Utama Blog Halaman 224

Tadabbur: 4 Jenis Kekafiran Dan Sikap Mereka Terhadap Al-Quran

0

Panel: Ustaz Baharuddin Ayudin

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه, أمّا بعد.

Yang dikasihi CR, Bulanje dan rakan-rakan Bilik (07) Tadabbur al-Qur’an. Semoga semuanya dirahmati Allah dan diberi tawfiq ke arah meningkatkan ilmu dan amal.

[88:2] وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَاشِعَةٌ

Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina, [88:2]

Ketika hidup di dunia ini apakah sikap manusia terhadap al-Qur’an?

Soalan: Ada tak sikap-sikap seumpama ini (dibawah) sekarang?

Sikap pertama: [22:72]
Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, orang-orang yang ingkar itu memperlihatkan reaksi marah dan benci. Ada yang kerana terlalu marah mendengarnya, mereka hampir-hampir hendak menerkam dan menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami.

Sikap kedua: [41:26]
Ada juga dek kerana bencinya lalu mengajak orang ramai menjauhi al-Qur’an dengan menganjurkan pesta yang di dalamnya riuh rendah dengan nyanyian, pekikan, jeritan dan tepuk sorak sehingga tenggelamnya pengajaran al-Qur’an yang hendak disampaikan.

Ustaz Baharuddin Ayudin:
Soalan: Ada tak sikap seumpama ini sekarang?

Sikap ketiga: [8:31]
Ada juga yang memandang remeh al-Qur’an ini dan beranggapan ia pun mampu menguasainya dan menggapnya isi pengajarannya adalah kolot belaka.

Ustaz Baharuddin Ayudin:
Soalan: Ada tak sikap seumpama ini sekarang?

Sikap keempat: [74:49-51]
Ada juga yang tidak sanggup mendengar peringatan al-Qur’an, lalu bertempiaran lari bagaikan sekawan keldai yang takutkan singa.

Ustaz Baharuddin Ayudin:
Soalan: Ada tak sikap seumpama ini sekarang?

Sikap Ingkar

Sikap kelima: [39:45]
Ada juga yang benci dengan sesuatu yang dikaitkan dengan nama Allah, tetapi apabila disebut sesuatu yang tiada kaitannya dengan Allah tiba-tiba mereka bergirang hati. Apa contohnya?

Infaq fi sabililLah
KalamulLah
Ilmu daripada Allah
Kekasih Allah

Infak Kalamullah

Sikap keenam: [25:30]
Ada juga yang tidak mengambil endah al-Qur’an ini dalam hidupnya, seolah-olah ia adalah sesuatu yang tidak berguna.

Inilah realiti yang sedang kita hadapi hari ini. Umat Islam hanya dikenali pada nama sahaja. Manakala al-Qur’an tinggal sebagai tulisan sahaja. Setuju atau tidak?

Dalam ayat [22:72] ada dua perkataan كفروا Apa makna كفروا itu?
Cikgu Rahim: Dusta al-Qur’an

Islam atau kafir

Pendusta al-Qur’an itu orang islam atau orang kafir? Kafir itu apa maknanya?
Penanamnya suka benih tanaman yang ditimbusnya dengan tanah itu tumbuh subur [57:20]
Orang yang kafir = Orang yang menyembunyikan kebenaran

Kafir itu ada empat jenis:

1. Kafir ingkar. [2:6-7]
2. Kafir ‘Inad. Ini adalah keingkaran daripada orang yang berkuasa, berkedudukan dan berpengaruh kerana sikap keras kepala. Mengakui kebenaran tetapi menolaknya. [74:16]
3. Kafir Juhud: Ini adalah orang kafir kerana jadi pak turut. [33:66-68]
4. Kafir Nifaq: [9:67]

Siapakah sebenarnya orang kafir berdasarkan keterangan ayat-ayat di atas?

No. 1 Kafir ingkar: Orang yang tidak mahu menerima Islam. Setuju?
No. 2 Kafir ‘Inad: Pemimimpin yang mengaku Islam tetapi mengambil sebahagian dan menolak sebahagian. Setuju?
No. 3 Kafir Juhud: Orang yang mengaku Islam tetapi menurut sahaja apa yang disuruh para pemimpin mereka walaupun salah. Setuju?
No. 4 Kafir Nifaq: Pemimpin dan orang ramai yg mengaku Islam tetapi tidak ambil peduli dengan al-Qur’an dan perkembangan agamanya kerana hidup ini hanyalah untuk berseronok dan cari makan sahaja. Setuju?

