Utama Tazkirah Admin Berfikir sebelum berkata

Berfikir sebelum berkata

1011
0
Iklan

UiTO Channel: Tazkirah Harian

Berfikir sebelum berkata
Diantara tanda kefaqihan seorang mukmin adalah mungurangkan bicara pada perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Disamping itu, dia turut memikirkan kesan yang bakal terjadi terhadap perkataan yang hendak diucapkan kepada orang lain.

Imam Al-Nawawi menukilkan perkataan Al-Imam Al-Syafie, katanya:

إِذَا أَرَادَ أَنْ يَتَكَلَّم فَلْيُفَكِّرْ ؛ فَإِنْ ظَهَرَ لَهُ أَنَّهُ لَا ضَرَر عَلَيْهِ تَكَلَّمَ ، إِنْ ظَهَرَ لَهُ فِيهِ ضَرَر ، أَوْ شَكَّ فِيهِ أَمْسَكَ

“Jika seseorang hendak berkata maka hendaklah dia berfikir (terlebih dahulu), jika tampak baginya ia tidak membawa mudharat ke atasnya maka bolehlah dia berbicara, (akan tetapi) jika tampak baginya mudharat atau keraguan padanya, hendaklah dia tahan (daripada berbicara)”

[ 1/128:المنهاج شرح صحيح مسلم بن الحجاج]

UiTO Channel: Tazkirah Harian

Bercakap yang sia-sia mengeraskan hati kita
Setiap hari kita bercakap bermacam-macam perkara. Ada yang baik ada juga yang buruk. Kedua-dua bentuk percakapan ini bergantung kepada tahap iman, akhlak dan faktor suasana kita sehari-harian.

Percaya atau tidak, semakin kita banyak bercakap semakin tinggi peluang untuk kita bercakap hal yang sia-sia. Semakin banyak kita bercakap hal yang sia-sia, semakin membuatkan hati kita keras dan gelap tiada cahaya.

Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam berkata:

لاَ تُكْثِرُوا الكَلاَمَ بِغَيْرِ ذِكْرِ اللهِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الكَلاَم بِغَيْرِ ذِكْرِ اللهِ قَسْوَةٌ لِلْقَلْبِ، وَإِنَّ أَبْعَدَ النَّاسِ مِنَ اللهِ القَلْبُ القَاسِي

Janganlah banyak bercakap melainkan ucapan mengingati Allah. Sesungguhnya percakapan tanpa mengingati Allah itu mengeraskan hati. Dan sesungguhnya orang yang paling jauh daripada Allah ialah orang yang keras hatinya.

[Riwayat Al-Tirmizi no. 2411]

Umar Al-Khattab (wafat 23H) pernah berkata:

مَنْ كَثُرَ كَلَامُهُ، كَثُرَ سَقْطُهُ، وَمَنْ كَثُرَ سَقْطُهُ، كَثُرَتْ ذُنُوبُهُ، وَمَنْ كَثُرَتْ ذُنُوبُهُ، كَانَتِ النَّارُ أَوْلَى بِهِ

Siapa yang banyak percakapannya, banyaklah salahnya. Siapa yang banyak salahnya, banyaklah dosanya. Siapa yang banyak dosanya, maka neraka lebih patut untuknya.
[ Syu’ab al-Iman no. 4640]

Kata Ibn Mas’ud (wafat 32H):

والله الذي لا إله إلا هو ما على الأرض أحق بطول سجن من اللسان

Demi Allah yang mana tiada Tuhan selain Dia, tiada diatas muka bumi ini yang lebih berhak untuk lama dipenjarakan (ditahan) selain daripada lisan.

[Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam 1/430]

Moga kita dapat baiki percakapan kita sehari-hari. Sama-sama kita berusaha.

Komen dan Soalan