Utama UiTO Bicara THTL SOAL JAWAB BICARA SYEIKH THTL 4

SOAL JAWAB BICARA SYEIKH THTL 4

501
0
Iklan

SOALAN

Adakah suatu kewajiban untuk mencatat dan perlu adanya saksi semasa urusan memberi pinjaman wang kepada seseorang?

JAWAPAN

Firman Allah ﷻ,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ وَلْيَكْتُبْ بَيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu’amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar”
(Al Baqarah: 282)

Menurut pendapat Syaikh Ibnu Uthaimin رحمه الله‎, di dalam fatawa Nur ‘ala Darbi, 2:muka surat 16, ia cuma sunat atau afdhal dan bukan wajib kerana wang tersebut adalah milik anda. Sekiranya wang yang ingin diberi pinjaman amaunnya kecil sahaja tiada masalah jika tiada di catat akan tetapi sekiranya amaunnya besar, lebih baik dicatat dan berserta saksi.

 

 

SOALAN

Bolehkah berhajat untuk membaca al-Qur’an di tempat-tempat tertentu seperti di puncak gunung, di dalam hutan dan adakah dikira sebagai suatu kebaikan sekiranya kita berusaha untuk merealisasikan hajat tersebut?

JAWAPAN

Perasan ingin bertapa tersebut digantikan dengan syariat baru, iaitu dinamakan I’tikaf. Carilah masjid yang bagus, dan i’tikaflah di masjid tersebut. Bertapa di dalam gunung atau gua ini sememangnya menjadi amalan Nabi ﷺ sebelum menjadi rasul. Sekarang, amalan bertapa ini masih diamalkan oleh pendita pencak silat, hindu atau buddha.

 

 

SOALAN

Adakah masjid dan surau ada perbezaan dari segi kebaikan atau darjat dan di manakah iktikaf yang paling afdal di masjid atau surau?

JAWAPAN

Ya, memang ada perbezaan di antara masjid atau surau. I’tikaf yang paling afdal ialah masjid Nabi ﷺ di tiga tempat.

Susunan tempat untuk beri’tikaf.

1. Masjidil Haram

2. Masjid Nabawi

3. Masjid Al-Aqsa(al Quds)

4. Masjid Jami’

5. Masjid Negeri

6. Masjid Daerah

7. Masjid kariah sendiri

8. Surau atau Musolla. Musolla tidak bagus untuk beri’tikaf kerana tidak diadakan solat Jumaat dan kuliah ilmu.

 

 

SOALAN

Adakah saya masih mendapat pahala seperti yang dimaksudkan di dalam hadith di bawah apabila saya menziarahi orang sakit di rumahnya tetapi saya dimaklumkan oleh ibunya bahawa pesakit tiada di rumah dan sedang dirawat di hospital?

Dalil hadith:

عَنْ أَبِي أَسْمَاءَ الرَّحَبِيِّ عَنْ ثَوْبَانَ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ عَادَ مَرِيضًا لَمْ يَزَلْ فِي خُرْفَةِ الْجَنَّةِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا خُرْفَةُ الْجَنَّةِ قَالَ جَنَاهَا

Terjemahan:
Dari Abu Asma’ Ar Rahabi dari Tsauban (hamba) Rasulullah ﷺ, baginda ﷺ bersabda:
“Apabila seorang muslim mengunjungi saudaranya sesama muslim yang sakit, maka orang itu sentiasa berada dalam sebuah taman syurga. Baginda ﷺ ditanya, bagaimana taman syurga itu? baginda ﷺ menjawab: ‘Taman yang penuh dengan buah-buahan yang dapat dipetiknya.’
(HR Muslim No: 4660)

JAWAPAN

Di dalam Islam, niat itu penting. Sekiranya sudah berniat, maka pahalanya sudah diberi.

Dalil hadith:

فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ،فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، وَإِنْ هَمَّ بِهَا، فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللهُ عِنْدَهُ عَشَرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِمِائَةِ

Terjemahan:
“Barang siapa yang berniat untuk berbuat kebaikan kemudian dia tidak buat, Allah ﷻ mencatat baginya satu kebaikan yang sempurna. Jika ia berniat melakukan kebaikan kemudian ia buat, Allah ﷻ mencatat untuknya 10-700 kali lipat kebaikan sampai tidak terhingga”
(Muttafaq Alaih)

Justeru itu, terpulang kepada Allah ﷻ untuk mencatat berapa markah dari 10-700 markah.

 

 

SOALAN

Saya pernah mendengar sekiranya mahu melakukan perkara yang baik, perlulah menggunakan tangan kanan sekali pun benda tersebut berada disebelah kiri dan adakah terdapat hadith berkaitan adab menggunakan tangan kanan?

JAWAPAN

Ya, benar. Ia adab bagi seorang muslim.

Dalil hadith:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ ,فِي طُهُورِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَ تَنَعُّلِهِ

Terjemahan:
“Rasulullah ﷺ lebih menyukai menggunakan sebelah kanan dalam urusan-urusan beliau; dalam bersuci, menyisir dan mengenakan sandal”
(HR al-Bukhari Muslim)

 

 

SOALAN

Sahihkah hadith di dalam gambar ini?

JAWAPAN

مَن خرجَ من بيتِه متطَهرًا إلى صلاةٍ مَكتوبةٍ فأجرُه كأجرِ الحاجِّ المحرمِ ومَن خرجَ إلى تسبيحِ الضُّحى لا ينصبُه إلَّا إيَّاهُ فأجرُه كأجرِ المعتمرِ وصلاةٌ علَى أثرِ صلاةٍ لا لغوَ بينَهما كتابٌ في علِّيِّينَ

الراوي : أبو أمامة الباهلي | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح أبي داود
الصفحة أو الرقم: 558 | خلاصة حكم المحدث : حسن
التخريج : أخرجه أبو داود (558) واللفظ له، وأحمد (22304).

