Utama Blog

🌟KEMPEN DANA KONVENSYEN UiTO KE-6 2025

0

🌟KEMPEN DANA KONVENSYEN UiTO KE-6 2025
“Santuni Ilmu, Kukuhkan Ukhuwah”
10 Tahun UiTO | 2015–2025 – Sedekad Dakwah Maya

🌿 Seruan Amal

Alhamdulillah, Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia (UiTO) akan menganjurkan Konvensyen UiTO Ke-6 2025 pada 20 Disember 2025 di Dewan Perdana Sri Kalsom, Hotel Adamson, Kg. Baru, Kuala Lumpur.

Konvensyen kali ini menandakan 10 tahun perjuangan dakwah maya UiTO — dari layar telefon hingga ke pentas ilmu. Ia menghimpunkan para asatizah, ilmuan dan aktivis dakwah bagi memperkukuh ukhuwah dan menyatukan pandangan dalam bingkai adab serta hikmah.

Bagi memastikan majlis ini berjalan lancar, kami membuka Kempen Sumbangan Dana Konvensyen — peluang untuk sahabat semua berkongsi saham akhirat dalam program ilmu yang penuh barakah ini.

🤝 Sasaran Dana: RM12,000
(Penyertaan 100 orang peserta)

Dana ini akan digunakan untuk:

Sewaan Dewan & Peralatan Audio Visual – RM3,800
Jamuan Peserta & Tetamu  – RM2,500
Cenderamata, Beg, Tag nama & Sijil – RM1,400
Kertas Kerja – RM1,800
Cenderamata Panelis & AJK – RM2,000
Bahan Promosi – RM500

💳 Cara Menyumbang

🏦 Maybank Islamic
No. Akaun: 562058070928
Nama: Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia

📱 Boleh juga imbas kod QR DuitNow dalam poster rasmi Konvensyen UiTO.

📩 Mohon maklumkan bukti sumbangan ke WhatsApp:
📞 012-264 3121 (Lan)
📞 013-200 1356 (Ainul)

Semoga setiap sen sumbangan menjadi asbab tersebarnya ilmu dan ukhuwah Islamiah.
Inilah peluang kita bersama-sama menjayakan satu konvensyen yang mengangkat tema:

“Perbezaan Bukan Pemisah — Ke Arah Penyatuan Ilmuan dalam Bingkai Adab dan Hikmah – Santuni Ilmu Kukuhkan Ukhuwah”

Bersama kita hidupkan #Ilmu #Amal #Prihatin
dan jadikan 10 tahun UiTO sebagai saksi perjuangan dakwah yang tidak pernah padam.

Ustaz Suhailan Safian
Pengerusi UKHUWAH
Sesi 2024-2026

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning
Warning
Warning

Warning.

👕 T-ShirtEdisi Khas UiTO 1 Dekad

0

Lan MK #2, [31/10/2025, 09:28]
👕 T-ShirtEdisi Khas UiTO 1 Dekad

Sempena konvensyen ini, UiTO akan mengeluarkan T-Shirt Edisi Khas 1 Dekad (2015–2025) bertemakan:

“UiTO 2015–2025 • Sedekad Dakwah Maya”

Dapatkan sebagai koleksi kenangan dan tanda sokongan terhadap perjuangan dakwah UiTO selama 10 tahun!

Hubungi: https://wa.me/60192831337
@NorM99

Norsiah Uito, [31/10/2025, 09:30]
[ Forwarded from Norsiah Uito ]
HARGA T-SHIRT KONVENSYEN UITO KE-6 EDISI KHAS

1. Lelaki – Lengan Pendek (XS – 3XL)
Leher Kolar – RM35
Leher Bulat – RM30

2. Lelaki – Lengan Panjang (XS – 3XL)
Leher Kolar – RM37
Leher Bulat – RM32
2. Muslimah (Leher 3 Segi)_
RM40 (XS – 3XL)

3. Caj Tambahan extra saiz
4XL + RM2
5XL + RM5
6XL + RM7

🌟 KONVENSYEN UiTO KE-6 🌟 UiTO 2015–2025 • Sedekad Dakwah Maya

0

🌟 KONVENSYEN UiTO KE-6 🌟
UiTO 2015–2025 • Sedekad Dakwah Maya

Alhamdulillah, setelah enam tahun tergendala, Konvensyen UiTO kini kembali!

Tahun ini lebih bermakna kerana kita bukan sahaja meraikan Sedekad UiTO (2015–2025), tetapi juga kejayaan besar apabila Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia (UiTO) telah diiktiraf sebagai Malaysia Social Enterprise Aspiring oleh Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) bermula 23 September 2025.

Pengiktirafan ini membuktikan komitmen UiTO dalam memperkukuh peranan dakwah, pendidikan dan sosial secara mampan melalui platform digital dan komuniti ilmu.

Bersempena detik bersejarah ini, kami menjemput semua sahabat, ahli, dan penyokong Ukhuwah@UiTO untuk hadir memeriahkan Konvensyen UiTO Ke-6, simbol kesyukuran atas perjalanan ilmu, ukhuwah, dan perjuangan bersama.

