Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) La Tahzan 264: Bertahap-tahap (dalam Dakwah) (رويداً .. رويداً)

La Tahzan 264: Bertahap-tahap (dalam Dakwah) (رويداً .. رويداً)

48
0
Iklan

✏️✏️✏️✏️

La Tahzan 264: Bertahap tahap (dalam Dakwah) (رويداً .. رويداً)

264-1 Wasiat supaya beransur kepada Muaz

إنّ من إضفاء السعادة على المُخاطبين بكلمة الوعي ، التَّدرُّجُ في المسائلِ ، الأهمُّ ، يصدِّقُ هذا وصيتُه – صلى الله عليه وسلم – لمعاذٍ – رضي اللهُ عنه – لمَّا أرْسَلَه إلى اليمنِ : (( فليكُنْ أوَّل ما تدعوهمْ إليه ، أنْ لا إله إلا الله وأني رسولُ اللهِ ….. )) الحديث

Antara kebahagiaan yang dapat kita berikan kepada orang yang kita dakwahkan ialah kalimah yang menyentuh hatinya, pendekatan yang sistematik, dahulukan yang lebih penting dahulu. Inilah metod Nabawi yang berikan kepada Muaz bin Jabal رضي الله عنه sebelum mengutus beliau ke Yaman:

(فليكن أوَّلُ ما تدعوهم إليه شهادةَ أنْ لا إلهَ إلَّا اللهُ وأنَّ محمَّدًا رسولُ اللهِ (متفق عليه: البخاري (1458)، ومسلم (19)

Hendaklah engkau mulakan ajakan dengan syahadah la ilaha illlah dan Muhammad pesuruh Allah.

(Muttafaq ‘alaih, Bukhari 1458, Muslim 19 daripada sanad Ibn Abbas رضي الله عنه)

✏️✏️✏️✏️

La Tahzan 264: Bertahap-tahap (dalam Dakwah) (رويداً .. رويداً)

264-2: Rahsia Al-Qur’an tidak diturunkan sekali gus

Firman Allah ‎ﷻ:

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْلَا نُزِّلَ عَلَيْهِ الْقُرْآنُ جُمْلَةً وَاحِدَةً ۚ كَذَٰلِكَ لِنُثَبِّتَ بِهِ فُؤَادَكَ ۖ وَرَتَّلْنَاهُ تَرْتِيلًا

Berkatalah orang-orang yang kafir: “Mengapa Al-Qur’an itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja?”; demikianlah supaya Kami perkuatkan hatimu dengannya dan Kami membacanya secara tartil (teratur dan benar).

[Al Furqan: 32]

إذن في المسألة أولٌ وثانٍ وثالثٌ ، فلماذا نُقحمُ المسائل على المسائل إقحاماً ، ولماذا نطرحُها جملةً واحدةً ؟!

Jadi dalam sesuatu permasalahan atau isu ada pecahan masalah satu, dua dan tiga, tetapi kenapa kita gaulkan kesemuanya atau menyelesaikannya sekali gus?

إنَّ من سعادةِ المسلمين بإسلامِهم أنْ يشعُروا بالارتياح منْ تعاليمِه وباليُسر في تلقِّي أوامره ونواهيه ؛ لأنه أتى أصلاً لإنقاذهم من الاضطرابِ النفسيِّ والتَّشرُّردِ الذِّهنيِّ والتَّفلُّتِ الاجتماعي

Petanda kebahagian umat Islam dengan Islam anutannya ialah mereka merasa senang sekali menerima ajaran-ajarannya, tidak ada rasa berat menerima ajaran dan larangannya. Ini kerana Islam turun untuk menyelamatkan mereka daripada kegoncangan, kekacauan dan kegelinciran.

Artikel sebelumnyaLa Tahzan 263: Manusia Paling Bahagia (أشْرَحُ الناسِ صدراً)
Artikel seterusnyaASMAU’L HUSNA: BAB 6 KESUNGGUHAN AHLUSUNNAH DALAM PERBAHASAN AL-ASMA’ AL-HUSNA

Komen dan Soalan