Utama Bilik (08) Riyadhus Solihin Sabarlah dengan ketentuan Allah dan Rasul

Sabarlah dengan ketentuan Allah dan Rasul

315
0
Iklan

Hadith 42
Sabar dengan ketentuan Allah dan Rasul

 42- وعن ابن مسعود رضي الله عنه قال ‏:‏ لما كان يوم حنين آثر رسول الله صلى الله عليه وسلم ناساً في القسمة، فأعطى الأقرع بن حابس مائة من الإبل، وأعطى عيينة بن حصن مثل ذلك، وأعطى ناساً من أشراف العرب وآثرهم يومئذ في القسمة‏.‏ فقال رجل‏:‏ والله إن هذه قسمة ما عدل فيها، وما أريد فيها وجه الله، فقلت ‏:‏ والله لأخبرن رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فأتيته فأخبرته بما قال‏:‏ فتغير وجههه حتى كان كالصرف ‏.‏ ثم قال ‏”‏ فمن يعدل إذا لم يعدل الله ورسوله‏؟‏ ثم قال‏:‏ يرحم الله موسى قد أوذي بأكثر من هذا فصبر‏”‏‏.‏ فقلت‏:‏ لا جرم لا أرفع إليه بعدها حديثاً‏.‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏ ‏وقوله ‏ ‏ كالصرف‏ ‏ هو بكسر الصاد المهملة ‏:‏ وهو صبغ أحمر ‏ ‏.‏

42. Dari Ibnu Mas’ud r.a., katanya: “Ketika hari peperangan Hunain, Rasulullah s.a.w. melebihkan – mengutamakan – beberapa orang dalam pemberian pembahagian – harta rampasan, lalu memberikan kepada al-Aqra’ bin Habis seratus ekor unta dan memberikan kepada ‘Uyainah bin Hishn seperti itu pula – seratus ekor unta, juga memberikan kepada orang-orang yang termasuk bangsawan Arab dan mengutamakan dalam cara pembahagian kepada mereka tadi. Kemudian ada seorang lelaki berkata: “Demi Allah, pembahagian secara ini, sama sekali tidak ada keadilannya dan agaknya tidak dikehendaki untuk mencari keredhaan Allah.” Saya lalu berkata: “Demi Allah, hal ini akan saya beritahukan kepada Rasulullah s.a.w.” Saya pun mendatanginya terus memberitahukan kepadanya tentang apa-apa yang dikatakan oleh orang itu. Maka berubahlah warna wajah beliau sehingga menjadi semacam sumba merah – merah padam kerana marah – lalu bersabda:

“Siapakah yang dapat dinamakan adil, jikalau Allah dan RasulNya dianggap tidak adil juga.” Selanjutnya beliau bersabda: “Allah merahmati Nabi Musa.  Ia telah disakiti dengan cara yang lebih sangat dari ini, tetapi ia tetap sabar.” Saya sendiri berkata: “Ah, semestinya saya tidak memberitahukan dan saya tidak akan mengadukan lagi sesuatu pembicaraanpun setelah peristiwa itu kepada beliau lagi.”   (Muttafaq ‘alaih)

Sabda Nabi s.a.w. Kashshirfi dengan kasrahnya shad muhmalah, ertinya sumba merah.

Peristiwa kelima  ialah mengagihkan ghanimah hasil dari kemenangan dalam peperangan Hunain. Jumlah rampasan ialah 3,000 (6,000) tentera musuh,  24,000 ekor unta, 46,000 (40,000 biri-biri) dan 4,000 kilogram perak. Hinggakan Nabi saw disebut sebagai tokoh Quraisy yang paling banyak hartanya (Ghadhban 3, hal. 202). Walau bagaimanapun semuanya dibahagikan kepada kaum Muslimin yang berasal dari Makkah, terutamanya kumpulan yang baru menganut Islam. Antaranya Abu Sufyan sebanyak 40 kilogram perak dan 100 ekor (ada riwayat mengatakan 200)  unta, begitu juga anaknya Yazid dan Mu`awiyyah masing-masing mendapat ganjaran yang serupa. Sehingga Abu Sufyan berkata, ‘Demi ayah dan bundaku, Anda benar-benar sangat dermawan, ya Rasulullah. Saya perangi Anda selama 20 tahun dan ternyata Anda seorang musuh yang bijaksana. Lalu saya berdamai, dan saya dapati Anda sebagai seorang manusia paling mulia. Allah akan memberi Anda pahala..’. (Ghadhban, hal. 202).

Komen dan Soalan