Berseronok

Ancaman Allah:

Jika demikianlah kebencian dan ketidak pedulian manusia terhadap al-Qur’an, dengarlah perkhabaran yang lebih buruk daripada Allah atas kebencian dan kemarahan kamu itu? Itulah balasan neraka ke atas sekalian yang ingkar dan itulah seburuk-buruk tempat kembali! [22:72]
Oleh itu, biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main dalam dunianya, sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka untuk menerima balasan. [70:42]
Iaitu hari mereka segera keluar dari kubur masing-masing menuju (ke Padang Mahsyar) dengan keadaan seolah-olah mereka berkejaran menuju berhala-berhala yang mereka sembah dahulu.[70:43]
“mereka berkejaran menuju berhala-berhala yang mereka sembah dahulu.” Inilah yang dimaksudkan dengan Yawm al-Din, iaitu manusia datang untuk dihisab dengan membawa fahaman masing-masing. Golongan yang selamat ialah golongan datang membawa Islam sebagaimana perintah Allah dan ditunjukkan jalannya oleh Rasulullah. [3:19]
Muka orang-orang yang ingkar pada hari itu tunduk kerana merasa hina, [88:2]
penuh berdebu, hitam legam. Mereka itu ialah orang-orang yang ingkar. [80:40-42]
Itulah hari yang telah dijanjikan kepada mereka. [70:44]

Terminologi kafir yang selama ini difahami perlu diperbetulkan. Mengkafirkan orang tidak dibenarkan, tetapi menerangkan ciri-ciri kafir adalah wajib bagi mengelak manusia terjebak ke dalamnya tanpa sedar.

أقول قولي هذا، وأستغفر الله العظيم لي ولكم,
اللهم إنا نعوذ بك من عذاب النار،
ومن عذاب القبر،
ومن فتنة المحيا والممات،
ومن فتنة المسيح الدجال.

Rujukan:

Sikap Pertama, 22:72
——————

وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ تَعْرِفُ فِي وُجُوهِ الَّذِينَ كَفَرُوا الْمُنْكَرَ ۖ يَكَادُونَ يَسْطُونَ بِالَّذِينَ يَتْلُونَ عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا ۗ قُلْ أَفَأُنَبِّئُكُمْ بِشَرٍّ مِنْ ذَٰلِكُمُ ۗ النَّارُ وَعَدَهَا اللَّهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, engkau akan dapat melihat pada muka orang-orang yang kafir itu tanda marah dan benci, hampir-hampir mereka hendak menerkam dan menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian, mahukah, aku khabarkan kepada kamu: yang lebih buruk lagi daripada apa yang telah menyebabkan kemarahan kamu itu? Ialah neraka yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang-orang yang kafir, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali! “

41:26
——————

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَسْمَعُوا لِهَٰذَا الْقُرْآنِ وَالْغَوْا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ

Dan orang-orang yang kafir berkata: “Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!”

Sikap Ketiga, 8:31
——————

وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا قَالُوا قَدْ سَمِعْنَا لَوْ نَشَاءُ لَقُلْنَا مِثْلَ هَٰذَا ۙ إِنْ هَٰذَا إِلَّا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami, mereka berkata: “Sesungguhnya kami telah mendengarnya. Kalau kami mahu, nescaya kami dapat mengatakan (kata-kata) seperti (Al-Quran) ini. (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah cerita cerita dongeng orang-orang dahulu kala”.

Sikap Keempat, 74:49
——————

فَمَا لَهُمْ عَنِ التَّذْكِرَةِ مُعْرِضِينَ

(Kalau demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran) ?

74:50
——————

كَأَنَّهُمْ حُمُرٌ مُسْتَنْفِرَةٌ

Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari,

74:51
——————

فَرَّتْ مِنْ قَسْوَرَةٍ

Melarikan diri (ketakutan) dari singa!

Sikap Kelima, 39:45
——————

وَإِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَحْدَهُ اشْمَأَزَّتْ قُلُوبُ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ ۖ وَإِذَا ذُكِرَ الَّذِينَ مِنْ دُونِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ

Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): apabila disebut nama Allah semata-mata (di dalam doa dan sebagainya), segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat; dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja yang lain dari Allah, mereka dengan serta merta riang dan gembira.

Sikap Keenam, 25:30
——————

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”.

22:72
——————

وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ تَعْرِفُ فِي وُجُوهِ الَّذِينَ كَفَرُوا الْمُنْكَرَ ۖ يَكَادُونَ يَسْطُونَ بِالَّذِينَ يَتْلُونَ عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا ۗ قُلْ أَفَأُنَبِّئُكُمْ بِشَرٍّ مِنْ ذَٰلِكُمُ ۗ النَّارُ وَعَدَهَا اللَّهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, engkau akan dapat melihat pada muka orang-orang yang kafir itu tanda marah dan benci, hampir-hampir mereka hendak menerkam dan menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian, mahukah, aku khabarkan kepada kamu: yang lebih buruk lagi daripada apa yang telah menyebabkan kemarahan kamu itu? Ialah neraka yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang-orang yang kafir, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali! “

Islam atau kafir, 57:20
——————

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Kafir Ingkar 2:6
——————

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنْذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.

2:7
——————

خَتَمَ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْ ۖ وَعَلَىٰ أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.

Kafir Inad, 74:16
——————

كَلَّا ۖ إِنَّهُ كَانَ لِآيَاتِنَا عَنِيدًا

Tidak sekali-kali (akan ditambahi) ! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami).

Kafir Juhud, 33:66
——————

يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.

33:67
——————

وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا

Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.