Menurut Syaikh al Albani رحمه الله‎, hadith ini hasan, sahih Abu Daud, no 558.

 

 

SOALAN

Syeikh, sahihkah hadith Nabi saw bermimpi, jibril membawa kain, dan bila diselak kain itu, Nabi saw terlihat wajah bakal isterinya iaitu ‘Aisyah?

Benarkah hadith ini dari Bukhari dan Muslim?

JAWAPAN

أُريتُكِ في المنامِ مرَّتَينِ ، أذا رجلٌ يَحمِلُكِ في سَرَقَةِ حريرٍ ، فيقول : هذه امرأتُك ، فأكشِفُها فإذا هي أنتِ ، فيقول : إنْ يكُن هذا من عندِ اللهِ يُمضِه

الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري

الصفحة أو الرقم: 5078

Terjemahan:
‘Ku bermimpi melihat mu, dua kali. Ketika itu ada seorang lelaki membawamu di sebalik kain sutra dan berkata, inilah isterimu. Bila aku menyelak kain tersebut, ternyata benar dirimu (Aisyah), lalu Nabi saw bersabda. :Jika ini dari Allah (petunjuk) maka akan terjadi.
Sahih Bukhari no 5078.

 

 

SOALAN

Benarkah lafaz tambahan itu berasal dari seorang lelaki yang dalam keadaan masbuq dan bukan di dalam solat?

JAWAPAN

Tambahan di zaman Nabi saw bukanlah bid’ah, apabila Nabi saw benarkan , maka, ia menjadi sunnah. Ini dinamakan variasi membaca zikir ketika bangkit dari rukuk.

Ini dalil lafaz tersebut.
Dari Rifaa’ah bin Roofi’, ia berkata :

كُنَّا يَوْمًا نُصَلِّي وَرَاءَ الرسول ، فَلَمَّا رَفَعَ رَأْسَهُ ، قَالَ : سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ، قَالَ رَجُلٌ وَرَاءَهُ : رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ ، حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ ، فَلَمَّا انْصَرَفَ ، قَالَ : مَنِ الْمُتَكَلِّمُ ؟ قَالَ : أَنَا ، قَالَ : رَأَيْتُ بِضْعَةً وَثَلاثِينَ مَلَكًا يَبْتَدِرُونَهَا ، أَيُّهُمْ يَكْتُبُهَا أَوَّلُ

“Suatu hari kami solat dibelakang Rasulullah, maka tatkala beliau mengangkat kepala, beliau berkata, “Sami’allahu liman hamidahu”. Lalu ada seseorang di belakang beliau berkata, رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ، حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ. Tatkala beliau selesai solat maka beliau berkata, “Siapa tadi yang berbicara?”. Orang itu berkata, “Saya”. Nabi saw berkata, “Aku melihat tiga puluh sekian malaikat berlumba-lumba siapa yang pertama diantara mereka yang mencatatnya”
(HR Al-Bukhari no 799)

 

 

SOALAN

Syeikh, adakah hadith yang menyatakan syaitan tidak dapat menganggu Umar ra?

JAWAPAN

فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم إني لأنظر إلى شياطين الإنس والجن قد فروا من عمر قالت فرجعت قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح غريب من هذا الوجه

Terjemahan:
“Sungguh aku melihat syaitan dari kalangan manusia dan jin lari dari ‘Umar.”
(HR. Tirmidzi no. 369, ulasan Imam Abu Isa rhm, status hadith hasan sahih ghareeb. Menurut Sheikh al Albani, hadith ini sahih)

 

 

SOALAN

Syeikh, boleh kongsikan sedikit keistimewaan Umar ?

JAWAPAN

Umar ra merupakan sahabat Nabi saw, kedua selepas Abu Bakar.

Seorang wali Allah terikat dengan Nabi saw melalui ikatan sahabat baginda dan menjadi bapa mertua kepada Nabi saw dengan memberi anaknya Hafshah kepada Nabi saw. Umar ra juga mendapat kemuliaan disemadikan bersama Nabi saw di pusara Nabi saw di makam rasul di Masjid Nabawi. Beliau menjadi khalifah rashad selama 10 tahun dan mencipta sistem pemerintahan paling hebat dalam sejarah manusia.

 

 

SOALAN

Kalau dari solat fardhu mahu melakukan solat ba’diah, kena keluar dari solat, berzikir, atau beralih tempat duduk baru, solat ba’diah. Bagaimana pula kalau dari qabliah ke solat fardhu?

JAWAPAN

Perlu berpindah tempat juga, sebab orang lelaki akan berebut saff awal, perempuan juga akan berebut saff akhir. Mesti berpindah tempat, ini kerana apabila bilal menyeru iqamat, maka semua orang akan bergerak untuk mengisi saff supaya penuh, tidak mungkin orang yang solat qabliah akan kekal di situ sebab dia juga perlu memenuhkan saff.

 

 

SOALAN

Adakah perlu berpindah tempat juga kalau menunaikan solat sunnah di rumah?

JAWAPAN

Jika menunaikan solat sunnah di rumah, tidak perlu berpindah tempat. Maksud sebenar berpindah tempat ialah solat sunnah dikerjakan di rumah. Maksudnya solat wajib di masjid, kemudian solat ba’diah di rumah sebab paling afdhal solat sunnah ialah di rumah. Jika di masjid, hendaklah pindah lokasi sebab hendak bezakan solat fardhu dan sunnah.

Hukum berpindah tempat ini umum, ia satu perbahasan yang panjang. Jika bilik anda luas macam villa, maka boleh sahaja berpindah tempat, itu hukum umum, digalakkan berpindah tempat dan perbanyakkan tempat solat baik di masjid dan rumah atau bilik sendiri.

Jika bilik anda sempit, ruang solat pun satu sahaja, maka kekallah solat disitu, jika anda memiliki bilik yang luas, banyak ruang kosong, maka memang sunnah berpindah tempat.

