Utama Bilik (05) Fiqhud Dalil Isu Hizbut Tahrir Dan Sistem Politik Ideal

Isu Hizbut Tahrir Dan Sistem Politik Ideal

184
0
Iklan

?Soalan 15: Salahkah menjatuhkan kerajaan/pemerintah sedia ada melalui peti undi?

THTL: Tidak, sebab itulah tujuan demokrasi, pergiliran kerajaan secara sah tanpa pertumpahan darah. Apakah Malaysia dapat menyaksikan proses pergiliran kuasa melalui PRU, masih belum dapat disaksikan, namun di Negara seperti Indonesia, ia sudah mula berlaku. Yang salah ialah menjatuhkan dengan revolusi dan keganasan

?Soalan 16:Apakah kesilapan besar jama`ah Hizbut Tahrir (HT) yang ingin menegakkan sistem pemerintahan khilafah?

THTL: #HT atau Hizh Tahrir atau Parti Pembebasan yang diasaskan di Palestine oleh syaikh Taqiyudin anNabhani (w.1977), alumni al-Azhar, di Jurusalem pada tahun 1953. Visi utama HT berbeda dari yang lain ialah Khalifah adalah fardhu ain dan siapa yang tidak menegakkan adalah kafir. Dalil mereka:

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ (44) [المائدة : 44[

“Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, Maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. (QS Al Maidah : 44)

Ini juga tema pegangan semua aliran Khawarij supaya ditegakkan syariat atau hudud, cuma HT menukarkan kepada wajibnya khalifah Islam.

Kesalahan HT:
1. Wajibnya khalifah berdasarkan ayat 4:44, ia satu kesalahan, ayat itu ditujukan khusus kpd Yahudi dan bukan mendirikan khalifah.

2. Bagaimana cara melantik khalifah sekarang? Kerana Nabi tidak menunjukkan jalan untuk berbuat demikian. Ini kerana Nabi wafat dalam keadaan tidak ada sebarang wasiat untuk jawatan khalifah, jawatan pun Nabi tak sebut apa titlenya.

3. Tidak wujud sistem pemerintahan ala khalifah. Yang disyariatkan ialah sistem Syura bukan khalifah. Sistem syura maksudnya urusan Negara diputuskan oleh gabungan amir dan senat atau majlis syura.

4. Mereka menggunakan hadith Ahmad, akhir zaman akan wujud khilafah atas minhaj kenabian. Itu tidak benar kerana tafsiran yang sahih menurut Ibn Rajab, fasa kelima minhaj atas nubuwwah itu adalah zaman khilafah Umar bin abd Aziz.

?Soalan 17: Apakah sistem pemerintahan yang paling ideal menurut Al-Quran & Sunnah?

THTL: Tidak ada, yang ideal ialah system pemerintahan yang menggunakan system syura

وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُون

َ
“Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Rabb-nya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka”.
[Asy Syura : 36-39].

Nabi tidak menunjukkan petunjuk siapa pengganti dan Nabi tidak ajar cara melantik successor atau pengganti baginda, ini menunjukkan tiada sistem politik yang ideal dalam Islam.

1 Abu Bakar ra dipilih melalui syura antara Muhajirin dan Ansar, dua kaum utama Negara islam.

2. Umar ra di pilih melalui lantikan terus oleh pemimpin yang masih memerintah, sistem putra mahkota.

3. Uthman ra dipilih dari satu panel calon presiden.

4. Ali ra diberi bai’ah oleh penduduk Madinah mewakili seluruh empayar atau commonwealth.

5. Amir Muawiyah ra menggunapakai sistem Kabilah sebagai parti yang memerintah, pemimpin mesti dari kabilah. Ini diamalkan di Saudi Arabia, pemimpin dari Kabilah al-Saud.

Komen dan Soalan