33:68
——————

رَبَّنَا آتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ الْعَذَابِ وَالْعَنْهُمْ لَعْنًا كَبِيرًا

“Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!”

Kafir Nifaq, 9:67
——————

الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُمْ مِنْ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمُنْكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ ۚ نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ ۗ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.

Ancaman Allah,
22:72
——————

وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ تَعْرِفُ فِي وُجُوهِ الَّذِينَ كَفَرُوا الْمُنْكَرَ ۖ يَكَادُونَ يَسْطُونَ بِالَّذِينَ يَتْلُونَ عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا ۗ قُلْ أَفَأُنَبِّئُكُمْ بِشَرٍّ مِنْ ذَٰلِكُمُ ۗ النَّارُ وَعَدَهَا اللَّهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, engkau akan dapat melihat pada muka orang-orang yang kafir itu tanda marah dan benci, hampir-hampir mereka hendak menerkam dan menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian, mahukah, aku khabarkan kepada kamu: yang lebih buruk lagi daripada apa yang telah menyebabkan kemarahan kamu itu? Ialah neraka yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang-orang yang kafir, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali! “

70:42
——————

فَذَرْهُمْ يَخُوضُوا وَيَلْعَبُوا حَتَّىٰ يُلَاقُوا يَوْمَهُمُ الَّذِي يُوعَدُونَ

Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)! –

[QS. Al-Ma’arij: Ayat 43]

يَوْمَ يَخْرُجُوْنَ مِنَ الْاَجْدَاثِ سِرَاعًا كَاَنَّهُمْ اِلٰى نُصُبٍ يُّوْفِضُوْنَ ۙ

Iaitu hari mereka segera keluar dari kubur masing-masing menuju (ke Padang Mahsyar) dengan keadaan seolah-olah mereka berkejaran ke (tempat) berhala-berhala (yang mereka sembah dahulu),

3:19
——————

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَنْ يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

Muka Orang Kafir
[QS. Al-Gasyiyah 88: Ayat 2]

وُجُوْهٌ يَّوْمَئِذٍ خَاشِعَةٌ ۙ

Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,

[QS. ‘Abasa 80: Ayat 40]

وَوُجُوْهٌ يَّوْمَئِذٍ عَلَيْهَا غَبَرَةٌ ۙ

Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu,

[QS. ‘Abasa 80: Ayat 41]

تَرْهَقُهَا قَتَرَةٌ ؕ

Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita. –

[QS. ‘Abasa 80: Ayat 42]

اُولٰٓئِكَ هُمُ الْكَفَرَةُ الْفَجَرَةُ

Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka.

70:44
——————

خَاشِعَةً أَبْصَارُهُمْ تَرْهَقُهُمْ ذِلَّةٌ ۚ ذَٰلِكَ الْيَوْمُ الَّذِي كَانُوا يُوعَدُونَ

Sambil pandangan mereka tunduk, serta mereka diliputi kehinaan; itulah hari yang telah dijanjikan kepada mereka.

QnA Bersama Dr Fathi: Perihal Murid Dan Naskah Sahih Bukhari Yang Paling Sahih

0

Panel: Ustaz Dr Fathi al-Sakandary

S: Berapakah jumlah murid Imam Bukhari yang meriwayatkan Sahih Bukhari terus daripada Imam Bukhari?

J: Sangat ramai murid al-Bukhari yang hadir majlis sama’ beliau dan meriwayatkan kitab al-Sahih beliau, antaranya Muhammad bin Yusuf al-Firabri menyebutkan bahawa lebih dari 90 ribu orang mendengar dan meriwayatkan kitab al-Sahih dalam majlis sama’ al-Bukhari.

S: Siapakah antara murid Imam Bukhari yang paling terkenal dalam meriwayatkan Sahih Bukhari?

J: Muhammad bin Yusuf al-Firabri, wafat pada tahun 320H, beliau adalah yang paling terkenal meriwayatkan Sahih al-Bukhari daripada al-Bukhari, bahkan beliau mendengar kitab al-Sahih sebanyak 2 kali daripada al-Bukhari. Selain al-Firabri, antara lain yang terkenal meriwayatkan kitab al-Sahih daripada al-Bukhari ialah Hammad bin Shakir Abu Muhammad al-Nasafi (wafat 311H), Mansur bin Muhammad bin ‘Ali Abu Thalhah al-Nasafi (wafat 329H), Ibrahim bin Ma’qil al-Nasafi (wafat 295H).

S: Sebutkan versi nuskhah Sahih Bukhari yang paling sahih di dunia?

J: Saya pernah bertanya soalan ini kepada guru saya al-Muhaddith Dr. Maher Yasin al-Fahl, soal saya:

“Syaikhuna, apakah naskhah manuskrip Sahih al-Bukhari yang paling lama serta paling sahih?”