 

 

SOALAN

Adakah sahih kisah bilal yang azan semula di Madinah selepas kewafatan nabi Muhammad saw?

JAWAPAN

Tidak sahih.

إن بلالا رضي الله عنه لم يؤذن لأحد بعد النبي صلى الله عليه وسلم إلا يوما واحدا عند مرجعه من الشام زمن أبي بكر رضي الله عنه بسؤاله وسؤال الصحابة رضي الله عنهم شوقا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وعهده, فلما بلغ بلال رضي الله عنه إلى قوله ” أشهد أن محمدا رسول الله ” امتنع من الأذان فلم يقدر عليه, فسقط مغشيا عليه حبا للنبي صلى الله عليه وسلم وشوقا إليه, واشتد عند ذلك بكاء أهل المدينة من المهاجرين والأنصار حتى خرجت العواتق من خدورهن شوقا إلى النبي صلى الله عليه وسلم (أورده ابن أبي يعلى في طبقات الحنابلة (في ترجمة مهنا)1/ 361 رقم 496 بمثله بغير إسناد .
وأورده الشيخ عبد القادر في الغنية 2/118 رقم 1255 ( بترقيمي )بغير إسناد أيضا .
وقد أسنده ابن عساكر في تاريخه في ترجمة (إبراهيم بن محمد بن سليمان بن بلال بن أبي الدرداء) 7/136 رقم 493 ع)

Terjemahan:
Bilal pulang ke Madinah dari Syria di zaman Abu Bakar dan bila tiba di Madinah, sahabat-sahabat meminta dia melaungkan azan. Penduduk Madinah berasa pilu
(Atsar riwayat Ibn Abi Ya’la, tabaqat hanabilah tanpa sanad, Syaikh Abd Qadir di dalam al ghaniyah, juga tanpa sanad, Ibn Asaakir didalam tarikh dimasyq sanad Ibrahim bin Muhammad.

Tahqiq hadith:

هذا الأثر إسناده ضعيف لأجل ” إبراهيم بن محمد ” قال الذهبي في الميزان فيه جهالة . وأقره ابن حجر في اللسان, زاد الحافظ ابن حجر

Atsar dhaif menurut az Zahabi, al Mizan juga Ibnu Hajar Asqolani di dalam al Lisan kerana perawi Ibrahim.

 

 

SOALAN

Sahihkah hadith ini?

JAWAPAN

Takhrij hadith:

( إذا خطب أحدكم المرأة فإن استطاع أن ينظر إلى ما يدعوه إلى نكاحها فليفعل ) قال : ” فخطبت جارية فكنت أتخبأ لها ، حتى رأيت منها ما دعاني إلى نكاحها وتزوجتها ” وفي رواية : ” وقال جارية من بني سلمة ، فكنت أتخبأ لها تحت الكرب ، حتى رأيت منها ما دعاني إلى نكاحها، فتزوجتها” صحيح أبو داود رقم1832 و1834

“Jika salah seorang di antara kalian meminang seorang wanita, jika boleh melihat apa yang menjadikannya tertarik untuk menikahinya, maka lakukanlah”. Jabir berkata: “Maka saya meminang seorang wanita, sedangkan saya secara sembunyi-sembunyi melihatnya, hingga saya melihat apa yang menjadikan saya tertarik untuk menikahinya”. Dan dalam riwayat yang lain: “Maka wanita dari Bani Salamah berkata: “maka saya secara sembunyi-sembunyi dengan perasaan yang khuatir, hingga saya melihat apa yang menjadikan saya tertarik untuk menikahinya , kemudian saya menikahinya”.
(al-Albani, sahih Abu Daud: 1832 dan 1834)

Fiqh hadith:
Dibolehkan nazar (melihat) wanita untuk tujuan pernikahan. Oleh kerana wanita hijaz memakai niqab, maka cara terbaik ialah mengintip ketika perempuan hijaz membuka niqabnya. Jika perempuan melayu, maka tidak perlu mengintip, ini kerana wajah wanita melayu memang terbuka.

 

 

SOALAN

Pernahkah Nabi Muhammad saw memakan makanan laut syeikh?

JAWAPAN

Ada, tetapi mungkin 2 atau 3 kali sahaja seumur hidup.

Dalil:

عَنْ جَابِرٍ قَالَ بَعَثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَمَّرَ عَلَيْنَا أَبَا عُبَيْدَةَ بْنَ الْجَرَّاحِ نَتَلَقَّى عِيرًا لِقُرَيْشٍ وَزَوَّدَنَا جِرَابًا مِنْ تَمْرٍ لَمْ نَجِدْ لَهُ غَيْرَهُ فَكَانَ أَبُو عُبَيْدَةَ يُعْطِينَا تَمْرَةً تَمْرَةً كُنَّا نَمُصُّهَا كَمَا يَمُصُّ الصَّبِيُّ ثُمَّ نَشْرَبُ عَلَيْهَا مِنْ الْمَاءِ فَتَكْفِينَا يَوْمَنَا إِلَى اللَّيْلِ وَكُنَّا نَضْرِبُ بِعِصِيِّنَا الْخَبَطَ ثُمَّ نَبُلُّهُ بِالْمَاءِ فَنَأْكُلُهُ وَانْطَلَقْنَا عَلَى سَاحِلِ الْبَحْرِ فَرُفِعَ لَنَا كَهَيْئَةِ الْكَثِيبِ الضَّخْمِ فَأَتَيْنَاهُ فَإِذَا هُوَ دَابَّةٌ تُدْعَى الْعَنْبَرَ فَقَالَ أَبُو عُبَيْدَةَ مَيْتَةٌ وَلَا تَحِلُّ لَنَا ثُمَّ قَالَ لَا بَلْ نَحْنُ رُسُلُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَقَدْ اضْطُرِرْتُمْ إِلَيْهِ فَكُلُوا فَأَقَمْنَا عَلَيْهِ شَهْرًا وَنَحْنُ ثَلَاثُ مِائَةٍ حَتَّى سَمِنَّا فَلَمَّا قَدِمْنَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَرْنَا ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ هُوَ رِزْقٌ أَخْرَجَهُ اللَّهُ لَكُمْ فَهَلْ مَعَكُمْ مِنْ لَحْمِهِ شَيْءٌ فَتُطْعِمُونَا مِنْهُ فَأَرْسَلْنَا مِنْهُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَكَلَ

