Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita: Nota ke 61 (Umum)

Fiqh Wanita: Nota ke 61 (Umum)

185
0
Iklan

#NourelChinta

S & J Fiqh Wanita UiTO

Soalan 1

Saya nak tanya apakah tindakan yang perlu bagi seorang suami yang abaikan tangungjawb kepada isteri contoh nafkah harian tangungan anak-anak.suami tak nak berkerja padahal ia mampu dari fizikal.bila isteri nak bekerja suami tak izin kan.

Jawapan 1 thtl al-jazani

Nusyuz suami
dalil:

وإن امرأة خافت من بعلها نشوزا أو اعراضا فلا جناح عليهما أن يصلحا بينهما صلحا والصلح خير – النساء 128
“Dan jika seorang wanita bimbang akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya maka tidak mengapa bagi kedua-duanya mengadakan suluh yang sebenar-benarnya dan suluh itu lebih baik (bagi mereka)….”

Maksud nusyuz suami ialah sikap dia tidak lagi mempedulikan soal nafkah dan tanggungjwb kpd familynya. Maka ayat ini menyarankan suluh. Suluh ialah rundingtara antara isteri dan suami dan isteri kena rela dan redha dengan beberapa hak nafkah yg dikurangkan. Maksudnya dulu suami kasi RM1500. runding tara “suluh”, minta RM750 sahaja.

 

 

Soalan 2

Ada tak dalil Nabi SAW solat fardhu atas kenderaan?
hadith bukhari hanya beritahu solat sunat bukan solat fardhu.

Jawapan 2  thtl al-jazani

Dalil Nabi solat fardhu atas kemderaan (unta)
Dalil Nabi saw solat di atas kenderaan tidak ada. ini kerana kenderaan zaman itu cuma unta dan keadaan padang pasir membolehkah kaum salaf solat fardhu di mana sahaja.
Maka dari mana datangnya dalil boleh solat fardhu di atas kenderaan? Ia adalah ijtihad fuqaha’ kerana halangan membolehkan yang terlarang.
dalil umum:

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ‏
Terj: “bertaqwalah kepada Allah semampu kalian” (QS. At Taghabun: 16)

ما أمرتكم به فأتوا منه ما استطعتم
“apa yang aku perintahkan kepada kalian, kerjakanlah sesuai kemampuan kalian” (HR. Al Bukhari 7288, Muslim 1337)
Sebab dibolehkan, kerana berubahnya jenis transport, sekarang kita menggunakan pesawat, bot, feri dan kereta, kesulitan yg diluar jangkaan dan khuatir akan keselamatan diri. serta takut luputnya waktu solat
Dr solah al-Fawzan, (Al Mulakhas Al Fiqhi, 235)

 

 

Soalan 3

Baginda sallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda,

وسَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً كُلُّهَا فِي النَّارِ إِلَّا وَاحِدَةً قِيْلَ: مَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ :هُمُ الَّذِيْنَ عَلَي مِثْلِ مَا أَنَا عَلَيْهِ الْيَوْمَ وَأَصْحَابِي
“Akan berpecah umatku menjadi 73 kelompok. Semuanya di dalam neraka kecuali satu.” Sahabat bertanya, “Siapakah dia (yang satu) wahai Rasulullah?” Jawab Rasulullah, “Mereka adalah orang-orang yang semisal dengan apa yang aku dan sahabatku berada di atasnya pada hari ini.” (riwayat Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad)

1. Siapakah antara yang dimaksudkan dengan 73 golongan tu syeikh?

Jawapan  3 thtl al-jazani

a) Syarah fiqh hadith firqah

وسَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً كُلُّهَا فِي النَّارِ إِلَّا وَاحِدَةً قِيْلَ: مَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ :هُمُ الَّذِيْنَ عَلَي مِثْلِ مَا أَنَا عَلَيْهِ الْيَوْمَ وَأَصْحَابِي

“Akan berpecah umatku menjadi 73 kelompok. Semuanya di dalam neraka kecuali satu.” Sahabat bertanya, “Siapakah dia (yang satu) wahai Rasulullah?” Jawab Rasulullah, “Mereka adalah orang-orang yang semisal dengan apa yang aku dan sahabatku berada di atasnya pada hari ini.” (riwayat Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad)

status hadith:  Imam abu Isa kata, hadith hasan sahih. yang mendhaifkan hadith ni ialah Imam Ibn hazm zahiri dan Dr Qardhawi. ahli hadith sepakat kata hadith ni sahih.

a) Siapa 73 puak itu?
Ia adalah ummatku, maksudnya ummat Muhammad saw. walaupun mereka berpecah, Nabi masih kata umatnya. maka

b) Ia bukan orang kafir sebab ada matan yg lain
sebab dalam matan yg lain, Nabi saw sebut, umat yahudi berpecah kpd 71 puak, umat Nasara kpd 72 puak.
 2. Adakah kafir juga termasuk dalam 73 golongan itu?