Maka jawab Syaikhuna Maher al-Fahl:

“Naskhah manuskrip al-Saghani, daku melihatnya di rumah Syaikhuna ‘Abdul Wakeel bin ‘Abdul Haq al-Hasyimi”

S: Soalan kepada Dr. untuk teks dibawab kerana menjadi viral dilaman sosial. “Semasa azan jangan baring kecuali sakit, kerana jenazah kita akan menjadi berat seberat dosanya, dan satu lagi!!! Semasa azan jangan bercakap nanti susah nak mengucap kalimah ALLAH

J: Dusta

S: Kalau ternampak banyak semut dalam rumah ucaplah:
Assalamualaikum rakyat nabi Sulaiman a.s, ini rumahku aku mahukan kebersihan. Kamu adalah makhluk Allah yg sentiasa berzikir kepadaNya. Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kami buatlah sarang di luar rumahku agar kamu selamat”

Soalan: Adakah ia hadith nabi?

J: bukan

S: “Barangsiapa yang membesarkan memuliakan memeriahkan hari kelahiranku wajib mendapat syafaatku di hari kiamat”

Hadith riwayat Abu Daud

Soalan: Betul ke?

J: Dusta, dusta kepada Nabi, dusta kepada Abu Daud.

S: As-Salāmu `Alaykum Dr. Kedudukan hadith tentang baca Al-Kahfi setiap jumaat?

J: Rujuk buku saya, telah saya jelaskan dengan rinci. Rujuk juga koleksi J&S yang lalu.

** saya nasihatkan semua sebelum bertanya agar membaca dahulu koleksi J&S yang lalu, kerana banyak soalan yang ditanya berulang dan saya telah jawab. Kerja saya amat sibuk di hospital, maka saya tidak mahu membuang masa menjawab soalan yang telah saya jawab. Barakallahufikum

Berikut pautan kajian berkenaan Hadith Kelebihan Surah Al Kahfi yang ditulis oleh Dr,

http://ansarul-hadis.blogspot.my/2012/02/hadith-hadith-fadhilat-pengkhususan.html?m=1

Tanda Kiamat Ke-68: Mall atau Pasar Yang Banyak Dan Berdekatan

0

Panel: THTL al-Jazani

Tanda Kecil Kiamat Ke-68/131 Mall atau Pasar Yang Banyak Dan Berdekatan

(تقارب الأسواق )

Dalil hadith:

فعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لا تقوم الساعة حتى تظهر الفتن ويكثر الكذب وتتقارب الأسواق

Dari jalur Abu Hurayra ra: bahawa Nabi RasuluLlah saw bersabda,” Tidak akan berlakunya Kiamat sehinggalah muncul banyak fitnah, banyak pembohongan dan dekatnya Mall.” HR Ahmad, di sahihkan oleh al-Albani, al-sahihah, no 2772 (رواه أحمد وصححه الألباني في السلسلة الصحيحة (2772)

Syarah Dr al-Arifi:
Dekatnya pasar atau mall, maksudnya dekatnya mall atau pasar antara satu sama lain, juga dekatnya shopping kerana murahnya air travel, orang Malaysia shopping di Indonesia, vietnam,

TKK 68 Part 2:
Juga manusia dapat mengikuti perkembangan pasaran dunia, seperti Bursa saham New york, London, Tokyo melalui internet, juga Online shopping seperti alibaba.com dan amazon.com

TKK 68 part 3
Tafsir Syaikh Ben Baaz, mantan mufti AAM KSA

فقد تقاربت الأسواق من ثلاثة أوجه:
*الأول :سرعة العلم بما يكون فيها من زيادة السعر ونقصانه
*الثاني : سرعة السير من سوق إلى سوق ولو كانت مسافة الطريق بعيدة جدا
*الثالث: مقارنة بعضها بعضا في الأسعار واقتداء بعض أهلها ببعض في الزيادة والنقصان

Terjemahan:
Tiga sisi pandang akan maksud dekatnya pasar/mall:
1⃣ Manusia mengetahui perubahan harga pasaran
2⃣ Dekatnya lokasi antara pasar kerana air travel
3⃣ Sengitnya persaingan antara peniaga

Tamat

Seruan Daripada Allah SWT

0

UiTO Bicara CR:

Assalamu’alaikum wr wt..

Saya ingin kongsi channel seorang rakan yang baik; Ustaz Dien ..

Hasan bin Ali (anak sayyidina Ali radhiallahu ‘anhuma) berkata:

إن من كان قبلكم رأوا القرآن رسائل من ربهم فكانوا يتدبرونها بالليل ويتفقدونها في النهار

Sesungguhnya mereka yang terdahulu daripada kalian (yakni para Sahabat Nabi) melihat Al-Quran itu sebagai seruan/mesej daripada Tuhan mereka. Maka mereka mentadaburnya pada waktu malam dan mengamalkannya pada waktu siang.
[An-Nawawi, At-Tibyan fi Adab Hamalatil Quran 1/54]

Semoga beri motivasi buat kita untuk lebih dekat dengan Al-Quran walaupun sehari satu ayat!