Terjemahan:
Dari Jabir, dia berkata: Rasulullah SAW telah mengutus kami, beliau mengangkat Abu Ubaidah bin Al Jarrah menjadi pemimpin kami, meminta bantuan unta (untuk berperang) kepada kaum Quraisy. Kami hanya berbekal beberapa bungkus kurma, maka Abu Ubaidah memberikan kurma secara satu-persatu kepada kami, kami pun mengambilnya, seperti seorang anak kecil, lalu kami meminum air. Ternyata makanan itu cukup sehingga malam hari. Kemudian kami menghancurkan kurma (yang tersisa) dengan tongkat yang kami bawa, selanjutnya kami mencampurinya dengan air kemudian kami makan bersama. Setelah cukup beristirahat, kami melanjutkan perjalanan melalui jalur pantai, lalu dari kejauhan terlihat seperti bukit pasir yang besar. Kami lalu mendekatinya, ternyata benda itu adalah seekor binatang laut yang terdampar, yang biasanya disebut Al Anbar (jenis ikan besar). Abu Ubaidah berkata, “Binatang ini sudah mati, tentu tidak boleh kita makan!” Sahabat yang lain berkata, “Tidak, itu halal (boleh dimakan) kerana kita adalah utusan dari utusan Allah (maksudnya utusan Rasulullah) dan dalam perjalanan untuk berjuang di jalan Allah, apalagi kita dalam keadaan darurat kerana kehabisan makanan. Jadi makanlah.” Kami pun memakannya sebulan lamanya. Kami diwaktu itu berjumlah lebih kurang tiga ratus orang perajurit, sehingga badan kami menjadi gemuk. Ketika kami menghadap Rasulullah, kami menceritakan hal itu kepada beliau. Beliau kemudian bersabda, “Itu adalah rezeki yang telah disediakan Allah untuk kalian semua. Apakah kalian masih menyisakannya untukku?” Kami lalu memberikannya kepada Rasulullah dan beliau pun langsung memakannya
(sahih sunan Abu Daud dan juga didalam sahih Bukhari dan Muslim)

Syarah:
Peristiwa ini berlaku pada tahun 9 hijrah, Nabi saw mengutus satu kumpulan dari 300 orang mujahidin untuk mengintip laluan Quraisy pada laluan jalan pantai Laut Merah (Yanbu-Jeddah-Mekah), setahun sebelum perjanjian Hudaibiyah. Mereka kehabisan makanan tetapi ditakdirkan mereka menemui bangkai ikan paus yang baru mati, maka mereka memakannya dan membawa balik sebahagiannya kepada Nabi saw dan Nabi saw pun memakannya.

 

 

SOALAN

Benarkah ada hadith sahih mengenai kelebihan solat 40 waktu di masjid Nabawi?

JAWAPAN

Dari Anas bin Malik dari Nabi saw, Nabi saw bersabda,

مَنْ صَلَّى فِي مَسْجِدِي أَرْبَعِينَ صَلاةً لا يَفُوتُهُ صَلاةٌ كُتِبَتْ لَهُ بَرَاءَةٌ مِنْ النَّارِ ، وَنَجَاةٌ مِنْ الْعَذَابِ ، وَبَرِئَ مِنْ النِّفَاقِ

“Siapa yang solat di Masjidku selama empat puluh kali salat, tidak ketinggalan satu salat sekalipun, akan dicatat baginya kebebasan dari api neraka dan keselamatan dari azab serta kebebasan dari nifaq (sifat munafiq).”
(HR ahmad no 12173, disisi Syaikh al-Albani status hadith adalah dhaif, silsilah no 364)

 

 

SOALAN

Salam Syeikh, apa status hadith ini?

“Allahumma inni a’uudzubika min syarri sam’ii wa min syarri bashori wa min syarri lisaanii wa min syarri maniyyii.”
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari kejahatan pendengaranku, penglihatanku, lisanku, hatiku dan kejahatan maniku”.

JAWAPAN

اللَّهُمَّ عَافِنِي مِنْ شَرِّ سَمْعِي ، وَبَصَرِي ، وَلِسَانِي ، وَقَلْبِي ، وَشَرِّ مَنِيِّي ، قَالَ وَكِيعٌ : مَنِيِّي يَعْنِي
و من حديث,شكل بن حميد العبسي,قال الترمذي في جامعه(3492),حسن غريب لا نعرفه إلا من هذا الوجه,وحسنه الامام السيوطي في (الجامع الصغير1509)والشيخ الالباني في(صحيح الجامع الصحيح4399)و(صحيح ابي داود1551)و(صحيح الترمذي3492).

Status hadith:
Hasan gharib menurut pendapat Imam at-Termidzi (dhaif). Status hadith hasan di sisi Syaikh al-Albani, sahih Termizi, 3492.

 

 

SOALAN

Syeikh, mohon takhrij hadith ini.

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh orang yang mendatangi isterinya dalam keadaan haid untuk bersedekah dengan satu dinar atau setengahnya.”
(HR Ahmad)

Adakah terdapat pertikaian pada status hadith ini?

JAWAPAN

روى أبو دود والنسائي وابن ماجه عن ابن عباس رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم قال في الذي يأتي امرأته وهي حائض: “يتصدق بدينار أو بنصف دينار” والحديث صححه الألباني

Status hadith:
Syaikh al-Albani dan Imam Ahmad rahimahuLlah mengatakan ia sahih. Manakala jumhur ahli hadith mengatakan ia mauquf kepada Ibnu Abbas, maka ia dhaif.