Dengan tema penuh hikmah dan penyatuan:

“Perbezaan Bukan Pemisah – Ke Arah Penyatuan Ilmuwan Dalam Bingkai Adab dan Hikmah”
Santuni Ilmu, Kukuhkan Ukhuwah

📅 Tarikh: Sabtu, 20 Disember 2025
🕘 Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
📍 Tempat: Dewan Perdana Seri Kalsom, Hotel Adamson, Kampung Baru, Kuala Lumpur
👥 Penyertaan: Terhad kepada 100 peserta sahaja!

Perasmian:
YBhg Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz
Yang Dipertua, Persatuan Ulama’ Malaysia

🌿 Antara pengisian menarik:
1. Bicara 10 Tokoh Ilmuan & Forum Ilmiah
2. Jemputan Khas Mr Kumaran Nagapa – Pengurus Grassroots Moringa Resources, Komuniti Mualaf Bestari Jaya
3. Pelancaran Buku UiTO Ke-6 “Hadith Maqlubah Edisi Revisi 2025″
4. Jualan Produk Ukhuwah
5. Sesi silaturahim bersama komuniti Ukhuwah@UiTO

💎 50 peserta terawal akan menerima buku eksklusif Ukhuwah secara PERCUMA!
Setiap peserta juga akan menerima buku Prosiding Konvensyen, cenderahati, sarapan pagi dan makan tengah hari.

💰 Yuran Penyertaan
RM50 untuk Ahli Ukhuwah dan penyertaan berkumpulan (5 orang ke atas)
RM70 untuk Bukan Ahli

Daftar: https://ukhuwahteguh.onpay.my/order/form/3

👕 T-ShirtEdisi Khas UiTO 1 Dekad

Sempena konvensyen ini, UiTO akan mengeluarkan T-Shirt Edisi Khas 1 Dekad (2015–2025) bertemakan:

“UiTO 2015–2025 • Sedekad Dakwah Maya”

Dapatkan sebagai koleksi kenangan dan tanda sokongan terhadap perjuangan dakwah UiTO selama 10 tahun!

Hubungi: https://wa.me/60192831337
@NorM99

❤️ Sumbangan & Infaq

UiTO turut membuka ruang infaq/sumbangan ikhlas bagi membantu menampung perbelanjaan dan pengurusan Konvensyen UiTO Ke-6.
Setiap sumbangan kecil memberi erti besar dalam meneruskan usaha dakwah dan penyatuan ummah.

Klik: https://ukhuwahteguh.onpay.my/order/form/2

🏢 Ruang Iklan Perniagaan Buku Cenderahati UiTO 2015–2025

Promosikan perniagaan anda sambil menyokong dakwah!
Buku Cenderahati ini akan diedarkan kepada semua peserta konvensyen dan rakan kolaborator UiTO.

Pakej Iklan:
Saiz penuh (A4) – RM300
Separuh muka surat – RM150
Suku muka surat – RM100
Ucapan Tahniah / Doa Restu – RM50

Hubungi: https://wa.me/60192831337

✨ Jom hadir — top up ilmu, eratkan ukhuwah & semarakkan kembali semangat dakwah bersama para asatizah dan NGO Islam!

📞 Hubungi untuk pendaftaran & maklumat lanjut:

https://wa.me/60122643121 (Lan)
https://wa.me/60132001356 (Ainul)

Baarakallahu fikum.

🌿 BELI SAMBIL BERAMAL — INFAQ JUMAAT PENUH MAKNA! 🌿

0

🌿 BELI SAMBIL BERAMAL — INFAQ JUMAAT PENUH MAKNA! 🌿
💚 Sokong Produk Ummah, Bantu Komuniti Mualaf Bestari Jaya! 💚

💠 6 PRODUK BERKAT DARI UKHUWAH TEGUH 💠
Setiap pembelian anda menyokong dakwah, pendidikan, dan kebajikan ummah.

📘 1. KITAB SALAT – Salat Itu Mudah, Jom Upgrade!
➡️ Panduan solat lengkap & praktikal untuk semua peringkat
💝 Hasil jualan disalurkan bagi kerja dakwah dan kelas pengajian
💸 RM50 (termasuk pos)

📗 2. 131 TANDA KECIL KIAMAT – Dunia Semakin Berakhir, Persiapkan Diri
➡️ Berdasarkan dalil sahih – membangkitkan kesedaran akhir zaman
💝 Menyokong penerbitan bahan ilmu Islamik Persatuan Ukhuwah Teguh
💸 RM30 (termasuk pos)

🍛 3. LAUK RTE – Masakan Kampung Segera oleh Semat Quran
➡️ Lauk sedia makan, sedap & mudah – sesuai untuk musafir, pelajar, atau jemaah Umrah/Haji
💝 Setiap pembelian menyumbang kepada pendidikan al-Quran
💸 RM36/pek (termasuk pos)

📖 4. 6 Siri Buku Al-Quran Kitab Yang Mudah (Semat Quran)
➡️ Pendekatan mesra pembaca, faham isi al-Quran langkah demi langkah
💝 Dapatkan ilmu & sokong madrasah yang mengajar al-Quran
💸 RM60/set (termasuk pos)