————-
Ad-Dien Abdul Kadir
telegram.me/addien90
Assalamualaikum, bagi yang berkelapanganan nak baca tulisan-tulisan lama saya, boleh baca di blog saya.

http://addienblog.blogspot.com

Semoga berfaedah. (Nasihat untuk hari ini:)

Nabi ‘Isa as. berkata: “Berbahagialah bagi orang yang lisannya selalu berdzikir, diamnya selalu berfikir (tentang kekuasaan Allah), dan pandangannya mempunyai ‘ibrah (pelajaran).”

Ilham harian: ringkas tetapi padat.

https://telegram.me/mindaCikguRahim

#mindaCikguRahim

Himpunan Bab Memelihara Kelangsungan Amalan-amalan

0

Panel: Cikgu Rahim

Bab:
Memelihara Kelangsungan Amalan-amalan

Allah Ta’ala berfirman:

“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, supaya hati mereka itu khusyu’ untuk mengingat-ingat kepada Allah dan kebenaran yang turun kepada mereka itu – yakni al-Quran. Janganlah mereka itu berkeadaan yang serupa dengan orang-orang yang telah diberi kitab-kitab pada masadahulu – sebelum mereka, tetapi mereka telah melalui masa yang panjang, kemudian menjadi keras lah hati mereka tersebut – yakni enggan menerima kebenaran.” (al-Hadid: 16)

Allah Ta’ala berfirman lagi:

“Kemudian Kami –  Allah – iringkan di belakang mereka dengan beberapa Rasul Kami dan Kami iringkan pula dengan Isa anak Maryam, serta Kami berikan Injil kepadanya.  Kami memberikanperasaan kasih sayang dalam hati para pengikutnya. Keruhbaniahan itu mereka ada-adakan saja. Kami tidak mewajibkan demikian itu atas mereka. Yang Kami perintahkan – tidak lain kecuali mencari keredhaan Allah, tetapi mereka tidak memelihara itu sebagaimana mestinya yang ditentukan.” (al-Hadid: 27)

Keterangan:

Keruhbaniahan, ertinya hidup dalam kelompok bagi para penganut atau pendeta-pendeta agama Nasrani. Ini bukan berasal dari ajaran Nabiullah Isa a.s. dan itu hanyalah buatan kepala-kepala agama yang datang sepeninggalan beliau. Islam juga tidak membenarkan adanya ruhbaniah.

Allah Ta’ala berfirman pula:

“Janganlah engkau semua itu seperti perempuan yang menghuraikan benangnya menjadi lepas kembali setelah dipintal kuat-kuat.” (an-Nahl: 92)

Juga Allah Ta’ala berfirman:

“Dan sembahlah Tuhanmu sehingga datanglah keyakinan – dan maksudnya kematian – kepadamu.”(al-Hijr: 99)

Adapun Hadis-hadis yang menerangkan bab di atas itu, di antaranya ialah Hadisnya Aisyah: “Mengerjakan agama yang tercinta di sisi Allah ialah yang dikekalkan oleh orangnya – yakni tidak bosan-bosan melakukannya sekalipun sederhana.” Hadis ini telah disebutkan dalam huraian sebelum ini – Lihat Hadis nombor 142.

https://staging-01.uito.org/2016/08/03/menjaga-kualiti-solat-dengan-bersederhana-hadith-142/

باب المحافظة عَلَى الأعمال:
قَالَ الله تَعَالَى: {أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ} [الحديد: 16].
قوله تعالى: {أَلَمْ يَأْنِ}، يعني ألم يحن.
قيل: نزلت في شأن الصحابة لما أكثروا المزاح.
وَقالَ تَعَالَى: {وَقَفَّيْنَا بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَآتَيْنَاهُ الأِنْجِيلَ وَجَعَلْنَا فِي قُلُوبِ الَّذِينَ اتَّبَعُوهُ رَأْفَةً وَرَحْمَةً وَرَهْبَانِيَّةً ابْتَدَعُوهَا مَا كَتَبْنَاهَا عَلَيْهِمْ إِلا ابْتِغَاءَ رِضْوَانِ اللهِ فَمَا رَعَوْهَا حَقَّ رِعَايَتِهَا} [الحديد: 27].
الرهبانية التي ابتدعوها: رفض النساء: واتخاذ الصوامع.
وفيه: تنبيه على أنَّ مَن أوجب على نفسه شيئًا لزمه.
وَقالَ تَعَالَى: {وَلا تَكُونُوا كَالَّتِي نَقَضَتْ غَزْلَهَا مِنْ بَعْدِ قُوَّةٍ أَنْكَاثًا} [النحل: 92].
وهي امرأة حمقاء من أهل مكة، كانت تغزل طول يومها ثم تنقضه.
قال الخازن: والمعنى: أن هذه المرأة لم تكف عن العمل، ولا حين عملت كفت عن النقض، فكذلك من نقص عهده لا تركه، ولا حين عاهد وفَى به. انتهى.
والآية عامة في كل من أبطل عمله.
وَقالَ تَعَالَى: {وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ} [الحجر: 99].
أي: دُمْ على عبادة ربك حتى يأيتك الموت.
وَأَمَّا الأَحاديث فمنها:
حديث عائشة: وَكَانَ أَحَبُّ الدِّين إِلَيْهِ مَا دَاوَمَ صَاحِبُهُ عَلَيهِ. وَقَدْ سَبَقَ في البَاب قَبْلَهُ.

