Utama Bilik (22) Hadith Al-Sakandary Percanggahan Hadis: Apakah Ulama Akan Lakukan?

Percanggahan Hadis: Apakah Ulama Akan Lakukan?

184
0
Iklan

| Antara Soal jawab kelas yang lepas |

S4: Bagaimana berdepan dengan hadith khilaf seperti ada hadith Nabi kencing duduk dan ada juga hadith yang Nabi kencing berdiri.

J4: Apabila dilihat terdapat percanggahan antara hadith, maka perkara pertama yang harus dipastikan ialah kesahihan keduanya, sekiranya salah satu Dha’if maka yang dipegang ialah yang Sahih dan ditinggalkan yang Dha’if. Sekiranya kedua-dua adalah Sahih maka langkah seterusnya ialah menjama’ (menggabungkan) kedua-kedua hadith itu agar hilang percanggahan.

Misalnya hadith Sahih menyebut larangan kencing berdiri dan hadith Sahih lain pula menyebut Nabi sendiri kencing berdiri, ia kelihatan seolah bercanggah, maka digabungkan menjadi kedua-dua amalan sama ada kencing duduk atau berdiri adalah dibolehkan, dan disebabkan kencing berdiri itu merupakan ayat larangan maka dirumuskan “asal adab kencing adalah dengan duduk, namun jika mendesak seperti mahu cepat atau keadaan tidak sesuai untuk duduk maka dibolehkan kencing berdiri”. Allah Maha Mengetahui.

Komen dan Soalan