Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Ihram

Ihram

283
0
Iklan

Bismillah…
Note 29 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

IHRAM

Pengenalan :

– Permulaan amalan haji merupakan laluan masuk segala ibadah haji serta berbagai rukun dan wajibnya.

1. Perkara yang Berkaitan dengan Ihram :
Ada 3 perkara :

1.1. Miqat : terbahagi kepada dua.
i. Miqat zamani bermaksud tempoh yang sah berihram haji. Miqat Zamani adalah pada Syawal, Zulkaedah dan 10 hari pertama bulan Zulhijjah jangkamasa boleh dilakukan ihram haji.

ii. Miqat Makani bermaksud sempadan sesuatu tempat yang tidak harus dilampaui oleh seseorang yang mengerjakan ibadah haji kecuali setelah berihram atau beberapa sempadan tertentu yang melangkaui kawasan tanah haram Makkah dari berbagai arah. Telah ditentukan oleh Rasulullah SAW kepada mereka yang dataang dari jauh menuju ke Makkah, sampai ditempat tersebut dan belum berihram, wajib memulakan ihram disitu.

Sempadan2 berikut adalah seperti berikut:
a. Zulhulaifah yang dikenali dengan nama Abyar’ Ali iaitu miqat bagi orang yang datang dari Madinah Al Munawarrah, sunat berihram di Masjid Zukhulaifah.

b. Al Juhfah, iaitu miqat bagi orang yang datang dari Syam (Syria), Mesir dan Maghrib. Wajib berihram sama ada ditempat itu sendiri atau kawasan bersebelahan kanan dan disebelah kiri yang selari dengannya.

c. Yalamlam, iaitu miqat bagi orang yang datang dari Tihamah dan Yaman.

d. Qarnu, iaitu miqat bagi orang yang datang dari Najad, Hijaz dna Najad Yaman.

e. Zatu’ Irqin, iaitu miqat bagi orang yang datang dari kawasan sebelah timur seperti Iraq, Telok Arab dan seumpamanya. Wajib berihram samaada ditempat itu sendiri.

f. Kediaman dan rumah sendiri, miqat bagi orang yang tinggal atau berada di Makkah dan kawasan yang berhampiran dengannya. Berihram sebelum menuju perjalanan ke Arafah.

Kesemua miqat tersebut ialah miqat bagi mereka yang mengerjakan haji dan umrah yang datang dari luar Makkah.

1.2. Cara Berihram Haji dan Umrah

Ihram ialah niat memulakan ibadah hajo dan umrah atau kedua duanya sekali, beserta amalan dan adab bagi menyempurnakannya.

i. Ingin memulakan haji dan umrah hendaklah terlebih dahulu melakukan perkara-perkara dibawah:

a. Mandi : sunat mandi dengan niat ihram, tidak dapat mandi hendaklah dia bertayammum.

b. Mengharumkan tubuh : sunat mengenakan wangian pada tubuh badan.

Aisyah R. Anha : “Seolah-olah aku ternampak sesuatu yang berkilat ditengah-tengah kepala Rasulullah SAW semasa baginda berihram.”
Riwayat Al Bukhari : 271
Al Nasaie dan Al Baihaqi dalam Ma’rifatu Al Sunan wa Al Athar

c. Menukar pakaian : wajib bagi lelaki menanggalka  pakaian dan mengantikan dengan sehelai kain yg tidak dsarungka  dan sehelai selendang. Sunat berwarna putih.

Sementara wanita pula, wajib menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan dua belah tapak tangan yang wajib didedahkannya.

Rasulullah SAW bersabda :
“Janganlah menutup muka dan memakai sarung tangan.”
Riwayat Al Buhari : 1838
Abu Daud, Al Tarmizi, Al Nasaie, Imam Malik, Imam Ahmad, Al Baihaqi, Abu Ya’la, Ibn Abi Syaibah dab Ibn Khuzaimah

d. Solat Dua Rakaat : sunat melakukan solat sebanyak 2 rakaat dengan niat sunat ihram.

Komen dan Soalan