 Jawapan 3 bahagian 2:

Hadits ‘Auf bin Malik Radhiyallahu ‘anhu.

عَنْ عَوْفِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اِفْتَرَقَتِ الْيَهُوْدُ عَلَى إِحْدَى وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً فَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَسَبْعُوْنَ فِي النَّارِ وَافْتَرَقَتِ النَّصَارَى عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً فَإِحْدَى وَسَبْعُوْنَ فِي النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَالَّذِيْ نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَتَفْتَرِقَنَّ أُمَّتِيْ عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً وَاحِدَةٌ فِيْ الْجَنَّةِ وَثِنْتَانِ وَسَبْعُوْنَ فِيْ النَّارِ، قِيْلَ: يَا رَسُوْلَ اللهِ مَنْ هُمْ؟ قَالَ: الْجَمَاعَةُ.

Dari ‘Auf bin Malik, ia berkata: “Rasulullah Saw bersabda, ‘Yahudi terpecah menjadi 71 (tujuh puluh satu) golongan, satu (golongan) masuk Surga dan yang 70 (tujuh puluh) di Neraka. Dan Nasrani terpecah menjadi 72 (tujuh puluh dua) golongan, yang 71 (tujuh puluh satu) golongan di Neraka dan yang satu di Surga. Dan demi Yang jiwa Muhammad berada di Tangan-Nya, ummatku benar-benar akan terpecah menjadi 73 (tujuh puluh tiga) golongan, yang satu di Surga, dan yang 72 (tujuh puluh dua) golongan di Neraka,’ Ditanyakan kepada beliau, ‘Siapakah mereka (satu golongan yang masuk Surga itu) wahai Rasulullah?’ Beliau menjawab, ‘Al-Jama’ah.’  HR Ibn Majah, sahih, silsilah alsahihah, no 1492

 

 

Soalan 4

Bacaan semasa rukuk  dan sujud ,khilaf atau memang shahih tanpa ada penambahan wabihamdih ,syeikh?

Jawapan 4  thtl al-jazani 

Tambahan “wabihamdih” dalam rukuk dan sujud
Ia khilaf kerana kaedah dalam menaikkan hadith lemah. Ini kerana semua riwayat (سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Maha Suci Tuhanku yang maha Tinggi dan pujian bagiNya) adalah lemah. tetapi ulamak2 mazhab, spt syafi’iyah ada yg menguatkan hadith tsb menjadi hasan
Ini ketetapan dalam mazhab syafi’iy:
“Berkata ashab kami (ulamak-ulamak Mazhab Syafi’i): Disunatkan membaca ‘Subhana rabbiyal ’azimi wa bi hamdihi’. Di antara ulama yang menyatakan bahawa sunat mengucapkan ‘wa bihamdihi’ adalah al-Qadhi Abu Toyyib, al-Qadhi Hussin, pengarang kitab Syamil, Imam al-Ghazali dan para ulama selainnya.”
(al-Majmuk Syarah al-Muhazzab, Darul Fikr, Jil. 3, Hal. 370)
aliran hadith tulin tidak membaca tambahan tsb

 

 

Soalan 5

Apa hukumnya berdehem semasa solat?

Jawapan 5 thtl al-jazani

Hukum Berdehem semasa Shalat
Fatwa syaikhul Islam Ibn Taymiyah rh
Berdehem tidaklah dimasukkan didalam makna KALAM (berkata-kata) pada asalnya, maka ia bukanlah langsung kepada dirinya, dan Tidaklah bersama selainnya dari lafaz yang membawa makna, tidak tidak dinamakan perkara yang ucap oleh pembuatnya dan menerangkan matlamat context, maka ia menjadi isyarat”. [Majmu’ Fatawa lil Syaikhul Islam, Jld 22/617]
Jumhur fuqaha’, tidak mengapa jika ada keperluan antaranya utk membersihkan kerongkong untuk membaca AQ dalam solat. (dr wahbah, fiqh Islam jld 2)

 

batu

Soalan 6

Shahihkah riwayat  mengenai batu yang ingin ikut Nabi SAW semasa peristiwa isra’ dan mikraj?

