya kerana Allah

5. Islam

6. Buat sesuatu saperti yang Allah perintah dan yang Nabi saw ajar

Jika salah satu di atas tidak sempurna dilakukan maka ikhlasnya terbatal.
Tulus ikhlas pada Allah sahaja di dalam ugama.

Deen dalam ayat di atas bermakna:

1. Agama

2. Ibadat

3. Doa

4. Cara hidup

Oleh kerana surah ini adalah berkenaan dengan tauhid dalam ibadat maka tulus ikhlas hanya pada Allah sahaja dalam ibadat kamu.

Ulang Tafsir

Penurunan kitab ini secara beransur-ansur selama 22 tahun 10 bulan daripada satu zat yang ada sifat Tuhan yang bernama Allah swt. 

Bersifat gagah perkasa yang boleh berkuasa membuat apa sahaja pada sesiapa sahaja pada bila-bila masa samada hendak dimasukkan terus ke  dalam neraka atau ke syurga atau ditangguhkan dahulu.

Bersifat Hakim iaitu Maha Bijaksana, menangguhkan azab pada yang engkar tauhid dan beri peluang untuk berfikir.  Tangguhkan  nikmat syurga pada yang  beriman untuk diuji lagi supaya mereka boleh ditempatkan ke darjat yang lebih tinggi di syurga.

Siapakah Allah ini?

Kamilah Allah yang di sebut dalam ayat 1 itu; yang menurunkan kepada kamu semua kitab-kitab ini.

Apakah tujuannya?

Untuk zahirkan kepada kamu semua bahawa Allahlah Tuhan kamu yang layak di sembah.

Al Quran ini adalah untuk kenal Allah. Maka hendaklah kamu sembah Aku sahaja, puja Aku sahaja,  ibadat pada Aku sahaja, berdoa hanya pada Aku sahaja.

Apakah syarat ibadat?

Tulus ikhlas sepertimana Aku ajar tauhid kepada kamu. Nabi mengajar kamu syariat-syariat, cara-cara ibadat kepada Aku sahaja di dalam ibadat kamu. Maknanya tidak boleh mereka-reka ugama selepas itu dan beramal dengannya. Bermakna juga semua ajaran yang bukan daripada wahyu Allah dan hadis Nabi saw adalah SALAH.

Mengapa Allah bercerita tentang pengenalan 2 ayat di atas tadi?

Maknanya Allah hendak memberitahu perkara besar tentang kekufuran yang rata-rata dibuat oleh orang-orang kafir di seluruh dunia sejak dari  zaman Nabi Nuh as lagi.

Perkara-perkara kekufuran ini bermula di ayat 3 ini

Beri perhatian dan lapangkan dada iaitu jika saudara-saudara ada buat perkara ini maka saudara-saudara adalah saperti orang-orang yang melawan Nabi Nuh as, Nabi Ibrahim as, Nabi Musa as, Nabi Isa as dan Nabi Muhammad saw, iaitu orang-orang musyrikin di zaman mereka.

KETAHUIlah dan FAHAMkanlah bahawa milik Allah sahaja agama yang lurus lagi benar ini bukan milik Nabi Muhammad saw atau milik bersama dengan Nabi Muhammad saw atau milik kita bersama Allah swt. 

Milik Allah pencipta segala sesuatu. Dia pencipta, Dia memiliki, Dia memberi rezeki dan keperluan hidup makhluk ciptaanNya. Dia mengurus segala urusan makhlukNya.  Semuanya di uruskan sendiri oleh Allah swt. Tidak berkongsi dengan makhluk lain dan tidak bertanya makhluk apa keperluan mereka. Tidak boleh dipaksa, dibodek, didesak oleh sesiapa untuk berbuat apa sahaja. 

Milik Allah swt sahajalah agama yang benar ini. Agama yang lurus ini. Yang bengkok dan direka-reka adalah milik kamu dan yang bercampur dengan bidaah adalah milik kamu. Agama yang asli hanya milik Allah. Agama rekaan milik kamu.

Kenapa Allah berkata begini?

Kerana agama rekaan manusia telah bercampur dengan agama Allah swt yang asli,iaitu bahagian ayat ini dipanggil ayat ancaman,zajrun dan orang yang mengambil agama selain daripada Allah. Maksud selain daripada Allah dari segi akidah dan kata-katanya adalah musyrikin.

Tidaklah kami puja/seru/bodek mereka ini Nabi-nabi, wali-wali dan malaikat melainkan untuk menghampirkan diri kami kepada Allah maha Pencipta dengan sehampir-hampir dan serapat mungkin. 

Inilah syirik yang berlaku daripada zaman Nabi Nuh dan juga zaman Nabi Muhammad saw kita yang sekarang di akhir zaman

Tanyalah pada penganut agama hindu, budha, kristian, yahudi, syiah, habib, ahli-ahli tarikat, pengamal-pengamal wirid keramat, persilatan, bomoh, tukang nujum, iban, kadazan, dayak, orang asli. Semua mereka mengaku Allah atau Tuhan pencipta, cuma mereka ini boleh bodek Allah dan desak Allah. Mereka berpendapat bahawa Allah tidak beri kalau diminta tetapi dengan menggunakan mereka sebagai perantara Allah akan makbulkan permintaan. Kami sudah mendapat banyak hasil dengan cara begini.

Allah telah memberi ancaman.  Sesungguhnya Allah akan buat penghakiman di antara mereka. Satu puak yang menyembah Allah sahaja dan satu puak lagi menyembah Allah tetapi dalam masa yang sama memuja orang lain dengan tujuan untuk membodek Allah.

Semasa mereka ini hidup di dunia mereka menghadapi masalah tauhid dalam mengEsakan Allah. Berlaku perselisihan di mana satu puak kata bertawasul cara begini dibolehkan dan boleh masuk syurga. Satu puak lagi berkata ini adalah syirik pada Allah dan boleh dimasukkan ke dalam neraka. Sementara ahli bidaah kata boleh kerana terdapat kekeliruan dengan ikhtilaf di dalam hadis.

Ikhtilaf yang dimaksudkan oleh Nabi adalah berkaitan dengan fekah sedangkan ikhtilaf yang terdapat di dalam Al-Quran adalah berkaitan dengan masalah tauhid. 

Semua mazhab menggunakan Al Quran dan Hadis Kutubus Sittah yang sama. Tiada perselisihan di antara mazhab terhadap tauhid.

Sesungguhnya Allah berkata lagi bahawa di dunia ini Allah tidak akan beri petunjuk dan pimpinanNya pada seorang pendusta yang dimulutnya berkata bahawa Allah memerlukan perantaraan. Akidahnya pula kufur maka kufurlah bila amalkan tawasul ini. 

…bersambung ayat Az-Zumar seterusnya

 

Komen dan Soalan