Panel: Cikgu Rahim

153. Dari  Umar al-Khaththab r.a., katanya:  Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang tertidur sehingga kelupaan membacakan hizibnya di waktu malam atau sebahagian dari hizibnya itu, kemudian ia membacanya antara waktu shalat fajar dengan zuhur, maka dicatatlah untuknya seolah-olah ia membacanya itu di waktu malam harinya.” (Riwayat Muslim)

154. Dari Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash radhiallahu ‘anhuma, katanya: Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadaku:

“Hai Abdullah, janganlah engkau seperti si Fulan itu. Dulu ia suka bangun bersembahyang malam, kemudian ia meninggalkan bangun malam itu.” (Muttafaq ‘alaih)

155. Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, katanya: “Rasulullah s.a.w. itu apabila terlepas dari shalat malam, baik kerana sakit ataupun lain-lainnya, maka beliau bersembahyang di waktu siangnya sebanyak dua belas rakaat.” (Riwayat Muslim)

«153» وعن عمر بن الخطاب رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((مَنْ نَامَ عَنْ حِزْبهِ مِنَ اللَّيلِ، أَوْ عَنْ شَيءٍ مِنْهُ، فَقَرَأَهُ مَا بَيْنَ صَلاةِ الفَجْرِ وَصَلاةِ الظُّهْرِ، كُتِبَ لَهُ كَأَنَّمَا قَرَأَهُ مِنَ اللَّيلِ)). رواه مسلم.
في هذا الحديث: دليل على أنَّ كل وَرْدٍ من قول أو فعل، يفوت الإنسان أنه يثبت له أجره إذا قضاه كاملًا.

«154» وعن عبد الله بن عَمْرو بن العاص رَضِيَ الله عنهما، قَالَ: قَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((يَا عبدَ اللهِ، لا تَكُنْ مِثْلَ فُلان، كَانَ يَقُومُ اللَّيلَ فَتَرَكَ قِيَامَ اللَّيلِ)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
في هذا الحديث: استحباب الدوام على ما اعتاده المرء من خير، وكراهة قطع العبادة وإن لم تكن واجبة.

«155» وعن عائشة رضي الله عنها، قَالَتْ: كَانَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم إِذَا فَاتَتْهُ الصَّلاةُ مِنَ اللَّيلِ مِنْ وَجَعٍ أَوْ غَيرِهِ، صَلَّى مِنَ النَّهارِ ثنْتَيْ عَشرَةَ رَكْعَةً. رواه مسلم.
في هذا الحديث: دليل على مشروعية قضاء صلاة الليل، وكذلك سائر النوافل.
وفي الحديث: ((مَنْ نَامَ عَنِ الْوِتْرِ أَوْ نَسِيَهُ، فَلْيُصَلِّ إِذَا أَصْبَحَ، أَوْ ذَكَرَ)) رواه أبو داود.

Hadith 49: Apa Yang Datang Berkenaan Celak Rasuli Llah

0

Panel: Ustaz ADÖULINÉ Lacharouphe

بَابُ مَا جَاءَ فِي كُحْلِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Bab: Apa yang datang berkenaan celak Rasuli Llah

49 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ حُمَيْدٍ الرَّازِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ الطَّيَالِسِيُّ، عَنْ عَبَّادِ بْنِ مَنْصُورٍ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «اكْتَحِلُوا بِالْإِثْمِدِ، فَإِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ»، وَزَعَمَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَتْ لَهُ مُكْحُلَةٌ يَكْتَحِلُ مِنْهَا كُلَّ لَيْلَةٍ ثَلَاثَةً فِي هَذِهِ، وَثَلَاثَةً فِي هَذِهِ.

49- Telah bercerita kepada kami Muhammad bin Humayd Ar-Raziy, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Abu Dawud At-Tayalisiy, daripada `Abbad bin Mansur, daripada `Ikrimah, daripada Ibni `Abbas, bahawa Nabi telah berkata: «Bercelaklah dengan antimoni, maka sesungguhnya ia mencerahkan penglihatan dan menumbuhkan bulu». Dan dia mendakwa bahawa Nabi, dia mempunyaï bekas celak yang dia bercelak daripadanya setiap malam dengan tiga di sini, dan dengan tiga di sini.

Syarah Adou_Fr:

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu `Abbas berkenaan perintah Nabi agar bercelak dengan menggunakan antimoni. (الإِثْمِدُ) Al-ismid ialah bijih antimoni yang dijumpaï secara semula jadi sebagai hablur kristal stibnit. Stibnit ialah mineral sulfida, iaitu antimoni trisulfida, dengan formula kimia Sb2S3 dan berwarna kelabu cerah seperti perak. Untuk menggunakan antimoni ini sebagai celak, bijihnya akan dikisar atau dihancurkan di dalam bekas celak, kemudian barulah disapukan ke bahagian mata atau bulu mata.