🌿 5. MORINGA KAPSUL – Makanan Super dari Komuniti Mualaf Bestari Jaya!
➡️ 100% semulajadi, kaya nutrisi, bantu tingkat tenaga & imuniti
➡️ Dihasilkan oleh saudara baru Islam yang berusaha mencari rezeki halal
💝 Beli sambil infaq untuk mengukuh ekonomi mualaf luar bandar
💸 RM45 (330gm x 75 kapsul, termasuk pos)

🧼 6. SABUN SERBAGUNA MORINGA – Membersih, Mencantik, Menyembuh & Melindungi Secara Semulajadi!
➡️ Sesuai untuk semua jenis kulit & masalah gatal — badan, kepala, tangan & kaki
➡️ Diperbuat daripada bahan semulajadi:
🌿 Daun Moringa Petioles
🧂 Garam Bukit Himalaya
🥥 Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil)
🌸 Kemenyan Arab (Frankincense)
🌿 Habbatus Sauda
💧 Minyak Jojoba
💝 Setiap sabun membantu komuniti mualaf Bestari Jaya berdikari melalui hasil jualan
💸 RM20 (100gm)

🌷 BELI PRODUK, DAPAT PAHALA & KEBAIKAN!
Setiap pembelian anda hari ini:
✅ Menyokong usaha dakwah Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia
✅ Menghidupkan ekonomi mualaf luar bandar
✅ Menjadi saham akhirat untuk anda dan keluarga

📩 Tempah Sekarang & Rebut Ganjaran Infaq Jumaat:
👉 https://wa.me/60122643121

🌿 #BeliSambilBeramal #InfaqJumaat #ProdukUkhuwah #KomunitiMualaf #ProdukIslamik #SokongUmmah
#UkhuwahSEMy2030

PRODUK UKHUWAH – Beli Sambil Beramal Infaq Jumaat Penuh Makna

0

🌿 BELI SAMBIL BERAMAL — INFAQ JUMAAT PENUH MAKNA! 🌿
💚 Sokong Produk Ummah, Bantu Komuniti Mualaf Bestari Jaya! 💚

💠 6 PRODUK BERKAT DARI UKHUWAH TEGUH 💠
Setiap pembelian anda menyokong dakwah, pendidikan, dan kebajikan ummah.

📘 1. KITAB SALAT – Salat Itu Mudah, Jom Upgrade!
➡️ Panduan solat lengkap & praktikal untuk semua peringkat
💝 Hasil jualan disalurkan bagi kerja dakwah dan kelas pengajian
💸 RM50 (termasuk pos)

📗 2. 131 TANDA KECIL KIAMAT – Dunia Semakin Berakhir, Persiapkan Diri
➡️ Berdasarkan dalil sahih – membangkitkan kesedaran akhir zaman
💝 Menyokong penerbitan bahan ilmu Islamik Persatuan Ukhuwah Teguh
💸 RM30 (termasuk pos)

🍛 3. LAUK RTE – Masakan Kampung Segera oleh Semat Quran
➡️ Lauk sedia makan, sedap & mudah – sesuai untuk musafir, pelajar, atau jemaah Umrah/Haji
💝 Setiap pembelian menyumbang kepada pendidikan al-Quran
💸 RM36/pek (termasuk pos)

📖 4. 6 Siri Buku Al-Quran Kitab Yang Mudah (Semat Quran)
➡️ Pendekatan mesra pembaca, faham isi al-Quran langkah demi langkah
💝 Dapatkan ilmu & sokong madrasah yang mengajar al-Quran
💸 RM60/set (termasuk pos)

🌿 5. MORINGA KAPSUL – Makanan Super dari Komuniti Mualaf Bestari Jaya!
➡️ 100% semulajadi, kaya nutrisi, bantu tingkat tenaga & imuniti
➡️ Dihasilkan oleh saudara baru Islam yang berusaha mencari rezeki halal
💝 Beli sambil infaq untuk mengukuh ekonomi mualaf luar bandar
💸 RM45 (330gm x 75 kapsul, termasuk pos)

🧼 6. SABUN SERBAGUNA MORINGA – Membersih, Mencantik, Menyembuh & Melindungi Secara Semulajadi!
➡️ Sesuai untuk semua jenis kulit & masalah gatal — badan, kepala, tangan & kaki
➡️ Diperbuat daripada bahan semulajadi:
🌿 Daun Moringa Petioles
🧂 Garam Bukit Himalaya
🥥 Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil)
🌸 Kemenyan Arab (Frankincense)
🌿 Habbatus Sauda
💧 Minyak Jojoba
💝 Setiap sabun membantu komuniti mualaf Bestari Jaya berdikari melalui hasil jualan
💸 RM20 (100gm)

🌷 BELI PRODUK, DAPAT PAHALA & KEBAIKAN!
Setiap pembelian anda hari ini:
✅ Menyokong usaha dakwah Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia
✅ Menghidupkan ekonomi mualaf luar bandar
✅ Menjadi saham akhirat untuk anda dan keluarga

📩 Tempah Sekarang & Rebut Ganjaran Infaq Jumaat:
👉 https://wa.me/60192831337

🌿 #BeliSambilBeramal #InfaqJumaat #ProdukUkhuwah #KomunitiMualaf #ProdukIslamik #SokongUmmah
#UkhuwahSEMy2030

Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia – Pengiktirafan Malaysia Social Enterprise Aspiring

0

Bismillah..
⁉️ Info Terkini🔥

✅ Pengiktirafan Kerajaan Malaysia kepada Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia

Alhamdulillah..Syukran
Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia kini diiktiraf sebagai Malaysia Social Enterprise Aspiring oleh Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) bermula dari 23 September 2025.