Jawapan 6 thtl al-jazani

Batu yg ingin folo Nabi ketika Mikraj
Batu di bawah mesjid dome of rock tu adalah tempat bermulanya Mikraj dan riwayat batu tu nak ikut Nabi saw adalah tidak sahih. (albani, silsilah hadith dhaif no 1252)

 

 

Soalan 7

Sekiranya aqiqah dibuat selepas umur bayi 7-21 hari, pahala sunnah dapat tak? Atau sebaiknya tidak perlu dibuat aqiqah selepas umur bayi 21 hari?

Jawapan 7 thtl al-jazani

Akikah selepas 21 hari
Ini khilaf yg masyhur. Jumhur, kata Ibn Qayyim melihat hari ke7 adalah yg paling sahih, sebab utama kenapa hari ke 7, berdasarkan hadith:

عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدُبٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « كُلُّ غُلاَمٍ رَهِينَةٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى »
Dari Samuroh bin Jundub, Rasulullah saw bersabda, “Setiap anak tergadaikan dengan aqiqahnya, disembelihkan untuknya pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama.” (HR. Abu Daud no. 2838, An Nasai no. 4220, Ibnu Majah nol. 3165, Ahmad 5/12. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini sahih)

Bila luput 7 hari, boleh saja dilakukan selepas itu bila saja lapang, misalnya zaman sekarang kemungkinan baby masih kena jaundis atau demam kuning.
selepas 7 hari adalah khilaf, di sisi mazhab saudi arabia, ikut Imam ahmad, maksima 21 hari. mazhab Malaysia, sampai akil baligh sebelum 15 tahun lelaki dan 9 tahun perempuan.Usia baby 7 tahun kata Ibn Qayyim cuma anjuran bukan paksaan.

 

 

Soalan 8

Apakah status hadith di bawah ini?

Rasulullah SAW bersabda:
لاَ تَزَوَّجُوْا النِّسَاءَ لِحُسْنِهِنَّ فَعَسَى حُسْنُهُنَّ أَنْ يُرْدِيْهِنَّ وَلاَ تَزَوَّجُوْ هُنَّ لِاَمْوَالِهِنَّ فَعَسَى اَمْوَالُهُنَّ أَنْ تُطْغِيْهِنَّ وَلَكِنْ تَزَوَّجُوْهُنَّ عَلَى الدِّيْنِ. ولأمَةٌ خَرْمَاءَ خَرْقَاءَ ذَاتَ دِيْنٍ أَفْضَلٌ.
Ertinya:
“Jangan kamu mengahwini perempuan kerana kecantikannya. Boleh jadi kecantikan mereka akan menjadikan mereka hina. Jangan kamu mengahwini perempuan kerana harta mereka, kerana boleh jadi harta mereka akan menjadikan mereka bersikap zalim, tetapi kahwinlah mereka kerana agamanya. Perempuan hamba yang rabik telinga dan bodoh tetapi beragama adalah lebih baik”
(Riwayat Ibn Majah)

Jawapan 8 thtl al-jazani

Semak status hadith

لاَ تَزَوَّجُوْا النِّسَاءَ لِحُسْنِهِنَّ فَعَسَى حُسْنُهُنَّ أَنْ يُرْدِيْهِنَّ وَلاَ تَزَوَّجُوْ هُنَّ لِاَمْوَالِهِنَّ فَعَسَى اَمْوَالُهُنَّ أَنْ تُطْغِيْهِنَّ وَلَكِنْ تَزَوَّجُوْهُنَّ عَلَى الدِّيْنِ. ولأمَةٌ خَرْمَاءَ خَرْقَاءَ ذَاتَ دِيْنٍ أَفْضَلٌ.
Ertinya:
“Jangan kamu mengahwini perempuan kerana kecantikannya. Boleh jadi kecantikan mereka akan menjadikan mereka hina. Jangan kamu mengahwini perempuan kerana harta mereka, kerana boleh jadi harta mereka akan menjadikan mereka bersikap zalim, tetapi kahwinlah mereka kerana agamanya. Perempuan hamba yang rabik telinga dan bodoh tetapi beragama adalah lebih baik”(Riwayat Ibn Majah)
status: dhaif, albani, silsilah aldhaifah 1060
 الراوي : عبدالله بن عمرو | المحدث : الألباني | المصدر : السلسلة الضعيفة
الصفحة أو الرقم: 1060 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف

Komen dan Soalan