وضعَّفه بعض العلماء حتى قال الشَّافعيُّ ـ رحمه الله ـ : “لو ثبت هذا الحديث لَقُلْتُ به”

Ulasan:
Majoriti muhadithin, termasuk Imam as-Syafi’i rahimahuLlah sendiri, mengatakan ia dhaif. Mazhab Imam Ahmad sahaja yang mengatakan ia sahih.

 

 

SOALAN

Syeikh, apa tujuan sebenar melontar jamrah?

JAWAPAN

Menurut Imam an-Nawawi rahimahuLlah,

ومن العبادات التي لا يفهم معناها : السعي والرمي ، فكلف العبد بهما ليتم انقياده ، فإن هذا النوع لاحظ للنفس فيه ، ولا للعقل ، ولا يحمل عليه إلا مجرد امتثال الأمر ، وكمال الانقياد فهذه إشارة مختصرة تعرف بها الحكمة في جميع العبادات والله أعلم انتهى كلام النووي

“Sebahagian ibadah tidak diketahui maksud atau tujuannya, seperti sa’ie dan melempar jamrah. Allah SWT membebani seorang hamba untuk melakukan dua ibadah tersebut agar kepatuhannya kepada Allah semakin sempurna, kerana jiwa tidak mengetahui hikmah yang terkandung di dalamnya, tidak pula akal.”

Jika kita ingin juga tahu kenapa melontar jamrah. Menurut pendapat Syaikh Ibnu Othaimin:

هذه هي الحكمة من رمي الجمرات ولهذا يكبر الانسان عند كل حصاة لا يقول: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم بل يكبر ويقول : الله اكبر. تعظيما لله الذي شرع رمي هذه الحصى

“Inilah hikmah dari ibadah melempar jumrah. Oleh kerana itu, (saat melempar jamrah) orang-orang bertakbir di setiap lemparan, mereka tidak mengucapkan, “A‘uudzubillahi minasy syaithanir rajiim” (aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk). Mereka justeru bertakbir “Allahu akbar“, sebagai bentuk pengagungan kepada Allah SWT yang telah mensyariatkan ibadah melempar jumrah.”
(Majmu’ Fatawa War Rasaa-il Ibni ‘Utsaimin, 3/133)

Ulasan:
Maka, tujuan sebenar melontar adalah takbir, zikir dan bukan membayangkan syaitan atau iblis yang ada di jamrah tersebut.

 

 

SOALAN

Ada seorang atheist yang baru mulai belajar mengenai Islam berasa keliru kenapa tidak perlu merayakan sambutan hari kelahiran Nabi Muhammad saw. Mohon penjelasan dari syeikh untuk saya perjelaskan pada beliau nanti.

JAWAPAN

Nabi Muhammad saw telah melihat kesan buruk dari maulid atau hari keputeraan.

عن ابن عباس سمع عمر رضي الله عنه يقول على المنبر سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول لا تطروني كما أطرت النصارى بن مريم فإنما أنا عبده فقولوا عبد الله ورسوله

Dari Ibnu Abbas ra , dia mendengar Umar ra berkata di atas mimbar, “Saya mendengar Nabi saw bersabda, “Janganlah kalian terlalu berlebih-lebihan kepadaku sebagaimana orang-orang Nasrani telah berlebih-lebihan kepada Isa bin Maryam, sesunggunhya aku hanyalah seorang hamba Allah maka katakanlah hamba Allah dan RasulNya”
(HR Al-Bukhari no 3445, 6830)

Pada asalnya orang kristian menyambut kelahiran Nabi Isa as, dan akhirnya Nabi Isa as diangkat menjadi anak Tuhan. Maka maulid Nabi Muhammad saw pun ditakuti akan sampai ke tahap tersebut, di mana manusia akan memuja beliau saw sebagai tuhan.

 

 

SOALAN

Golongan remaja sekarang suka membaca ramalan-ramalan zodiak mereka. Adakah ini bersamaan dengan maksud hadith seperti mendatangani pawang atau dukun dan adakah solat mereka tidak diterima selama 40 hari?

JAWAPAN

Membaca ramalan zodiak.

مَنِ اقْتَبَسَ عِلْمًا مِنَ النُّجُومِ اقْتَبَسَ شُعْبَةً مِنَ السِّحْرِ زَادَ مَا زَادَ

“Barangsiapa mengambil ilmu perbintangan (zodiak), maka ia bererti telah mengambil salah satu cabang sihir, akan bertambah dan terus bertambah.
(HR. Abu Daud no. 3905, Ibnu Majah no. 3726 dan Ahmad 1: 311. Al Albani menilainya hasan.)

Perbuatan ini satu dosa besar. Satu cabang sihir dan bertambah maksudnya, kalau terus menerus membacanya, maka dosanya semakin bertambah. Solatnya selama 40 hari tidak diterima.

Dalil:

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَىْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً

“Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal, maka solatnya selama 40 hari tidak diterima.”
(HR. Muslim no. 2230)

 

 

SOALAN

Syeikh, seseorang telah berjanji dengan rakannya dan apakah hukumnya? Contoh: “Aku berjanji tidak akan menghisap rokok sampai akhir tahun. Setiap kali menghisap rokok, aku akan bersedekah Rm5.

JAWAPAN

Ini dinamakan sumpah meninggalkan yang haram. Ini kerana merokok telah disepakati ulama dan perubatan, ia adalah haram kerana mudarat dan pembaziran.