Penarafan ini mengiktiraf Ukhuwah sebagai sebuah entiti sosial yang menggabungkan aktiviti dakwah, kebajikan, dan ekonomi dalam model keusahawanan sosial.

Sebagai langkah awal, Ukhuwah akan melaksanakan Projek Perintis Ternakan Kambing & Kebun Moringa yang akan dikawal selia secara telus dan sistematik.

Projek ini bakal menjadi sumber ekonomi berterusan, khususnya untuk membantu komuniti mualaf (India) di Bestari Jaya dan Serendah, Selangor. InsyaAllah.

Justeru, kami mengajak semua ahli dan penyokong untuk terus bersama Ukhuwah dengan:

📚 Membeli produk-produk Ukhuwah – Buku2 terbitan Ukhuwah & makanan Ready-To-Eat (RTE).
https://t.me/KedaiUiTO/227

🤝 Memperbaharui keahlian Ukhuwah (renew membership).
www.uito.org

🌍 Sebarkan kepada keluarga & sahabat untuk menjadi ahli Ukhuwah.
https://bit.ly/ahliUkhuwah2023

Setiap sokongan tuan/puan adalah pelaburan untuk dakwah, kebajikan & ekonomi umat.

Mari sama-sama kita bina masyarakat berilmu, berakhlak & berdikari bersama Ukhuwah. 🌟

Baarakallahu fikum.

https://linktr.ee/uito
https://www.facebook.com/ukhuwahteguh

#Ilmu#Amal#Prihatin

Norsiah Mohamed
Timbalan Pengerusi I / Penyelaras Projek Keusahawanan Sosial Ukhuwah
Sesi 2024 – 2026
0192831337 @NorM99

Latar Belakang Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia@UiTO

0

LATAR BELAKANG UNIVERSITI ISLAM TELEGRAM ONLINE (UITO)

Universiti Islam Telegram Online yang dikenali dengan nama UiTO telah ditubuhkan pada awal tahun 2015 hasil cetusan idea Che Ab Rahim bin Mahmood @Cikgu Rahim yang juga merupakan pelopor AFN yahoo groups (Februari 2001). Cikgu Rahim telah terlibat dengan dakwah Ikhwan Muslim (IM) sejak tahun 1980-an lagi. Beliau juga merupakan ahli ABIM, PERKIM, IKRAM dan HALUAN.

UiTO telah menjadikan medium telegram sebagai perantara dakwah dan pendidikan Islam secara atas talian berteraskan Al-Qur’an dan hadith sahih di mana UiTO menyediakan kuliah-kuliah mingguan, berkala dan berterusan secara percuma kepada pencari ilmu sebagai satu alternatif kepada medan dakwah sedia ada. Kuliah ini telah diberikan secara sukarela oleh Panelis UiTO yang datang dari seluruh negara dengan pelbagai bidang dan kecenderungan. UiTO juga mempunyai laman web rasmi www.uito.org di mana nota-nota kuliah yang disampaikan telah disunting dan dikemas kini oleh sekumpulan Penyunting yang melibatkan diri secara sukarela juga, memuat naik nota-nota tersebut dari semasa ke semasa untuk tatapan pembaca yang mengunjungi laman web rasmi UiTO.

UiTO maju selangkah lagi dengan tertubuhnya Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia (PPM-004-10-04062019) (Ukhuwah) pada 4 Jun 2019 demi memantapkan dan menambah baik lagi dakwahnya. UiTO sekarang bernaung di bawah Ukhuwah yang lebih telus dan sistematik. Ukhuwah mempunyai 3 kluster utama yang menerajui perjalanan dakwahnya iaitu Kluster Dakwah, Kluster Kebajikan dan Kluster Ekonomi.

AHLI JAWATAN KUASA PERSATUAN UKHUWAH TEGUH MALAYSIA SESI 2024 – 2026

  1. En. Ab Rahim bin Mahmood – Penaung
  2. Wan Mohd Suhailan bin Safian – Pengerusi
  3. Norsiah bt Mohamed – Timbalan Pengerusi 1
  4. Tuan Hassan bin Tuan Lah – Timbalan Pengerusi 2
  5. Hananzita bt Halim – Setiausaha
  6. Mazlan bin Mohd Khalid – Timbalan Setiausaha
  7. Abdul Jamil bin Yahya – Bendahari
  8. Zahiri bin Zubir – Timbalan Bendahari
  9. Sapuan bin Mazlan – AJK
  10. Hasrul Hafizee bin Mamat – AJK
  11. Zolkefli bin Zainol – Juruaudit 1
  12. Ainul Arifin bin Ahmad Rapaai – Juruaudit 2

AJK KLUSTER

  1. Suripahyon bt Bahari – Skuad Prihatin Tengah
  2. Nurjihan bt Jalal – Skuad Prihatin Selatan
  3. Sirajuddin bin Othman – Skuad Prihatin Timur
  4. Jim bin Amin – Skuad Prihatin Borneo
  5. Izzat bin Hakim – webmaster

