Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Note 67 : Mut’ah

Note 67 : Mut’ah

198
0
Iklan

Bismillah…
Note 67 : ruj fikh manhaji 2

MUT’AH

1. Pengertiannya :

  Bermaksud sesuatu yang menyeronokan dan dapat dimanafaati. Mut’ah dalam bab ini ialah harta yang wajib diserahkan oleh suami kepada isterinya yang telah ditinggalkan samaada dengan sebab penceraian atau dipisahkan.

2. Perempuan yang Berhak Mendapat Mut’ah:

2.1. Isteri yang diceraikan selepas persetubuhan.

2.2. Isteri yang diceraikan sebelum persetubuhan dan mas kahwinnya tidak disebut semasa akad nikah.

2.3. Isteri yang diperintah berpisah dengan suaminya. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh suami murtad atau melakukan li’an. Perpisahan tersebut berlaku selepas persetubuhan atau sebelum persrtubuhan dengan syarat mas kahwib tidka disebut dalam akad nikah.

Allah SWT berfirman :
“Kepada wanita wanita yang diceraikan ( hendaklah diberikan oleh suaminya) mut’ah menurut yang ma’ruf sebagai suatu kewajipan bagi orang orang yang bertakwa.”
Surah Al Baqarah : 241

3. Kadar Mut’ah :

  Qadi akan menentukannya berdasarkan status suami dan isteri dari sudut sisio-ekonomi suami serta keturunan dan sifat-sifat isteri.

3.1. Hikmah Pensyariatannya :

  Bagi menyenangkan hati isteri yang diceraikan apabila meninggalkan kediaman suamisteri, meringankan kesusahan akibat perpisahan dengan suaminya dan menghilangkan penderitaan serta kebencian yang mungkin akibat daripada perpisahan itu.

3.2. Melampau lampau dalam menetapkan Kadar Mas Kahwin :

  Ramai yang meletakkan kadar mas kahwin seperti meletakkan harga diri perempuan. Mereka tidak sedikit pun memikir mas kahwin tidak memberi makna seperti itu selama-lamanya. Mas kahwin adalah lambang ketulusan seorang suami terhadap perkahwinan dan pemberian untuk menghormati wanita dan melahirkan kasih sayang kepadanya dalam membin kehidupan berumahtangga yang sejahtera.

Rasulullah SAW bersabda :
“Perkahwinan yang besar keberkatannya ialah yang lebih mudah perbelanjaannya.”
Riwayat Ahmad : 6/82

4. Kesimpulannya, perbuatan menetapkan mas kahwin yang terlalu tinggi adalah makruh menurut hukum syara’. Memudahkan urusan mas kahwin adalah sunat dan punca untuk mendapatkan keberkatan dan kebaikan keada pasangan pengantin dan masyarakat.
 

Komen dan Soalan