Dalil:

إِنَّكَ لَنْ تَدَعَ شَيْئاً لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ بَدَّلَكَ اللَّهُ بِهِ مَا هُوَ خَيْرٌ لَكَ مِنْهُ

“Sesungguhnya jika engkau meninggalkan sesuatu kerana Allah, niscaya Allah akan memberi ganti padamu dengan yang lebih baik.”
(HR. Ahmad 5: 363. tahqiq: Arnaout, sahih, Salim ied al Hilali, sahih)

Jika meninggalkan tabiat merokok, maka anda akan sihat dan dapat penjimatan wang kerana kos merokok agak tinggi. Maka bersumpah untuk mendenda diri dengan RM5 adalah harus, namun, ia terlalu kecil. Cubalah tinggalkan tabiat merokok kerana Allah SWT dan ikhlaskan diri.

 

 

SOALAN

Apakah hukum seorang pengedar dadah dan hasil jualan dadah dijadikan modal untuk berniaga dan bagaimana pula hukum hasil dari perniagaannya?

JAWAPAN

Ini isu asas berkaitan halal dan haram.

Dalil:

كل لحم نبت من سحت فالنار أولى به

Ertinya : “Setiap daging yang tumbuh dari harta kotor ( haram) maka Neraka lebih layak untuknya”
( Riwayat At-Tabrani, 19/136 ; Al-Mughni lil ‘Iraqi, 2/9207)

 

 

SOALAN

Syeikh, mohon status hadith dibawah ini.

“Tiga golongan yang Allah SWT tidak akan lihat (bermakna tiada bantuan daripada dikenakan azab) mereka pada hari kiamat:
Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus.”
(Riwayat Ahmad dan Al-Nasaie)

JAWAPAN

ثلاثةٌ لا يَنظُرُ اللهُ إليهِمْ يومَ القِيامةِ : العاقُّ لِوالِدَيْهِ والمرأَةُ الْمُترَجِّلَةُ المتَشَبِّهَةُ بالرِّجالِ
قال الهيثمي (8/148) : رواه البزار بإسنادين ورجالهما ثقات، وصححه الألباني (صحيح الجامع / 3071).

Menurut al Haithami, riwayat al Bazzar, ada sanad, sahih sanadnya. Disahihkan Syaikh al-Albani, sahihul jaami’ 3071

 

 

SOALAN

Apakah hukum seorang pengedar dadah dan hasil jualan dadah dijadikan modal untuk berniaga dan bagaimana pula hukum hasil dari perniagaannya?

JAWAPAN

Ini isu asas berkaitan halal dan haram.

Dalil:

كل لحم نبت من سحت فالنار أولى به

Ertinya : “Setiap daging yang tumbuh dari harta kotor ( haram) maka Neraka lebih layak untuknya”
( Riwayat At-Tabrani, 19/136 ; Al-Mughni lil ‘Iraqi, 2/9207)

 

 

SOALAN

Syeikh, mohon status hadith dibawah ini.

“Tiga golongan yang Allah SWT tidak akan lihat (bermakna tiada bantuan daripada dikenakan azab) mereka pada hari kiamat:
Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus.”
(Riwayat Ahmad dan Al-Nasaie)

JAWAPAN

ثلاثةٌ لا يَنظُرُ اللهُ إليهِمْ يومَ القِيامةِ : العاقُّ لِوالِدَيْهِ والمرأَةُ الْمُترَجِّلَةُ المتَشَبِّهَةُ بالرِّجالِ
قال الهيثمي (8/148) : رواه البزار بإسنادين ورجالهما ثقات، وصححه الألباني (صحيح الجامع / 3071).

Menurut al Haithami, riwayat al Bazzar, ada sanad, sahih sanadnya. Disahihkan Syaikh al-Albani, sahihul jaami’ 3071

 

 

SOALAN

Syeikh, mohon status hadith dibawah.

Anas r.a. bertanya kepada Nabi,

“Adakah aku perlu tinggalkan semua kejahatan sebelum aku menegah orang lain berbuat jahat dan adakah aku perlu buat semua kebaikan sebelum ajak orang lain berbuat baik?”

Jawab baginda saw ,
“Laranglah orang berbuat mungkar meskipun kamu belum meninggalkan semuanya dan ajaklah orang melakukan kebaikan walaupun kamu belum buat semuanya.”

JAWAPAN

قلْنا يا رسولَ اللهِ لا نأمُرُ بالمعروفِ حتى نَعْمَلَ بِهِ ولَا نَنْهَى عنِ المنكَرِ حتى نَجْتَنِبَهُ كُلَّهُ فقال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم مُرُوا بالمعروفِ وإنْ لَمْ تَعْمَلُوا بِهِ وانْهَوْا عنِ المنكَرِ وإنْ لم تَجْتَنِبُوهُ كلَّهُ

الراوي : أنس بن مالك | المحدث : الهيثمي | المصدر : مجمع الزوائد
الصفحة أو الرقم: 7/280 | خلاصة حكم المحدث : [فيه] عبد السلام بن عبد القدوس بن حبيب عن أبيه وهما ضعيفان‌‏

التخريج : أخرجه الطبراني ((المعجم الأوسط)) (6628)، وابن عساكر في ((تاريخ دمشق)) (36/432)

Takhrij hadith:
at-tabrani di dalam Mu’jam al Awsath, Ibnu Asaakir di dalam Tarikh Dimasq.

Menurut al Haithami di dalam majma’ azzawaid. Status hadith ini dhaif kerana dua perawi. Abd salam bin Abd Qudus bin Habib dari ayahnya (Abd qudus), keduanya dhaif.

 

 

SOALAN

Adakah pahala berbuat baik dengan ibu tiri sama dengan pahala atau ganjaran berbuat baik dengan ibu kandung?