KONVENSYEN UiTO

UiTO telah berjaya mengadakan 5 buah Konvensyen Tahunan bermula dari tahun 2015:

  1. Konvensyen UiTO Pertama 2015 – Lumut, Perak (Santai Sunah 1)
  2. Konvensyen UiTO Kedua 2016 – Shah Alam, Selangor (Santai Sunah 2)
  3. Konvensyen UiTO Ketiga 2017 – Kuala Lumpur (Islam Itu Rahmat, Mudah dan Indah)
  4. Konvensyen UiTO Keempat 2018 – Lumut, Perak (Islam Deen Praktikal)
  5. Konvensyen UiTO Kelima 2019 – Kuala Lumpur (Keluarga Sakinah Negara Rahmah)

TIM PENERBITAN UKHUWAH

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT jua, UiTO telah mengorak langkah menubuhkan pasukan Penerbitan Ukhwah pada bulan Mac 2020 dalam usaha menerbitkan buku hasil daripada nota-nota kuliah yang dikupas oleh Panelis untuk memudahkan ahli Ukhuwah dan masyarakat amnya merujuk dan memanfaatkan ilmu yang disampaikan secara lebih berkesan selain daripada untuk menjadikan UiTO sebagai pusat perkembangan ilmu.

Buku-buku Terbitan UKHUWAH:

  1. 131 Tanda Kecil Kiamat Dunia Semakin Berakhir Persiapkan Diri (Julai 2020)
  2. Fiqh Asasi Sunnah Untuk Pemula (Kitab Taharah) Mudahkan Jangan Susahkan (Ogos 2020)
  3. 131 Tanda Kecil Kiamat Versi Kemas Kini (Disember 2020)
  4. Waktu Mustajab Doa (Ogos 2021)
  5. Fiqh Asasi Sunnah untuk Pemula (Kitab Salat) Salat itu Mudah Jom Upgrade! (Julai 2023)

KLUSTER KEBAJIKAN

Ukhuwah juga semakin aktif di mana Kluster Kebajikan telah ditubuhkan di seluruh negara untuk memainkan peranan besar dalam melaksanakan aktivitinya.  Skuad Kebajikan Ukhuwah Wilayah Tengah, Utara, Timur, Selatan dan Borneo telah turun ke lapangan sama ada memberi sumbangan atau mengendalikan program. Antara aktiviti yang telah dijalankan:

  1. Ekspedisi Ziarah Mualaf Bestari Jaya, Kuala Selangor, 2020
  2. Program Santuni Asnaf Prihatin Mualaf Siri 2 Skuad Prihatin wilayah Utara, Timur, Selatan dan Borneo (Sabah), 2020
  3. Program Sebarkan Salam dan Berilah Makan kerjasama dengan Yayasan Bushra, Selangor dan Pulau Biking, Sabah, 2020
  4. Sumbangan kipas ke Masjid Ar-Rahman Fasa 2A, Manjung, Perak dan Surau Al Ihsan, Gombak, Selangor, 2021
  5. Program Prihatin Asnaf Pasca PKP 2.0 dan Bubur Lambuk Kasih Aidil Fitri Perkampungan Orang Asli, Kampung Simpang Arang, Gelang Patah, Johor, 2021
  6. Projek Ramadhan, Mencari Baroqah dengan Infaq, Pusat Pengajian Ahsanul Ulum Centre, Denai Alam dan Bakul Semurni Ramadhan N9, 2021
  7. Ukhuwah Bersama Palestine dengan kerjasama MyCare, 2021
  8. Sumbangan buku-buku keluaran Ukhuwah kepada peserta taddarus Al-Quran, Manjung Perak, 2021
  9. Program MyQurban anjuran bersama Ukhuwah dan MyPusaka, 2021
  10. Misi Bantuan Pasca Banjir 2021 @Kampung Bukit Changgang, Banting Selangor
  11. Menyantuni Kasih Gelandangan di Lorong Hj Taib, 2022
  12. Prihatin Ramadhan Asnaf & Mualaf wilayah Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor, 2023
  13. Infaq buku 131 Tanda Kecil Kiamat sebanyak 205 buah ke 9 lokasi terpilih
  14. Program Sepak Raga Selepas Asar’ di Masjid Nurul Iman, Mukim Nesam, Bintong, Kangar, Perlis, 2024
  15. Waqaf Surau untuk Kem Penempatan Sementara Gaza kolaborasi dengan Persatuan Ulama’ Malaysia, November 2024
  16. Infaq RM100 setiap bulan untuk Bil Elektrik dan Air kepada Madrasah Irsyadul Quran, mulai November 2024 – Mei 2025
  17. Agihan Ramadhan Gift 2025 kepada Asnaf & Mualaf terpilih di Perak, Sarawak, Sabah, Selangor, Perlis, Kedah, Pahang dan Johor (50 kotak), Mac 2025
  18. Infaq 2 buah Perigi di Cambodia, Mac 2025
  19. Sumbangan Iftar 80 pek Nasi Arab Ayam Mandy kepada Asnaf Flat Desa Cheras, Cheras, Mac 2025
  20. Jamu Makan Hari Asyura kolaborasi bersama Ukhuwah dan Semat Qur’an dengan agihan 400 pek iftar dan bubur Asyura ke 8 buah Masjid dan Surau sekitar Kuala Kangsar, Julai 2025

