Utama Kursus (01) Sijil Ulum Hadith UiTO Mukadimah Usul Hadith Siri Ke-2

Mukadimah Usul Hadith Siri Ke-2

2441
0
Iklan

Assalamualaikum semua

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
أما بعد،

Hari ini kita mula sambungan mukaddimah sesi 2
Sila rujuk buku masing-masing.
Mukaddimah usul hadis 2

Terjemahan teks buku Mabahis fi ulumil hadis:

Dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم juga menganjur agar mendengar hadisnya dan menghafaz serta menjaganya dan menyampaikannya.

عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا حَدِيثًا فَحَفِظَهُ حَتَّى يُبَلِّغَهُ فَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ إِلَى مَنْ هُوَ أَفْقَهُ مِنْهُ وَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ لَيْسَ بِفَقِيهٍ

Dari Zaid bin Tsabit ia berkata, Saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Semoga Allah memperindah dengan bercahaya kepada orang yang mendengar hadits dariku lalu menghafal dan menyampaikannya kepada orang lain, berapa banyak orang menyampaikan ilmu kepada orang yang lebih berilmu, dan berapa banyak pembawa ilmu yang tidak berilmu.”
Hadis riwayat abu daud, annasaei, ibn majah dan at tirmidzi, dan dia berkata hadis ini hasan.

وعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا شَيْئًا فَبَلَّغَهُ كَمَا سَمِعَ فَرُبَّ مُبَلِّغٍ أَوْعَى مِنْ سَامِعٍ

قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

Dan dari Abdullah bin Mas’ud berkata; aku mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Allah akan memperindah dengan cahaya kepada orang yang mendengar sesuatu dariku kemudian dia sampaikan sebagaimana dia mendengarnya, betapa ramai orang yang menyampaikan lebih faqih dari yang mendengar.

Abu Isa berkata; ‘hadits ini hasan shahih,

Penerangan

1- Lafaz نَضَّرَ bermaksud Allah kurniakan wajah bercahaya,bersih ceria dan boleh juga dimaksudkan dengan Allah mengelokkan perbuatan seseorang hingga beroleh kejayaan dunia akhirat.

2- Lafaz وَرُبَّ ada dua terjemahan (a) amat sedikit / kadang2 (b) amat banyak / ramai

3- Maksud hadis “kadang-kadang banyak juga dikalangan yang disampaikan padanya (pelajar) lebih pandai dari yang menyampaikan ilmu (guru).. Jadi hadis ini mengajak kita semua belajar ilmu dan tidak taksub dengan guru. Sebab kadang-kadang pelajar lebih mengerti ilmu secara mendalam kerana ramai gurunya dan banyak tambahan ilmu lain. Dan ini juga menganjur kepada orang alim agar sentiasa menambah ilmu. Jangan mudah rasa cukup dengan ilmu yang ada. Hasilnya akan bertambah ilmu dan bersikap lebih terbuka menerima apa saja perkara yang baru lagi benar.

Sambung teks buku.
Dan periwayatan hadis sentiasa tinggi kemuliaannya kerana ada di kalangan umat manusia yang adil lagi jujur (ulama) yang sanggup mengambil berat tentangnya agar terpelihara warisan peninggalan Nabi صلى الله عليه وسلم.

Seperti sabdaan Nabi صلى الله عليه وسلم

«يَحْمِلُ هَذَا الْعِلْمَ مِنْ كُلِّ خَلَفٍ عُدُولُهُ يَنْفُونَ عَنْهُ تَحْرِيفَ الْغَالِينَ وَانْتِحَالَ الْمُبْطِلِينَ وَتَأْوِيلَ الْجَاهِلين» . رَوَاهُ الْبَيْهَقِيّ

“Akan mendukung ilmu ini oleh dikalangan setiap manusia terkemudian yang adil,mereka menafikan penyeleweng dari pelampau,fahaman golongan batil dan tafsiran penerangan dari orang bodoh”

Hadis Sohih riwayat albaihaqi.

Penerangan hadis di atas
1- sentiasa ada dikalangan manusia selepas dari ulama silam, manusia yang jujur mendukung serta membela dan menyampaikan ilmu ini. Iaitu ilmu yang datang dari Nabi صلى الله عليه وسلم.. Mereka lah akan mempertahan islam dengan menepis segala dakyah-dakyah jahat di kalangan manusia yang jahat ingin merosakkan kesucian islam ini. Dan dengan ilmu ini juga dapat menolak segala fahaman-fahaman sesat di kalangan manusia dan menjawab segala kekeliruan yang datang dari golongan sesat yang hendak selewengkan alquran dan hadis.

2- Oleh itu sangat penting menguasai ilmu ini.. Dan hadis ini sebagai anjuran kepada kita semua agar mendalami ilmu alquran dan hadis.

