Utama Bilik (63) Sifat Solat Nabi SAW Qiyam Ramadhan: Membaca surah Al-A`la pada raka`at pertama, surah Al-Kafirun pada raka`at...

Qiyam Ramadhan: Membaca surah Al-A`la pada raka`at pertama, surah Al-Kafirun pada raka`at kedua, dan surah Al-Ikhlash pada raka`at ketiga.

91
0

Susunan Ustaz Adli Khalim

Ringkasan Fiqh Ramadhan:

41. Qiyam Ramadhan: Membaca surah Al-A`la pada raka`at pertama, surah Al-Kafirun pada raka`at kedua, dan surah Al-Ikhlash pada raka`at ketiga.

 

كان النَّبيُ صلَّى اللهُ عليْهِ وسلَّمَ يقرأُ في الوَترِ ب ( سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى ) و ( قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ ) و (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ) في ركعةٍ ركعةٍ
الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الترمذي
الصفحة أو الرقم: 462 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Nabi ﷺ membaca dalam solat witir سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى (surah Al-A`la), قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ (surah Al-Kafirun), dan قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (surah Al-Ikhlash), satu surah dalam satu raka`at. – Sunan At-Tirmidzi, no. 462.
* shahih menurut Al-Albani.

سألْنا عائِشَةَ : بأيِّ شيءٍ كان يُوتِرُ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ ؟ قالتْ : كان يَقْرَأُ في الأولى ب ( سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى ) وفي الثانيةِ ب ( قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ ) وفِي الثالثةِ ب ( قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ ) والمعوذتينِ
الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : الترمذي | المصدر : سنن الترمذي
الصفحة أو الرقم: 463 | خلاصة حكم المحدث : حسن غريب

Kami (`Abdul `Aziz bin Juraij) bertanya kepada `A’isyah: “Dengan apa Rasulullah ﷺ berwitir?” Jawabnya: “Pada raka`at pertama baginda membaca سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى (surah Al-A`la), dalam raka`at kedua baginda membaca قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ (surah Al-Kafirun), dan dalam raka`at ketiga baginda membaca قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (surah Al-Ikhlash) dan al-mu`awidzatain (surah Al-Falaq dan surah An-Nas).” – Sunan At-Tirmidzi, no. 463. Kata At-Tirmidzi: Hasan gharib.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Bacaan dalam solat witir 3 raka`at yang shahih menurut para `ulama’ adalah:

(a) Surah Al-A`la dalam raka`at pertama.

(b) Surah Al-Kafirun dalam raka`at kedua.

(c) Surah Al-Ikhlash dalam raka`at ketiga. Adapun tambahan surah Al-Falaq dan surah An-Nas, dha`if menurut At-Tirmidzi. Begitu juga menurut Ahmad, dan Yahya bin Ma`in.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

Komen dan Soalan