Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits TANDA-TANDA BUKTI HADITS PALSU (Bhg. Akhir)

TANDA-TANDA BUKTI HADITS PALSU (Bhg. Akhir)

554
0
Iklan

#230616 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

02.10.04 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي) – Persoalan Hadits Palsu

#NotaBroSyarief #AsasIlmuHadits #UiTOBilik40

Susunan: BroSyarief

TANDA-TANDA BUKTI HADITS PALSU (Bhg. Akhir)

10 Mesej Hadits Melampau-lampau yang Nabi Tidak Pernah Berkata Seumpamanya

Antaranya adalah hadits yang menyebutkan ganjaran pahala yang melampau untuk amal yang kecil, dan azab yang hebat untuk kesalahan yang kecil.

Contohnya, hadits berikut menyebutkan ganjaran yang melampau pada amal yang sedikit.

مَنْ قَالَ : لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ، خَلَقَ اللَّهُ مِنْ تِلْكَ الْكَلِمَةِ طَائِرًا لَهُ سَبْعُونَ أَلْفَ لِسَانٍ ، لِكُلِّ لِسَانٍ سَبْعُونَ أَلْفَ لُغَةٍ ، يَسْتَغْفِرُونَ اللَّهَ لَهُ

Sesiapa yang menyebutkan ‘Laa ilaaha illa Allah’, Allah akan ciptakan dari kalimah tersebut, seekor burung yang memiliki 70000 lidah, bagi setiap lidah itu 70000 bahasa, yang mana ia memohon keampunan kepada Allah untuknya

[al-Manar al-Munif]

Contoh seterusnya, pada balasan yang melampau pada kesalahan yang kecil.

مَنْ طَوَّلَ شَارِبَهُ فِي دَارِ الدُّنْيَا طَوَّلَ اللَّهُ نَدَامَتَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، وَسَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْهِ بِكُلِّ شَعْرَةٍ عَلَى شَارِبِهِ سَبْعِينَ شَيْطَانًا ، فَإِنْ مَاتَ عَلَى ذَلِكَ الْحَالِ لا تُسْتَجَابُ لَهُ دَعْوَةٌ ، وَلا تَنْزِلُ عَلَيْهِ رَحْمَةٌ

Sesiapa yang memanjangkan misainya di dunia, Allah akan memanjangkan penyesalannya di hari kiamat, dan Allah jadikan bagi setiap urat rambut pada misainya itu 70 syaitan. Sekiranya dia mati dalam keadaan sedemikian, tidak akan dimaqbulkan baginya sebarang doa, dan tidak akan turun padanya rahmat.

[al-Laali al-Masnu’ah fil-Ahadits al-Mawdhu’ah]

11 Fokus Hadits Berkaitan Bid’ah yang Merosakkan dan Periwayatnya juga Mengajak kepada Bid’ah

Contohnya hadits-hadits yang menceritakan kelebihan ‘Ali dan periwayatnya adalah seorang Syiah Rafidhah, atau hadits-hadits tentang pemikiran Irja dan periwayatnya adalah seorang Murjiah, atau hadits-hadits tentang Qadar dan periwayatnya Qadariyyah, dan banyak lagi.

Antara kata-kata yang dinisbahkan kepada ‘Ali,

عَبَدْتُ اللَّهَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ سَبْعَ سِنِينَ قَبْلَ أَنْ يَعْبُدَهُ أَحَدٌ مِنْ هَذِهِ الأُمَّةِ

Aku menyembah Allah bersama RasululLah 7 tahun sebelum sesiapapun di kalangan umat ini menyembahNya

[al-Mustadrak]

Dan salah seorang periwayatnya yang bernama Habbah ibn Juwayn al-‘Urani, dia seorang yang keliru dalam hadits dan penganut syiah yang melampau.

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Soalan untuk semua: Adakah tanda-tanda hadits palsu ini mudah untuk kita sendiri kenal pasti?

J1: Sometimes susah jugak.. Misalan hadith nie.. Daif tapi bukan palsu.. Hadith doa masuk pasar dapat 1juta pahala

http://sunnah.com/tirmidhi/48/59

BroSyarief: Good point.

Ganjaran/balasan melampau tu terlalu umum di mata kita.

Anyone else?

Itu yang saya nak tekankan. Tanda-tanda yang disebutkan dalam nota-nota di atas adalah untuk para ulama yang kenal pasti, bukan penilaian umum oleh semua.

Sebab itu, bukanlah satu sikap yang baik untuk meletakkan penilaian sendiri mengatakan hadits sekian-sekian adalah palsu hanya kerana kita merasakan wujudnya tanda-tanda seperti yang disebutkan, mengikut perspektif kita sendiri.

Adapun bagi penuntut ilmu, jalan terbaik adalah mencari sumber dan menukilkan kembali penilaian yang telah diletak para ilmuan dalam bidang hadits sendiri.

Soalan: Bro Syarief, kalau ada hadith start dengan قِيْلَ .. / dikatakan… yang nie boleh confim ker bukan hadith?

atau hadith palsu..

Jawapan BroSyarief:
Bergantung kepada kedudukan perkataan tersebut. Perkataan قيل boleh jadi hanya menunjukkan penuturnya tidak menjadi tumpuan atau menutup aibnya.

Soalan: Setuju bro. Pada pendapat bro, kepalsuan hadis zaman sekarang dgn zaman dahulu ada perbezannya tak?

Jawapan BroSyarief: Semua hadits disandarkan kepada zaman Nabi. Apa maksud hadits zaman sekarang dengan zaman dahulu? 🤔

Komen: Ianya hadis palsu zaman sekarang..😅

Jawapan BroSyarief: Oho. Hm. Penilaian hadits tetap kembali kepada menilai sanad dan matannya. Yang pastinya asal dalam bahasa arab.

Tak perlu keliru jika sekadar melihat nukilan liar dalam bahasa selain bahasa arab dan disandarkan kepada Nabi sallalLaaahu ‘alaihi wa sallam.

Tindakan tepat adalah abaikan, supaya tak menjadi agen ‘publisiti’ tanpa disengajakan; dan nasihatkan penyebar supaya periksa dulu sebelum percaya.

Soalan: Jzkk Bro. Tetapi, apakah kita perlu serius dalam membanteras penularan hadis-hadis palsu sebegini?

Jawapan BroSyarief: Orang menipu atas nama Nabi kita memang kena serius la tentang. Tetapi serius dengan tegas, tenang dan terancang, berbeza dengan serius bersifat reaktif dan melatah.

Ramai yang berkongsi di atas keyakinan bahawa apa yang dikongsikan benar-benar hadits nabi, dalam keadaan tidak mempunyai asas cara untuk periksa dan bertanya untuk mendapatkan kepastian.

Komen Ustaz Meor: Sebahagian ulama’ menggunakan روي untuk pelbagai maksud.

1. Pendapat yang dhaif(contohnya seperti dalam tafasir)
2. Riwayat yang dhaif
3. Dhaif tetapi maknanya benar / maqbul

BroSyarief: Thanks Ust Meor.. 👍🏻👍🏻

Ustaz Adli Khalim: 👍🏻
Pendapat ketiga tu baru 1st time dengar.

Komen dan Soalan