Sambung teks buku..
Dan mengikut riwayat masyhur dari Jabir رضي الله عنه “dia telah mengadakan perjalanan jauh ke Syam semata-mata kerana satu hadis dari Abdullah bin Unais

HR Ahmad dan Abu ya’la

Dan pernah Abu Ayyub رضي الله عنه bermusafir dari Madinah ke Mesir kerana hendak meriwayatkan Hadis dari ‘Uqbah bin ‘Amir.

HR Ibn Abdil Barri

Boleh mencelah sekejap ustaz?
Abdullah bin Unais atau Abdullah bin Unai? sebab dalam buku teks terjemahan ni bin Unai.

Ustaz Solahudin: Ya. Yang benar abdullah bin unais bukan unai

Sambung teks
Dan di kalangan Tabi’en dan ulama selepas mereka juga tidak kurang dari sahabat tahap kesungguhan mereka tentang ilmu hadis.

Bahkan di kalangan orang selepas sahabat-sahabat tetap bersungguh jejak langkah para sahabat. Hingga Majlis-majlis pengajian mereka dihidupkan dengan ilmu-ilmu hadis Nabi صلى الله عليه وسلم dan mereka sanggup bersusah payah mendapatkan hasil ilmu hadis. Serta sanggup bermusafir jauh dengan unta hanya kerananya.

Said Ibn almusayyab di kalangan Tabien besar pernah berkata ” sungguh aku pasti sanggup mengadakan perjalanan jauh beberapa malam dan siang hanya semata-mata satu hadis”

HR arramharmuzi dan Ibn Abdil Barri

Pernah ‘Amir asy Sya’bi (tabien) keluar pergi ke mekkah kerana 3 hadis yang disampaikan padanya. Dia berharap dapat bertemu dengan salah seorang sahabat dan boleh bertanya tentangnya.

Dan Asy Sya’bi pernah menyampaikan satu hadis kepada seseorang kemudian dia berkata “kami berikan ilmu hadis ini kepada kami tanpa sebarang sesuatu upahan bayaran padahal dibawa perjalan jauh perkara yang (masalah) remeh darinya ke madinah

HR Al Bukhari secara muallaq

Habis di sini terjemahan teks buku..
Jika ada soalan boleh tanya

?Ustaz, Jabir, Abu Ayub, Abdullah bin Unais dan Uqbah bin ‘Amir mereka semua adakah dari kalangan sahabat atau Tabein?

Jabir sahabat
Abu ayyub sahabat
Abdullah b unais sahabat
Uqbah sahabat

Saya nak tanya berkaitan hadis ni:
Seperti sabdaan Nabi صلى الله عليه وسلم

«يَحْمِلُ هَذَا الْعِلْمَ مِنْ كُلِّ خَلَفٍ عُدُولُهُ يَنْفُونَ عَنْهُ تَحْرِيفَ الْغَالِينَ وَانْتِحَالَ الْمُبْطِلِينَ وَتَأْوِيلَ الْجَاهِلين» . رَوَاهُ الْبَيْهَقِيّ

“Akan mendukung ilmu ini oleh dikalangan setiap manusia terkemudian yang adil,mereka menafikan penyeleweng dari pelampau,fahaman golongan batil dan tafsiran penerangan dari orang bodoh”

Dalam buku teks dicatatkan hadis tu riwayat al uqaili, ibnu abi hatim dan ibnu abdil barri
dalam kitab arab adakah ditulis riwayat baihaqi macam ustaz nyatakan sebelum ni tadi?

Ustaz Solah:
Ini yang saya cari sendiri..ada dalam kitab misykatul masobih

Jadi, kesimpulannya.. Mulai hari ini kena tanamkan niat sungguh untuk belajar ilmu hadis ni.. Sebab selepas ini kena hafal teks buku pula.. Ilmu hadis wajib ingat jika nak mendalami ilmunya..

Jadi lah seperti sahabat-sahabat atau pun tabiean yang bersungguh berusaha untuk tahu ilmu ini. Kelas malam ni sudah tamat..

Semoga Allah permudahkan kita semua untuk dapat kebaikan..

Ada tips macamana nak memudahkan hafalan tak ustaz?

Ustaz Solahuddin:
Jangan lupa baca hafal ketika waktu otak tenang tenteram.. Biasanya malam hari.. Dan selepas subuh lancarkan hafalan..

وآخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين
السلام عليكم ورحمة الله

Nak hafal teks kitab, point-point atau hadis yg ustaz sebut tadi tu je?

Ustaz Solahudin:
Yang tadi mukaddimah kitab saja.. Kalau hafal lagi bagus.nanti kena hafal dalam kelas minggu depan in sya Allah

Komen dan Soalan