Utama Pengumuman Laporan Terkini Kutipan & Baki Dana Khusus UiTO (November 2026): Semak Tabung...

Laporan Terkini Kutipan & Baki Dana Khusus UiTO (November 2026): Semak Tabung Aktif Sebelum Menyumbang

14
0
Iklan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

LAPORAN TERKINI KUTIPAN & BAKI DANA KHUSUS UiTO

Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia • Kemas Kini: November 2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia (UiTO) ingin berkongsi laporan terkini berkaitan status kutipan serta baki dana khusus bagi projek-projek kebajikan, pendidikan, dan dakwah yang sedang serta telah dijalankan.

💡 Tujuan Laporan: Memudahkan para ahli dan dermawan menyemak tabung yang masih aktif dibuka supaya tiada kekeliruan atau tersilap menyalurkan sumbangan ke tabung yang telah ditutup.

📊 Ringkasan Status Dana Terkini

Nama Projek / Tabung Status Kutipan Kutipan / Baki Urus Setia
Program Kasih Ummah
Sasaran: RM20,000.00
🟢 DIBUKA RM700.00 Cikgu Zahiri Bin Zubir
Buku Rujukan Ringkas Muallaf
Sasaran: RM2,000.00 (Baki RM140 lagi)
🟢 DIBUKA RM1,860.00 Ustaz Sapuan Mazlan
Tabung Infaq Asnaf
RM100.00 / Keluarga (RM400 diagihkan)
🟢 DIBUKA RM100.00 (Baki) Puan Norsiah
Dana Komuniti Pekak (WELF)
Sari kata video kuliah Ukhuwah
🟢 DIBUKA RM30.00 Puan Hanan
Projek Telaga Air
Tutup sejak Mac 2025
🔴 DITUTUP RM200.00 (Baki) —

🟢 TABUNG YANG MASIH DIBUKA UNTUK SUMBANGAN

1. 🤝 Program Kasih Ummah: Misi Chiang Rai & Laos

STATUS: DIBUKA

Kutipan Terkini: RM700.00 / RM20,000.00 (Sasaran)

  • Jadual Misi & Penghantaran 1: 10 – 13 Disember 2026 (Mae Chan, Chiang Rai & Laos).
  • Penghantaran 2: Dijadualkan pada 25 Disember 2026, insya-Allah.
  • Urus Setia: Cikgu Zahiri

📌 FOKUS TERKINI: MISI DAKWAH USTAZ DIN CHIANG RAI & LAOS

Melihat perkembangan pesat usaha penyebaran agama lain di Laos dan Chiang Rai, Ustaz Din (Jalaluddin Al-Laosi) giat memperluas jaringan dakwah melalui sokongan pendidikan agar anak-anak mualaf di Laos tidak tercicir pelajaran agama akibat kekangan kewangan.

Satu Sumbangan Anda Mengalir Untuk 3 Kebaikan:

  • 📚 Pendidikan (40% / RM8,000): Pengurusan pasport, visa, terjemahan dokumen & pengangkutan pelajar mualaf Laos ke Pattani.
  • 🍚 Makanan (30% / RM6,000): Bekalan keperluan harian anak-anak yatim & komuniti mualaf di Pusat Pengajian Islam Ban Pangsa.
  • 🕌 Dakwah (30% / RM6,000): Ziarah kebajikan & bimbingan akidah di pedalaman Chiang Rai bersama Human Mercy Foundation (HMF), Ban Huai Ma Hin Fon.

Komen dan Soalan