KLUSTER DAKWAH

Manakala Kluster Dakwah juga bergerak aktif dalam mengadakan aktiviti-akitiviti yang signifikan seperti berikut:  

  1. Penyuntingan nota kuliah bilik telegram dan muatnaik ke laman web uito.org
  2. Penerbitan buku daripada nota kuliah online telegram
  3. Kuliah Live StreamYard daripada panelis tetap dan jemputan setiap minggu – Risalah Tauhid, Tafsir Al-Qur’an, Diskusi bersama Doktor, Syarahan Kitab Misykaat Al Masaabiih, Kitab Al Jami’ Bulughul Maram
  4. Penubuhan Akademi Ukhuwah Azuan Machang, Kelantan, Jun 2021 – Oktober 2024
  5. Penerbitan E-Book Tafseer Literate Fatihah di platform antarabangsa Rakuten Kobo, Disember 2024
  6. Penubuhan Akademi Ukhuwah Muslimah Mujahadah Kempas, Johor, Ogos 2025

KELAS AKTIF ONLINE

Nama Kelas Syarahan Kitab Misykaat Al Masaabiih
Jadual Kelas Setiap Selasa, Jam 10.00 pm – 10.30 pm
Panelis Ustaz Ahmad Nasim bin Abdul Rauf
Metod Pembelajaran Streamyard – penstriman secara langsung ke YouTube dan Facebook
Pengisian Pembacaan Hadith-hadith di dalam Kitab Misykaat Al Masaabiih dengan Huraian Ringkas.

 

Nama Kelas Kelas Harfiah Al-Qur’an
Jadual Kelas Setiap Selasa, Jam 9.15 pm – 10.15 pm
Panelis Ustaz Azlizan Nueq
Metod Pembelajaran Zoom
Pengisian Pengajian Harfiah Al-Qur’an (makna literal atau langsung daripada teks Al-Qur’an) untuk setiap kalimah di dalam Al-Qur’an dengan menyasarkan satu atau dua ayat untuk setiap kelas.

 

Nama Kelas Tafsir Surah-surah dalam Al-Qur’an
Jadual Kelas Setiap Khamis, Jam 9.15 pm – 10.15 pm
Panelis Ustaz Azlizan Nueq
Metod Pembelajaran Streamyard – penstriman secara langsung ke YouTube dan Facebook
Pengisian Syarahan tafsir dan perbincangan untuk setiap ayat bagi surah pilihan.

 

Nama Kelas Kelas Pemula
Jadual Kelas Setiap Ahad, Jam 9.15 pm – 10.15 pm
Panelis Ustaz Azlizan Nueq
Metod Pembelajaran Zoom
Pengisian Pemantapan ilmu bagi pelajar pemula untuk cabang ilmu berbeza setiap minggu iaitu ilmu tafsir Al-Qur’an, ilmu hadith, ilmu fiqh, sirah Nabawi serta ilmu Tauhid.

 

Nama Kelas Soal Jawab Fiqh Sunnah
Jadual Kelas Setiap Hari
Panelis Tuan Hassan Tuan Lah
Metod Pembelajaran Whatssap dan Telegram
Pengisian Soal jawab dan perbincangan persoalan fiqh harian secara ilmiah dan mesra pemahaman.

 

Nama Kelas Tahqiq Hadith
Jadual Kelas Setiap Hari
Panelis Tuan Hassan Tuan Lah
Metod Pembelajaran Whatssap dan Telegram
Pengisian Kupasan ringkas dan padat untuk setiap hadith yang dikemukakan oleh ahli bilik.

 

Nama Kelas Santapan Rohani
Jadual Kelas Setiap Hari, Jam 7.50 am
Panelis Che Abdul Rahim bin Mahmood@Cikgu Rahim
Metod Pembelajaran Telegram, Facebook dan TikTok
Pengisian Kupasan ayat demi ayat untuk surah pilihan berpandukan Tafsir Al-Muyassar.

 

Nama Kelas Tazkirah Petang – Satu Hadith Sejuta Ibrah
Jadual Kelas Setiap Hari, Jam 6.30 pm
Panelis Che Abdul Rahim bin Mahmood@Cikgu Rahim
Metod Pembelajaran Telegram, Facebook dan TikTok
Pengisian Kupasan berserta pengajaran untuk setiap hadith pilihan.

 

Nama Kelas Pengajian Muslimah Mujahadah
Jadual Kelas 3 kali seminggu
Panelis Ustazah Nurjihan Jalal
Metod Pembelajaran Zoom Online, Fizikal
Pengisian Kupasan Kitab Salat, 131 Tanda Kecil Kiamat, Hisnul Muslim
Peserta Ibu Tunggal/Balu/Asnaf/Mualaf
Lokasi Kempas, Johor

Pautan untuk pendaftaran keahlian Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia:

https://bit.ly/ahliUkhuwah2023

Infaq Dakwah dan Kebajikan:

Maybank (Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia)

No Akaun: 562058070928

FB: https://www.facebook.com/ukhuwahteguh

Website: uito.org

No. Tel: 019 283 1337/019 441 6030

Email: [email protected]