Dalam hadis ini, Nabi menyebutkan dua kelebihan antimoni apabila digunakan sebagai celak, iaitu ia dapat mencerahkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Kelebihan ini adalah wahyu daripada Allah kepada Nabi-Nya, kerana Muhammad tidak akan bercakap berdasarkan hawa nafsunya.

Sebagai seorang muslim, kita hendaklah menerima hadis Nabi iaitu kita percaya dengan kelebihan yang dinyatakan. Namun, ia menjadi cabaran kepada manusia untuk membuktikan kata-kata Nabi tersebut melaluï kajian sains dan pengetahuan terkini.

Sebahagian manusia suka menggunakan perkataan (وَاللَّهُ أَعْلَمُ) waLlahu a`lam – dan Allah lebih mengetahuï –. Benar, ini ialah ucapan yang sahih, kerana para sahabat juga sering menggunakannya. Namun, apabila Allah dan Rasul-Nya sudah menyebutkan kelebihan sesuatu, maka kita hendaklah melakukan sebaik mungkin untuk membuktikan hal tersebut melaluï ilmu. Di sinilah letaknya keperluan kepada ahli sains, ahli kimia, ahli perubatan dan ilmu sains, iaitu untuk membuktikan kebenaran kata-kata Allah dan Rasul-Nya.

Menghafaz Al-Qur’an dan hadis, itu baru peringkat asas ilmu. Ia perlu dikembangkan untuk membumikan agama kepada masyarakat. Apabila Nabi menyebut bahawa antimoni boleh mencerahkan mata, maka kita sebagai umat Islam hendaklah mengkaji bagaimana proses itu berlaku sehingga akhirnya kita dapat membuktikan hal ini melaluï data dan kajian, sekali gus akan memberikan ketenangan di dalam hati kita bahawa kata-kata Allah dan rasul itu benar.

Mencerahkan mata, ia memerlukan kajian kimia tentang apa yang ada di dalam antimoni itu, dan ini memerlukan ahli kimia. Seterusnya kajian tindak balas antimoni dengan mata, dan ini memerlukan juruanalisis kimia. Seterusnya kajian tentang reaksi sel-sel mata apabila antimoni disapukan ke mata, dan ini memerlukan ahli biologi dan juruklinikal. Kesemua ini dengan jelas memerlukan pengetahuan saintifik untuk kita lebih memahami dengan setelusnya kata-kata Allah dan Rasul-Nya.

Justeru, adalah menjadi kesilapan jika sesebuah masyarakat hanya menumpukan perhatian mereka kepada ilmu agama semata-mata sehingga mengabaikan tuntutan ilmu moden.

Seterusnya Ibnu `Abbas memberitahu bahawa Nabi mempunyaï bekas celak, iaitu bekas yang mengandungi antimoni untuk digunakan sebagai celak. Nabi disebut sebagai menyapukan celak ke matanya tiga kali dan ke matanya yang satu lagi tiga kali setiap malam.

Walaupun tidak disebut mata yang mana dan yang mana, tetapi adalah jelas bahawa Nabi sentiasa mendahulukan dan memuliakan yang kanan. Justeru, adalah sunnah ketika menyapukan celak untuk memulakan dengan yang kanan, diikuti dengan mata kiri.

*******
*******
*******

.

Berfikir Sejenak Adalah…

0

UiTO Bicara CR:

Assalamu’ alaikum wr wt..
Alhamdulillah Allah beri peluang kepada kita hari ini untuk ber’amal soleh.
———-

Syaikh Abu Sulaiman ad-Darani berkata: “Sesungguhnya aku keluar dari rumahku, lalu setiap sesuatu yang aku lihat, merupakan nikmat Allah dan ada pelajaran bagi diriku.” Hal ini diriwayatkan oleh Ibnu Abid Dun-ya dalam “Kitab at-Tawakkul wal I’tibar.”

Al-Hasan al-Bashri berkata: “Berfikir sejenak lebih baik dari bangun shalat malam.”

Al-Fudhail mengatakan bahwa al-Hasan berkata, “Berfikir adalah cermin yang menunjukkan kebaikan dan kejelekan-kejelekanmu.”

Sufyan bin ‘Uyainah berkata: “Berfikir (tentang kekuasaan Allah,”) adalah cahaya yang masuk ke dalam hatimu.”

————-
Ilham harian: ringkas tetapi padat.

https://telegram.me/mindaCikguRahim

#mindaCikguRahim

S12: Adakah Ulama Islam Warisan Yang Tidak Telus Dan Tidak Jujur

0

WACANA UITO: ISLAM ANUTAN VS ISLAM WARISAN

Soalan 12:
🔴 Mengapa ada kelompok ahli dalam agama yang tidak telus atau tidak jujur dalam menyampaikan urusan agama sehingga Islam warisan dipelopori?

