Utama Bilik (50) Diskusi Bersama Doktor Apakah Maksud Air Bersih?

Apakah Maksud Air Bersih?

2390
0
Iklan

1. Doktor, bolehkah terangkan sedikit maksud “air bersih”? Saya pernah dengar dari seorang doktor yang kita mesti minum air yang menggunakan penapis air yang baik. Benarkah? Jikalau air yang telah masak digantikan dengan air tapisan atau mineral bolehkah doktor?

Air bersih adalah air yang telah ditapis menggunakan penapis yang telah disahkan bagus. Air paip/perigi di Malaysia tidak sesuai untuk diminum tanpa ditapis kerana banyak pencemaran.

 

2. Saya pernah melawat loji rawatan air semasa belajar dahulu dan saya pernah bertanya kepada pegawai-pegawai di sana tentang air yang dibekalkan adakah selamat untuk terus digunakan dan juga tentang pembelian penapis air. Mereka menegaskan bahawa air yang dibekalkan adalah bersih dan selamat untuk diminum tanpa perlu penapis air. Jikalau berkaitan kandungan ‘klorin’ di dalam air pula saya difahamkan ia akan hilang setelah sampai kepada pengguna. Namun air tersebut perlu dimasak terlebih dahulu tetapi tidaklah sampai memerlukan penapis air.

Loji rawatan air tidak boleh menapis keluar bahan-bahan kimia, sisa racun serangga, sisa buangan kilang dan lain-lain yang telah larut di dalam air. Kepekatan klorin (untuk membunuh kuman) juga tidak sekata dari loji hingga menuju ke rumah-rumah kerana klorin adalah gas yang akan hilang di udara. Klorin yang telah larut di dalam air membentuk sebatian-sebatian THM (‘trihalomethanes’- komponen bahan kimia) yang boleh menyebabkan kanser.

 

3. Seorang kenalan di kampung saya telah membeli mesin penapis air yang berharga RM15 ribu. Saya kurang pasti akan jenamanya. Bunyi seperti Anarkali. Menurut beliau, penapis itu sangat baik dan memang ramai orang datang untuk membeli air yang telah ditapis itu. Menurut beliau juga, airnya beralkali tinggi selepas ditapis. Wujud kah produk sebegini doktor?

Makanan yang beralkali adalah baik untuk badan dan ia terdapat di dalam sayur-sayuran hijau yang kaya dengan zat galian tetapi bukannya air beralkali.

Air yang baik adalah sedikit beralkali  iaitu – pH 7 +. Jikalau sangat beralkali, ia akan rasa pahit seperti sabun. pH darah kita ialah 7.35 hingga 7.4 iaitu sedikit beralkali.

Saranan saya ialah kurangkan guna mineral/’bottled water’ kerana:

  • Tiada sijil pengesahan tentang kualitinya
  • Bahan plastik botol akan larut perlahan-lahan di dalam air tersebut
  • Botol plastik akan mengambil masa 500 hingga 1000 tahun untuk terurai
  • Harganya juga mahal sedangkan kualitinya tidak terjamin
  • Jika hendak membeli penapis air, tanya diri kita apa tujuan membeli penapis air. Adakah untuk mendapatkan air yang bersih? Jika ya, mintalah data dan bukti tentang bahan-bahan kimia yang boleh ditapis keluar serta peratusannya dan kuman apa yang boleh dihapuskan.

Komen dan Soalan