Utama Bilik (78) Bulughul Maram & Fathul Bari Hadis ke 12

Hadis ke 12

310
0
Iklan

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم

اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي 

أما بعد،


Hadis 12


وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طُهُورُ إنَاءِ أَحَدِكُمْ إذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ وَفِي لَفْظٍ لَهُ فَلْيُرِقْهُ وَلِلتِّرْمِذِيِّ أُخْرَاهُنَّ أَوْ أُولَاهُنَّ

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“(cara) membersihkan bekas air setiap kamu bila dijilati anjing ialah dengan di basuh tujuh kali, yang pertamanya dicampur dengan tanah.” Dikeluarkan oleh Muslim. Pada riwayat muslim menyebut lafaz : “Hendaklah ia membuang air itu.”

Menurut riwayat Tirmidzi: “Yang terakhir atau yang pertama (dicampur dengan tanah).

Penerangan lafaz hadis.

1- Lafaz طُهُورُ bermaksud membersihkan atau dibersihkan.

berbeza jika huruf ط di baris atas maka maknanya alat untuk bersuci.

2- Lafaz وَلَغَ bermaksud jilat iaitu minum dengan lidah.dalam riwayat albukhari pula di sebut lafaz شرب iaitu minum.dua lafaz ini sebenarnya tidak merosakkan makna hadis.bahkan saling menerang satu sama lain.

3- Lafaz riwayat At Tirmidzi ada keraguan pada lafaz “awalnya” atau “akhirnya” dengan air tanah. Tapi lafaz riwayat Muslim sudah jelas tanpa keraguan menyebut lafaz basuh “awalnya” dengan air tanah.maka berhukum dengan lafaz “awalnya”.

Penjelasan hukum.

1- Ini dalil najisnya tubuh anjing. najis anjing ini jenis najis yang berat. dalilnya perlu di basuh 7 kali yg pertama dengan air tanah.

2- Hukum air sisa dari anjing juga najis. dalilnya bila Nabi suruh buang air sisanya. cumanya masalah ini hanya jika air itu sedikit. jika banyak tak mengapa. dalilnya hadis dua qullah dan hadis2 sebelum ini.

3- Hadis ini juga menerangkan kaedah wajib basuh 7 kali basuhan di mulai basuhan pertama dengan air bercampur tanah.

4- Wajib basuh dengan air campuran tanah pada awal basuhan.

5- Ini dalil anjing bukan binatang peliharaan di dalam rumah atau binatang untuk bermain2 seperti kucing.Bahkan perbuatan bermain2 dengan anjing menyerupai perangai golongan orang kafir yang suka bermanja serta bermain dengan anjing peliharaan mereka. kecuali jika pelihara anjing atas dasar tujuan untuk guna memburu,pandu arah atau jaga tanaman.ini sesuai dengan maksud hadis.

Habis di sini..

Soalan :

1. Soalan : Ustaz, Bahan apa yg boleh digunakan selain tanah..?

Ustaz : Semua bahan yg asal tanah.seperti debu,pasir berdebu,pasir pantai dan segala yg boleh di kata sebagai tanah.

2. Soalan : Assalamaualaikum…Bagaimana dengan Air Liur Anjing yaa tuan?

Ustaz : waalaikumussalam. air liurnya najis..

atau nak tanya apa?

3. Soalan : Ustaz sabun thaharah yg ada jual kt pasaran tu boleh guna x untuk hal demikian.

Ustaz : Rasanya boleh. Saya tak pernah tengok.

4. Soalan : Ada dalil ttg sentuh anjing yg kering x perlu samak x utz?

Ustaz : kering sama kering tiada masalah.dalilnya seperti binatang buruan dll..

5. Soalan : Adakah bdn anjing bkn najis tengok pada makna hadith hanya jilatan saja najis ?

Ustaz : Jilatannya najis maka selainnya lebih aula najis..tapi walau bagaimana pun ada kata takpe..seperti imam malik dan daud azzohiri.

6. Soalan  : ustaz, bekas yg dimaksudkan dlm hadith itu adakah bersaiz atau bagaimana?

Ustaz  ; biasa perkataan inaa’ utk jenis bekas macam jag air dan sebagainya.

7.Soalan : Bolehkah Anjing dibuat sebagai binatang korban..?

Ustaz  : erk..

8. Soalan  : Assalamualaikum..pencerahan tentang program touch the dog

Ustaz  : waalaikumussalam.. sy tak tahu program tu maksud apa.

9. Soalan  : Binatang buruan yg di tangkap oleh anjing buruan kita bagaimana pula bekas gigitannya. Adakah perlu di samak bahagian gigitan tu atau di buang bahagian tu?

Ustaz  : zahir hadis macam tak perlu basuh.tapi tak royak dlm lafaz hadis tak menafikan lafaz qauli yg mudah di fahami seperti hadis jilatan anjing ni..tapi ada kata takpe seperti sebagian ulama.

10. Soalan  : Ustaz, maksud tanah tu macam mana? Adakah pasir juga tanah?

Ustaz  : juga tanah..

11. Soalan  : ustaz.. kena basuh juga ke tempat laluan anjing dan jilatan selain dari bekas air ?

Ustaz  : tu tak perlu..dlm bukhari ada hadis anjing keluar masuk masjid.dan tak pernah Nabi perintah suruh basuh.

12. Soalan : Bagaimana kalau kita dijilat anjing? Adakah perlu disamak sperti yg tertera didalam hadis..bagai mana dgn haiwan bernama khinzir?

Ustaz : babi tak termasuk melainkan dgn kias shj..yg zahirnya anjing shj.

13. Soalan : Ustaz, kadaran air itu bagamana? adakah mengikut kesesuaian bekas jilatan itu?

Ustaz : benar

14. Soalan : Program i want to touch a dog.

Di anjurkan oleh seorang muslim, untuk menghapuskan taboo di kalangan masyarakat melayu muslim yang fobia dengan anjing.

Ustaz : belajar hadis sudah cukup tak perlu buat program sentuh sentuh..

 

Komen dan Soalan