Utama Tazkirah Admin ♡IKUTLAH SEPENUHNYA AJARAN ISLAM NESCAYA BAHAGIA♡

♡IKUTLAH SEPENUHNYA AJARAN ISLAM NESCAYA BAHAGIA♡

52
0
KONGSI

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 2 Safar 1437H~

ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”
[Surah al-Ma’idah 3]

#Ajaran Islam yang sempurna dan lengkap wajib diterima dan diamalkan dalam kehidupan manusia dan tiada pilihan lain lagi.

#Orang-orang Islam sama sekali tidak boleh menerima sebahagian Islam dan menolak sebahagian yang lain, beriman dengan sebahagian perintah dan kufur dgn sebahagian perintah yang lain.

#Ajaran selain Islam baik berupa agama-agama atau ideologi-ideologi atau isma-isma, semuanya ajaran jahiliyah, ajaran taghut dan jejak langkah syaitan belaka.

#Firman Allah swt dalam ayat yang lain:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”
[Surah al-Baqarah 208]

#Ajaran Islam adalah jalan Allah yang lurus bahkan yang paling lurus dan menjamin kebahagiaan sejati dunia dan akhirat. Tidak ada jalan yang lain selain Islam bahkan jalan lain semuanya jalan-jalan syaitan yang menyesatkan.

#Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya:

“Rasulullah saw telah menggariskan satu garisan dengan tangan Baginda dan kemudian bersabda: “Ini adalah jalan Allah yang lurus”. Dan Baginda menggariskan dua garisan di sebelah kanan dan di sebelah kiri Baginda kemudian bersabda: “Jalan-jalan ini, tidak ada satu jalan pun darinya melainkan di atasnya ada syaitan yang mengajak kepadanya. Kemudian Baginda membaca (Surah al-An’am 153): “Dan sesungguhnya ini adalah jalanku yang lurus maka ikutlah akan dia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain, nanti kamu akan menyimpang dari jalanNya”
[HR Ahmad, al-Hakim dan lain-lain. Sahih. Tafsir al-Quran al-Azim jilid 2, Ibn Kathir]

♡Ikutlah sepenuhnya ajaran Islam nescaya bahagia♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

Komen dan Soalan