Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 02.09.05 Kesilapan Periwayat Kerana Keliru Atau Lupa

02.09.05 Kesilapan Periwayat Kerana Keliru Atau Lupa

357
1
Iklan

#090616 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

02.09.05 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي) – Persoalan Hadits Palsu

#NotaBroSyarief #AsasIlmuHadits #UiTOBilik40

Susunan: BroSyarief

SEBAB-SEBAB PEMALSUAN HADITS YANG TIDAK DISENGAJAKAN (Bhg. 05)

05 Kesilapan Periwayat kerana Keliru atau Lupa

Insan tak lepas dari tersilap dalam urusan-urusan kehidupannya walaupun seseorang itu adalah orang yang memiliki kesedaran yang hebat dan kuat hafalannya.

Keadaan ini juga sama kepada setiap peringkat generasi periwayat di zaman periwayatan kecuali generasi para sahabat radhiyalLaahu ‘anhum ajma’in.

Di sini, kita sebutkan dua contoh ringkas berlakunya kekeliruan atau kesilapan pada periwayatan yang menyebabkan timbulnya hadits palsu.

1. al-Imam az-Zahabi menyebutkan tentang Nu’aim ibn Hammad al-Khuzaa’i pada sanad hadits berikut,

تَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى بِضْعٍ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً، أَعَظَمُهَا فِتْنَةً قَوْمٌ يَقِيسُونَ الأُمُورَ بِرَأْيِهِمْ، إِنَّهُمْ يَحِلُّونَ الْحَرَامَ، وَيُحَرِّمُونَ الْحَلالَ

(Terjemahan hadits:) ‘Umatku berpecah kepada tujuh puluh lebih pecahan. Yang terbesar fitnahnya adalah satu kaum yang mengukur urusan-urusan dengan pandangan akal mereka. Mereka menghalalkan yang haram, dan mengharamkan yang halal.’

Muhammad ibn ‘Ali ibn Hamzah al-Marwazi bertanya kepada Ibn Ma’in tentang sanad hadits tersebut. Ibn Ma’in menjawab, “Hadits itu tiada asal”

al-Marwazi bertanya lagi, “Apa status Nu’aym?”

Ibn Ma’in menjawab, “Dia tsiqah (diterima)”

al-Marwazi bertanya lagi, “Bagaimana dia boleh meriwayatkan hadits yang batil seperti ini?”

Ibn Ma’in menjawab, “Dia terkeliru”

[Siyar al-A’lam an-Nubala]

2. Sebuah lagi hadits yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, dengan sanadnya dari Jabir, katanya: RasululLah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ كَثُرَتْ صَلاتُهُ بِاللَّيْلِ حَسُنَ وَجْهُهُ بِالنَّهَارِ

‘Sesiapa yang banyak bersolat pada waktu malam, akan indah wajahnya pada waktu pagi’

az-Zahabi menukilkan dari Muhammad ibn ‘Abdillah ibn Numayr bahawa dia menyebutkan hadits ini lalu mengatakan,

‘Ianya batil (palsu), Tsabit terkeliru. Syarik bergurau (semasa meriwayatkan hadits). Kerana Tsabit seorang yang soleh. Kebetulan ketika Tsabit masuk ke majlis Syarik dan Syarik sedang membacakan sanad hadits

‘Dari al-A’masy, dari Abu Sufyan, dari Jabir, dari Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam’

Lalu, dia terlihat Tsabit lalu ingin beramah mesra dengannya, dan menyebutkan kata-kata tersebut.

Tsabit terkeliru menyangkakan itu adalah matan kepada sanad yang sedang dibacakan.’

[al-Mizan]

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares


Kita telah selesai membincangkan bahagian sebab-sebab timbulnya hadits-hadits palsu sama ada yang disengajakan atau tidak disengajakan.

Apapun, perbincangan tentang hadits palsu masih panjang. Seterusnya, nota-nota akan mengupas tanda-tanda bukti bagi mengenal hadits palsu yang digunakan oleh para ulama.

Nota akan dibahagikan kepada 3 atau 4 bahagian, harap dapat baca dengan teliti dan fahami.

Semoga bermanfaat..

#BroSyariefShares

1 KOMEN

Komen dan Soalan