JAWAPAN

Tidak sama pahala atau ganjarannya.
Ini kerana dengan ibu kandung ada hubungan nasab iaitu pertalian darah, sedangkan dengan ibu tiri hanya menjaga hati ayah kita, menyintai apa yang dicintai oleh ayah kita.
Tidak ada di dalam dunia yang dapat mengganti ibu kandung kita. Cuma kita dituntut berbuat baik kepada orang yang berbakti kepada ayah kita, kalau dia berbakti kepada ayah kita dengan baik. Perlu dilihat sejauh mana ayah kita menyintainya, dan sejauh mana dia menyukai anak tirinya

إِنَّ أَبَرَّ الْبِرِّ صِلَةُ الْوَلَدِ أَهْلَ وُدِّ أَبِيهِ

“Sesungguhnya bakti yang paling baik adalah jika seorang anak menyambung tali persaudaraan orang yang dicintai ayahnya,”
(HR Muslim dan Tirmizi, dari Ibnu Umar)

 

 

SOALAN

Syeikh, mohon ulasan berkaitan solat sunnah gerhana. Sekiranya gerhana kelihatan tetapi tidak ada perasaan takut semasa melihat kejadian tersebut, masih perlukah solat dan sekiranya gerhana tidak kelihatan disebabkan hujan, adakah masih disyariatkan untuk mengerjakan solat sunnah gerhana?

JAWAPAN

Pertama:
Berbalik pada 1400 tahun dulu, bagaimana umat dizaman salaf dan tamadun lain menanggapi fenomena gerhana.

Semasa tamadun Inca, gerhana adalah planet jaguar yang telah menelan matahari atau bulan, kepercayaan masyarakat cina, bulan atau matahari telah ditelan oleh naga. Sementara kepercayaan masyarakat melayu lama pula , bulan telah ditelan oleh dewata.

Manakala di kalangan masyarakat arab, ia terjadi kerana kematian seseorang yang soleh. Maka, Nabi saw menghapuskan semua khurafat tersebut dengan mensyariatkan solat.

Kedua:
Hukum solat tersebut samada jatuh hukum wajib (Hanbali,Arab Saudi). Sunat mu’akkad (Syafi’iy, Maliki dan Ahnaf)

Ketiga:
Sains astronomi akhirnya menemui rahsia gerhana dan ia tidak lagi sesuatu yang khurafat yang dikaitkan dengan pelbagai khurafat.

Status solat gerhana pula, seperti dijelaskan di atas.
Sebaiknya kita teruskan syariat tersebut dengan alasan menghayati kebesaran Allah SWT yang mengatur dunia ini sehingga terjadinya gerhana dan ingin menyintai sunnah yang diasaskan oleh Nabi Muhammad saw sebagai suatu taabudi atau patuh tanpa soal kepada perintah atau ajaran Nabi saw.

 

 

SOALAN

Benarkah sekiranya kita memijak atau berjalan di atas kubur, ahli kubur akan merasa terseksa?

JAWAPAN

Dalil hadith:
Larangan memijak kubur:

لأن أمشي على جمرة أو سيف أو أخصف نعلي برجلي أحب إلي من أن أمشي على قبر مسلم وما أبالي أوسط القبور قضيت حاجتي أو وسط السوق

Terjemahan:
“Sungguh! Berjalan di atas bara api atau pedang atau aku ikat sandal dengan kakiku lebih aku sukai daripada berjalan di atas kubur seorang Muslim. Sama saja buruknya bagiku, buang hajat di tengah kubur atau buang hajat di tengah pasar”
(HR. Ibnu Majah no. 1567 dari ‘Uqbah bin ‘Amir ra, menurut Syaikh al-Albani hadith ini sahih.).

Fiqh hadith:
Ahli kubur bukan tersiksa kerana pijakan, ini kerana mayat sudah lama hancur. Hadith ini bermaksud kemuliaan dan penghormatan kepada manusia sama sahaja. Sama ada semasa masih hidup atau kuburnya, tidak boleh dipijak pijak. Imam Syaukani rhm menukilkan di dalam kitab nailul authar, 4:136.

 

 

SOALAN

Mohon dalil hadith yang membolehkan perempuan menjadi imam untuk solat berjemaah perempuan.

JAWAPAN

أن عائشة أمتهن وقامت بينهن في صلاة مكتوبة

Terjemahan:
“’Aisyah dulu pernah mengimami para wanita dan beliau berdiri (sejajar) dengan mereka ketika melaksanakan solat wajib.”
(HR. ‘Abdur Rozak, Ad Daruquthniy, Al Hakim dan Al Baihaqi. Imam An-Nawawi mengatakan bahwa sanad hadith ini sahih)

 

 

SOALAN

Apakah hukuman kepada pelaku syirik, kufur, murtad, fasiq, munafiq?

JAWAPAN

Seorang muslim yang melakukan syirik, kufur dan murtad, sama sahaja.

◾Murtad bukanlah satu kesalahan hudud. Ada orang yang murtad secara senyap dan ada juga yang murtad dengan memudaratkan Islam iaitu bekerjasama dengan musuh Islam. Hal yang ini perlu dikenakan hudud.

◾Orang yang melakukan aktiviti syirik seperti menyembah berhala dan kufur seperti memakai rantai salib hendaklah direman dan diminta bertaubat. Jika tidak mahu bertaubat akan dikenakan hukuman takzir.

◾Manakala orang fasiq dan munafiq, tidak ada apa-apa tindakan kecuali kesalahan hudud seperti berzina, meminum arak, hal ini perlu didakwa di bawah hudud (arak dan zina) tersebut.

 

 

SOALAN

Adakah hadith di bawah ini sahih?