Tahqiq Hadith: Pensyariatan Mandi Hari Jumaat

0

🕋 Tahqiq Hadis: Pensyariatan Mandi Hari Jumaat

📝 Teks Hadith:

عن ابن عباسٍ، وسأله رجلٌ عن الغُسل يوم الجمعة، أواجبٌ هو؟ قال: لا، ومن شاء اغتسل.
وسأحدثكم عن بدء الغسل: كان الناس محتاجين، وكانوا يلبسون الصوف، وكانوا يسقون النخل على ظهورهم،
وكان مسجد النبي ﷺ ضيقا، متقارب السقف، فراح الناس في الصوف، فعرقوا، وكان منبر النبي ﷺ قصيرا،
إنما هو ثلاث درجات، فعرق الناس في الصوف، فثارت أرواحهم، أرواح الصوف،
فتأذى بعضهم ببعض، حتى بلغت أرواحهم رسول الله ﷺ وهو على المنبر،
فقال: “يا أيها الناس، إذا جئتم الجمعة فاغتسلوا،
وليمسّ أحدكم من أطيب طيب إن كان عنده”.

📚 Riwayat Ahmad – Musnad Ahmad no. 2415


📘 Terjemahan Hadith:

Daripada Ibn Abbas RA, seorang lelaki bertanya kepadanya:

“Adakah mandi pada hari Jumaat itu wajib?”

Ibn Abbas RA menjawab:

“Tidak, sesiapa yang mahu, silakan mandi. Aku akan ceritakan kepada kalian bagaimana pensyariatan mandi Jumaat bermula. Dahulu, orang ramai hidup dalam keadaan susah. Mereka memakai pakaian daripada bulu (kain kasar) dan bekerja menyiram kebun kurma sambil memikul beban di belakang mereka. Masjid Nabi ﷺ pula kecil dan rendah atapnya. Maka apabila mereka datang dengan berpakaian bulu itu, mereka berpeluh dan bau tidak menyenangkan merebak. Mimbar Nabi ﷺ juga hanya tiga anak tangga sahaja. Bila mereka berkumpul, peluh dan bau tadi memenuhi ruang masjid sehingga sampai kepada Nabi ﷺ. Maka baginda bersabda:

‘Wahai manusia, apabila kamu hadir untuk solat Jumaat, maka mandilah. Dan hendaklah sesiapa antara kamu memakai wangian yang terbaik jika dia memilikinya.'”


🔍 Tahqiq Hadith:

  • Rujukan: Musnad Ahmad, no. 2415

  • Sanad:

    حدثنا أبو سعيد، حدثنا سليمان بن بلال، عن عمرو بن أبي عمرو، عن عكرمة، عن ابن عباس

  • Status:

    • Syaikh Syu’aib al-Arna’ut: Isnadnya Jayyid (baik).

    • Dinilai sebagai: Hadis Hasan.


Kesimpulan Fiqh:

  • Mandi Jumaat bukan wajib secara mutlak, tetapi ia sangat dianjurkan (sunat muakkad).

  • Pensyariatan mandi Jumaat berdasarkan hikmah kebersihan dan adab berjemaah, bukan hanya semata-mata hukum ibadah.

  • Pemakaian wangian juga digalakkan ketika hadir ke masjid untuk solat Jumaat.Allahu a’lam.#Ilmu#Amal#Prihatin

Kompilasi Soal Jawab Fiqh Sunnah bersama Panelis Tuan Hassan Tuan Lah (5)

0

Soalan: Adakah hadith ini menunjukkan sahabat Nabi naik kenderaan ke masjid?

Hadith

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِاللَّهِ رضي الله عنه، قَالَ:
كَانَتْ بَنُو سَلِمَةَ أَرَادُوا أَنْ يَنْتَقِلُوا إِلَى قُرْبِ الْمَسْجِدِ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ، فَقَالَ:
“يَا بَنِي سَلِمَةَ، دِيَارَكُمْ تُكْتَبُ آثَارُكُمْ”

(HR. Muslim, no. 665)

Terjemahan:

Daripada Jabir bin Abdullah رضي الله عنه, beliau berkata:
Bani Salimah ingin berpindah untuk tinggal lebih dekat dengan masjid. Berita itu sampai kepada Rasulullah ﷺ, lalu baginda bersabda: “Wahai Bani Salimah, tetaplah di tempat kalian, kerana setiap langkah kalian dicatat (sebagai pahala).”


Huraian Ringkas (Fiqh Sunnah):

Bab: Kaedah dan etika pergi ke masjid
Isu: Adakah perlu berjalan kaki atau boleh naik kenderaan?

Jawapan:
✔️ Hadith ini menunjukkan keutamaan melangkah ke masjid, kerana setiap langkah diberi pahala. Namun, matlamat utama tetap solat berjemaah di masjid — bukan kaedah pergerakan itu sendiri.
✔️ Dalam konteks moden, teknologi seperti kereta, motosikal, EV, basikal atau skuter tidak menafikan pahala, kerana tujuannya tetap sama: sampai ke masjid untuk solat berjemaah.


🧠 Prinsip Maqasid Syariah:

Matlamat (maqasid): Hadir solat berjemaah di masjid

Bukan matlamat: Cara atau jenis pengangkutan

“Jangan terlalu membebankan diri untuk mencari cara yang paling afdal ke masjid. Yang paling penting: sampai ke masjid tepat waktu dan berjemaah.


