Utama Tazkirah Admin “AKU” Oleh: Tn. Azmil Abrar​

“AKU” Oleh: Tn. Azmil Abrar​

273
0
Iklan

AKU

Oleh: Tn. Azmil Abrar​

Banyak ketidak tenangan hidup kita hari ni adalah berpunca dari AKU.

Iaitu kita merasakan dunia ini berputar atas kita sebagai paksinya.
Negara wajib bagi aku sesuatu.

Masyarakat wajib bagi aku sesuatu.

Keluarga wajib bagi aku sesuatu.

Pejabat wajib bagi aku sesuatu.

Kawan wajib bagi aku sesuatu.

Pasangan wajib bagi aku sesuatu.

Semua orang wajib bagi aku sesuatu.

Bila tak dapat, kita frust, kita marah, kita bengang, kita tidak puas hati dan kita mula membenci orang.

Tapi hakikatnya itulah lumrah dunia. Tiada manusia, sekaya atau seberkuasa mana mereka, akan dapat semuanya.
~~
Lebih tenang kalau kita fikir sebaliknya.

Apa aku boleh bagi pada negara.

Apa aku boleh bagi pada masyarakat.

Apa aku boleh bagi pada pejabat.

Apa aku boleh bagi pada keluarga.

Apa aku boleh bagi pada kawan.

Apa aku boleh bagi pada pasangan.

Fokus kepada benda yang di dalam kawalan kita dari benda di luar kawalan.

Kita tidak boleh kawal apa orang beri, tetapi kita boleh kawal apa yang hendak kita hendak sumbang.

Yang penting, hidup perlu tenang dan ingat,

Kita kan ada Allah.

Kalau manusia tak beri, percayalah, Allah akan beri.

Disalin dari on.fb.me/1OiG9ls

#BroSyariefShares
__
Sertai Channel Telegram @BroSyariefShares

Komen dan Soalan