Jabir bin Abdillah berkata: “Pada suatu hari kami keluar bersama Rasulullah saw menuju pengkebumian sahabat Sa’ad bin Mu’az ketika meninggal dunia. Setelah Rasulullah saw menunaikan solat jenazah kepadanya, ia diletakkan di tempat pengkebumiannya, dan tanah diratakan di atasnya, maka Rasulullah saw membaca tasbih. Kami pun membaca tasbih dalam waktu yang lama. Kemudian Nabi membaca takbir, maka kami membaca takbir. Lalu Nabi ditanya: “Wahai Rasulullah, mengapa engkau membaca tasbih kemudian membaca takbir?” Nabi menjawab: “Kubur hamba yang soleh (Sa’ad bin Mu’az) ini benar-benar menjadi sempit kepadanya, hingga Allah melapangkannya baginya.”
(Hadith ini terdapat dalam Sirah Ibni Hisham 3/263 dari Ibnu Ishaq. Diriwayatkan oleh ath-Thabrani 5346. Oleh al-Baihaqi dalam Isbat Azab al-Qabri 113. Dan al-Bukhari dalam at-Tarikh al-Kabir 1/147)

JAWAPAN

قال ابن إسحاق : وحدثني معاذ بن رفاعة ، عن محمود بن عبد الرحمن بن عمرو بن الجموح ، عن جابر بن عبد الله ، قال : لما دفن سعد ونحن مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ، سبح رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فسبح الناس معه ، ثم كبر فكبر الناس معه ، فقالوا : يا رسول الله ، مم سبحت ؟ قال : لقد تضايق على هذا العبد الصالح قبره ، حتى فرجه الله عنه
الراوي : جابر بن عبدالله | المحدث : الهيثمي | المصدر : مجمع الزوائد

الصفحة أو الرقم: 3/49 | خلاصة حكم المحدث : فيه محمود بن محمد بن عبد الرحمن بن عمرو بن الجموح لم أجد من ذكره غيره‌‏

Status hadith:
al Haithami mendhaifkannya, kerana perawi Mahmud bin Muhammad yang tidak dikenali biografinya. Ibnu Ishaq juga seorang yang mudallis dalam meriwayatkan hadith.

 

 

SOALAN

Apakah maksud atau fiqh hadith di bawah?

“Akan masuk syurga suatu kaum yang hatinya seperti hati burung”
(HR Muslim no 2840)

JAWAPAN

Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda,

يَدْخُلُ الْجَنَّةَ أَقْوَامٌ أَفْئِدَتُهُمْ مِثْلُ أَفْئِدَةِ الطَّيْرِ

Terjemahan:
“Akan masuk syurga suatu kaum yang hati mereka seperti hati burung.”
(HR. Muslim no. 2840).

Fiqh hadith:
Hati mereka yang dikatakan masuk syurga itu adalah hati yang lemah lembut. Ada pula yang menyebutkan bahawa hati burung itu penuh rasa takut dan khuatir kerana memang sedemikianlah keadaan burung yang penuh rasa khuatir dan takut. Ada pula ulama yang menafsirkan bahawa hati burung itu penuh rasa tawakkal, iaitu selalu bergantung pada Allah SWT.

Demikian pelbagai pendapat yang disebutkan oleh Imam Nawawi rhm di dalam Syarah Sahih Muslim, 17: 177.

 

 

SOALAN

Mohon matan hadith mengenai salawat selepas azan.

JAWAPAN

Dari Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash, beliau mendengar Nabi saw bersabda,

إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَىَّ فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَىَّ صَلاَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِىَ الْوَسِيلَةَ فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِى الْجَنَّةِ لاَ تَنْبَغِى إِلاَّ لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ فَمَنْ سَأَلَ لِىَ الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ

“Apabila kamu mendengar muazin, maka ucapkanlah sebagaimana yang diucapkan oleh muazin, lalu bersalawatlah kepadaku, maka sungguh siapa saja yang bersalawat kepadaku sekali, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak 10 kali. Kemudian mintalah pada Allah wasilah bagiku karena wasilah adalah sebuah kedudukan di surga. Tidaklah layak mendapatkan kedudukan tersebut kecuali untuk satu orang di antara hamba Allah. Aku berharap aku adalah dia. Barangsiapa meminta wasilah untukku, dia berhak mendapatkan syafa’atku.”
(HR. Muslim no. 875)

 

 

SOALAN

Syeikh, sahihkah hadith Nabi saw bermimpi, jibril membawa kain, dan bila diselak kain itu, Nabi saw terlihat wajah bakal isterinya iaitu ‘Aisyah?

Benarkah hadith ini dari Bukhari dan Muslim?

JAWAPAN

أُريتُكِ في المنامِ مرَّتَينِ ، أذا رجلٌ يَحمِلُكِ في سَرَقَةِ حريرٍ ، فيقول : هذه امرأتُك ، فأكشِفُها فإذا هي أنتِ ، فيقول : إنْ يكُن هذا من عندِ اللهِ يُمضِه

الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري

الصفحة أو الرقم: 5078

Terjemahan:
‘Ku bermimpi melihat mu, dua kali. Ketika itu ada seorang lelaki membawamu di sebalik kain sutra dan berkata, inilah isterimu. Bila aku menyelak kain tersebut, ternyata benar dirimu (Aisyah), lalu nabi saw bersabda. :Jika ini dari Allah (petunjuk) maka akan terjadi.
(Sahih Bukhari no 5078)

 

 

SOALAN

Apakah hukumnya istinsyaq semasa berwudhu’ dengan menggunakan air garam(saline water)?

Situasi: Doktor menyuruh seorang muslim Jepun menggunakan air garam(saline water) sekiranya ingin beristinsyaq.

JAWAPAN

Dalil hadith:

هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ الْحِلُّ مَيْتَتُهُ

“Air laut tersebut thohur (suci lagi mensucikan), bahkan bangkainya pun halal.”
(HR Tirmizi, hadith ini sahih, al Irwa’ no: 9)

 

 

SOALAN

Apakah hukum membeli barang dari situasi di bawah.

1) Pencuri yang diketahui aktivitinya.

2. Mengsyaki bahawa si fulan mendapat barangan yang mahu dijual dari sumber yang meragukan.

JAWAPAN

Hukum:Di larang

Firman Allahﷻ,

وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

“Janganlah kalian saling tolong menolong dalam dosa dan melanggar batasan Allahﷻ ”
(Al Maidah: 2)

 

Komen dan Soalan