🌿 Contoh Ideal:

Seperti di Makkah & Madinah — suasana mesra pejalan kaki, laluan bersih & selamat. Tetapi jika faktor seperti jarak jauh, cuaca, usia, kesihatan atau tempat parkir menjadi halangan — naik kenderaan adalah wajar dan tidak menjejaskan pahala.

Allahu a’lam.

#Ilmu#Amal#Prihatin

Santapan Rohani 750 pagi: Kupasan Tafsir Surah Maryam – Ayat Ke-11 hingga Ke-15

0

Berikut adalah tafsir ringkas Surah Maryam ayat ke-11 hingga ke-15 berdasarkan Tafsir al-Muyassar (tafsir ringkas dalam bahasa Arab moden) diikuti dengan kesimpulan:

Surah  Maryam ayat Ke-11 hingga Ke-15

فَخَرَجَ عَلَىٰ قَوْمِهِۦ مِنَ ٱلْمِحْرَابِ فَأَوْحَىٰٓ إِلَيْهِمْ أَن سَبِّحُوا۟ بُكْرَةًۭ وَعَشِيًّۭا ۝ يَـٰيَحْيَىٰ خُذِ ٱلْكِتَـٰبَ بِقُوَّةٍۢ ۖ وَءَاتَيْنَـٰهُ ٱلْحُكْمَ صَبِيًّۭا ۝ وَحَنَانًۭا مِّن لَّدُنَّا وَزَكَوٰةًۭ ۖ وَكَانَ تَقِيًّۭا ۝ وَبَرًّۢا بِوَٰلِدَيْهِ وَلَمْ يَكُن جَبَّارًۭا عَصِيًّۭا ۝ وَسَلَـٰمٌ عَلَيْهِ يَوْمَ وُلِدَ وَيَوْمَ يَمُوتُ وَيَوْمَ يُبْعَثُ حَيًّۭا

🌿 Ayat ke-11

فَخَرَجَ عَلَىٰ قَوْمِهِۦ مِنَ ٱلۡمِحۡرَابِ فَأَوۡحَىٰٓ إِلَيۡهِمۡ أَن سَبِّحُواْ بُكۡرَةٗ وَعَشِيّٗا
Zakariya a.s keluar dari tempat solat (mihrab) menuju kaumnya dan memberi isyarat kepada mereka agar bertasbih (mengagungkan Allah) pada waktu pagi dan petang. Ini menunjukkan ibadah tetap diteruskan walaupun dalam keadaan tidak boleh bercakap.

🌿 Ayat Ke-12

يَحۡيَىٰ خُذِ ٱلۡكِتَٰبَ بِقُوَّةٖۖ وَءَاتَيۡنَٰهُ ٱلۡحُكۡمَ صَبِيّٗا

Allah SWT menyuruh Yahya a.s untuk mengambil kitab Taurat dengan bersungguh-sungguh. Dia dikurniakan kebijaksanaan dan kefahaman sejak kecil lagi — satu kelebihan luar biasa.

🌿 Ayat Ke-13

وَحَنَانٗا مِّن لَّدُنَّا وَزَكَوٰةٗۖ وَكَانَ تَقِيّٗا

Yahya a.s juga dikurniakan kasih sayang yang mendalam daripada Allah SWT dan jiwa yang suci. Dia adalah seorang yang sangat bertakwa dan menjauhi dosa.

🌿 Ayat 14

وَبَرَّۢا بِوَٰلِدَيۡهِ وَلَمۡ يَكُن جَبَّارًا عَصِيّٗا

Yahya a.s seorang anak yang taat dan berbakti kepada ibu bapanya. Dia bukan orang yang sombong atau derhaka.

🌿 Ayat 15

وَسَلَٰمٌ عَلَيۡهِ يَوۡمَ وُلِدَ وَيَوۡمَ يَمُوتُ وَيَوۡمَ يُبۡعَثُ حَيّٗا

Allah SWT memberikan keselamatan kepada Yahya a.s pada tiga saat paling kritikal bagi manusia: ketika dilahirkan, ketika wafat, dan ketika dibangkitkan semula — satu penghormatan besar daripada Allah SWT.

🔍 Kesimpulan 

Kekuatan dalam ibadah dan kepimpinan:

Nabi Zakariya a.s walaupun dalam keadaan tidak boleh bercakap, tetap menyeru umatnya untuk mengingati Allah SWT.

Ketinggian akhlak dan ilmu Yahya a.s:

Nabi Yahya a.s menerima kitab dengan penuh kesungguhan, memiliki kefahaman agama sejak kecil, dan sangat penyayang serta bertakwa.
Contoh anak soleh: Yahya a.s berbakti kepada kedua ibu bapanya, tidak sombong dan tidak derhaka — menjadi teladan bagi generasi muda.

Kemuliaan Nabi Yahya a.s: Allah SWT memberikan keselamatan kepadanya pada tiga detik penting — lahir, wafat, dan dibangkitkan — menandakan kemuliaan hidup dan matinya.

Allahu a’lam.

#Ilmu#Amal#Prihatin

Popular

Iklan

Iklan