Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Hukum Jama’ Solat kerana Sakit

Hukum Jama’ Solat kerana Sakit

128
0
Iklan

📚📖✍

🔴 Apakah hukum menjama’kan salat bagi orang yang sakit berpanjangan?


Hukum menjama’kan salat ketika sakit berpanjangan.

Pandangan Mazhab Syafi’iy
Tidak boleh menjama’ salat ketika sakit, kerana mazhab tersebut hanya membataskan kepada hujan, safar dan manasik haji.

Pandangan mazhab Hanbali
Boleh menjama’kan salat untuk 10 keadaan:

1. Safar atau kembara.

2. Hujan dan semisal (bencana alam).

3. Sakit.

4. Wanita yang menyusukan anak.

5. Kesulitan dalam bersuci.

6. Kesulitan dalam mengetahui waktu.

7. Wanita istihadhah (darah sentiasa keluar) dan lelaki masalah membuang air kencing.

8. Sering keluar mazi.

9. Penyakit mimisan, pendarahan.

10. Kesibukan atau keuzuran luar jangka.
[Abu Malik Kamal, Sahih Fiqh Sunnah, 1:186, Dr Wahbah, Fiqh Islami, 1:270]

Jika sakit kronik yang berpanjangan, maka boleh sahaja dia menjama’nya seperti:

1. Pesakit kanser (ketika akan menjalani rawatan kimo),

2. Pesakit dialisis buah pinggang (ketika hari dia menjalani dialisis).

Terpulang kepada ijtihad seseorang, sama ada mahu menjama’ salat pada hari itu bergantung kepada keupayaan dia. Akan tetapi pada dasarnya boleh beramal dengan fiqh Hanabilah.

@bicarathtl
#SnJbicarasunnahC

Komen dan Soalan