Itu cuma sedikit sahaja peratusannya, sebab utama ialah dalam kitab Fiqh Ikhtilaf Dr Yusof al-Qardhawi, antara sebab:

1. Penguasaan arabic
2. Kemampuan ilmu tafsir, samada secara harfiah/literal atau tematik/maqosyid
3. Kekuatan ilmu hadith untuk mensahihkan hadith
4. Sikap ulamak, berjiwa keras atau lembut
5. Intelektualiti ulamak, ada yang amat cerdik dan ada yang average sahaja

Hadis 153-155: Memelihara Kelangsungan Amal

0

Panel: Cikgu Rahim

153. Dari  Umar al-Khaththab r.a., katanya:  Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang tertidur sehingga kelupaan membacakan hizibnya di waktu malam atau sebahagian dari hizibnya itu, kemudian ia membacanya antara waktu shalat fajar dengan zuhur, maka dicatatlah untuknya seolah-olah ia membacanya itu di waktu malam harinya.” (Riwayat Muslim)

154. Dari Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash radhiallahu ‘anhuma, katanya: Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadaku:

“Hai Abdullah, janganlah engkau seperti si Fulan itu. Dulu ia suka bangun bersembahyang malam, kemudian ia meninggalkan bangun malam itu.” (Muttafaq ‘alaih)

155. Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, katanya: “Rasulullah s.a.w. itu apabila terlepas dari shalat malam, baik kerana sakit ataupun lain-lainnya, maka beliau bersembahyang di waktu siangnya sebanyak dua belas rakaat.” (Riwayat Muslim)

«153» وعن عمر بن الخطاب رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((مَنْ نَامَ عَنْ حِزْبهِ مِنَ اللَّيلِ، أَوْ عَنْ شَيءٍ مِنْهُ، فَقَرَأَهُ مَا بَيْنَ صَلاةِ الفَجْرِ وَصَلاةِ الظُّهْرِ، كُتِبَ لَهُ كَأَنَّمَا قَرَأَهُ مِنَ اللَّيلِ)). رواه مسلم.
في هذا الحديث: دليل على أنَّ كل وَرْدٍ من قول أو فعل، يفوت الإنسان أنه يثبت له أجره إذا قضاه كاملًا.

«154» وعن عبد الله بن عَمْرو بن العاص رَضِيَ الله عنهما، قَالَ: قَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((يَا عبدَ اللهِ، لا تَكُنْ مِثْلَ فُلان، كَانَ يَقُومُ اللَّيلَ فَتَرَكَ قِيَامَ اللَّيلِ)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
في هذا الحديث: استحباب الدوام على ما اعتاده المرء من خير، وكراهة قطع العبادة وإن لم تكن واجبة.

«155» وعن عائشة رضي الله عنها، قَالَتْ: كَانَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم إِذَا فَاتَتْهُ الصَّلاةُ مِنَ اللَّيلِ مِنْ وَجَعٍ أَوْ غَيرِهِ، صَلَّى مِنَ النَّهارِ ثنْتَيْ عَشرَةَ رَكْعَةً. رواه مسلم.
في هذا الحديث: دليل على مشروعية قضاء صلاة الليل، وكذلك سائر النوافل.
وفي الحديث: ((مَنْ نَامَ عَنِ الْوِتْرِ أَوْ نَسِيَهُ، فَلْيُصَلِّ إِذَا أَصْبَحَ، أَوْ ذَكَرَ)) رواه أبو داود.

Tingginya Ilmu Ketika Jujur Berkata ‘TIDAK TAHU’

0

~Tadabbur Kalamullah 9 Muharram 1437H~

قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

“Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana” [Surah al-Baqarah 32]

#Orang bertanya kepada as-Sya’bi:
“Adakah tuan tidak malu menjawab ‘TIDAK TAHU’ untuk banyak soalan yang diajukan kepada tuan?

As-Sya’bi menjawab:
“Ketika ditanya tentang perkara yang tidak diketahui, para malaikat menjawab sebagai mana yang Allah sebutkan dalam ayat di atas. Mereka tidak malupun mengatakan ‘TIDAK TAHU’

#Abdullah bin Mas’ud r.a berkata:

يا أيها الناس من علم شيئا فليقل به ومن لم يعلم فليقل الله أعلم فإن من العلم أن يقول لما لا يعلم الله أعلم

“Wahai manusia barangsiapa yang berilmu tentang sesuatu maka hendaklah dia berkata dengan ilmunya tersebut dan barangsiapa yang tidak berilmu (tidak mengetahui) maka hendaklah ia berkata “Allahu A’lam” (Allahlah yang lebih mengetahui) kerana sesungguhnya itu merupakan ilmu apabila seseorang berkata “Allahu A’lam” tentang perkara yang dia tidak mengetahui ilmunya” [Atsar riwayat al-Bukhari dalam sahihnya]

#Dalam riwayat yang lain Abdullah bin Mas’ud berkata:

“Orang yang menjawab seluruh pertanyaan adalah “Gila” [Al-Mu’jam al-Kabir]

#Oleh itu jika kita tidak tahu maka jangan memandai-mandai untuk menjawab tapi sebutlah Allahua’lam atau saya tidak tahu.

♡Tidak akan jatuh martabat bagi orang yang mengatakan Allahu A’lam bahkan itu tanda orang yang berilmu. Tidak sesat dan tidak menyesatkan♡

~SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA HARI TASU’A~

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

Popular

Iklan

Iklan