Utama Bilik (63) Sifat Solat Nabi SAW Qiyam Ramadhan: Mendirikan malam-malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, bukan sekadar...

Qiyam Ramadhan: Mendirikan malam-malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, bukan sekadar melakukannya atas dasar adat.

340
0
Iklan

Ringkasan Fiqh Ramadhan:

susunan ustaz Adli Khalim

33. Qiyam Ramadhan: Mendirikan malam-malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, bukan sekadar melakukannya atas dasar adat.

من قام رمضانَ إيمانًا واحتسابًا، غُفِرَ له ما تقدَّمَ من ذنبِه

الراوي : أبو هريرة | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 37 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

“Sesiapa yang mendirikan (solat malam) Ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan, diampunkan dosanya yang telah lalu.” – Shahih Al-Bukhari, no. 37.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Sesetengah pihak hanya menganggap qiyam Ramadhan sebagai adat, yang penting bagi mereka adalah menyelesaikan solat tarawih 20 raka`at (atau 8 raka`at) tanpa memperhatikan kualiti solat, contohnya:

(a) Sebuah masjid di Jawa Timur menyelesaikan solat tarawih 20 raka`at dalam masa 7 minit. Sedangkan solat malam Nabi cukup bagus dan cukup panjang.

(b) Sesetengah imam membaca surah-surah tanpa tartil. Sedangkan Al-Qur’an menyuruh kita membacanya dengan tartil.

(c) Sesetengah imam hanya membaca surah-surah pendek sepanjang 20 raka`at solat (surah At-Takatsur, Al-Humazah, Al-Fil, Quraisy, dan sebagainya). Sedangkan Rasulullah ﷺ mengatakan solat yang afdhal (utama) adalah yang lama berdirinya.

(d) Sesetengah orang hanya bangun untuk memulakan solat selepas imam menyelesaikan bacaan Al-Fatihah pada raka`at pertama (tidak mengejar takbiratul ihram bersama imam).

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

Komen dan Soalan