Utama Bilik (78) Bulughul Maram & Fathul Bari Kelas 7(ii): Kemanisan Iman, Tahap Cinta Tertinggi

Kelas 7(ii): Kemanisan Iman, Tahap Cinta Tertinggi

752
0
Iklan

9 – باب حَلاَوَةِ الإِيمَانِ

9-BAB KEMANISAN IMAN.

 

PENJELASAN,

 

1- Bab ini untuk menerangkan tahap cinta tertinggi. Seperti maksud ayat

‏﴿١٦٥﴾ وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ ٱللَّهِ أَندَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ ٱللَّهِ ۖ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَشَدُّ حُبًّا لِّلَّهِ ۗ وَلَوْ يَرَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓا۟ إِذْ يَرَوْنَ ٱلْعَذَابَ أَنَّ ٱلْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعَذَابِ

(165) Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal).

(Al Baqarah 2:165)

 

2- Maksud kemanisan iman ialah tahap iman yang terbaik dan termolek. Halawah maksud bahasa melayu “manis” dan boleh juga di maksud dengan “lazat” jadi makna di sini kelazatan iman atau kemanisan iman di capai melalui kelazatan dari melakukan ubudiah yang benar tulus dan murni mengikut syariat Allah.

 

صحيح البخاري ١٥: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ الثَّقَفِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Shahih Bukhari 15: Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna berkata, telah menceritakan kepada kami

Abdul Wahhab Ats Tsaqafi berkata, telah menceritakan kepada kami Ayyub

dari Abu Qilabah,

Dari Anas bin Malik,

Dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda:

“Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapat manisnya iman iaitu Allah dan Rasul-Nya menjadinya lebih dicintainya dari selain keduanya. Dan ia mencintai seseorang, lalu dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah. Dan dia benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke api”

 

PENJELASAN

1- Lafaz makna “Kemanisan iman”  ialah, kemuncak iman dan kecintaan seseorang.

Kemuncak iman terletak pada tingginya kelazatan pencapaian imannya sehingga tahap cintanya terhadap Allah melebihi yang lain.

2- Dan manakala nisbah cinta sesama makhluk pula terletak pada tingginya cintanya terhadap Rasulullah. Tidak disamakan cinta kepada Rasulullah dengan cinta kepada Allah. Lebih-lebih lagi jika cinta kepada Rasulullah melebihi dari cinta terhadap Allah. Sebab itu, Rasulullah menyebut “Dan ia mencintai seseorang, lalu dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah..” iaitu agar dibezakan antara Allah dgn Rasulullah  serta makhluk sekalian.

3- Mencintai seseorang “kerana Allah” termasuk kemanisan iman. Seperti contoh, cinta kepada Nabi Muhammad kerana dia adalah pesuruh Allah. Cara cinta kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam  ialah ikut sunnahnya.

Seperti firman Allah:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): “jika benar kamu mencintai Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

4- Begitu juga “takut melakukan kekufuran” pada Allah sama seperti takut azab Allah  juga termasuk kemanisan iman.

 

**habis di sini sahaja hari ini**

Soalan boleh terus tanya..

Wallahu a’lam

Wabillahi taufiq wal hidayah

وآخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين

 

?Bilik 79: Ustaz sebut halawatul iman sebagai kemuncak iman. Maknanya yang tiada ketiga-tiga ciri ni, adakah kurang imannya atau bagaimana ya?

Dan adakah ciri-ciri ni apabila berada dalam diri seseorang, akan kekal?

Jawapan:

Kurang iman nya jika maksiat, bertambah iman bila taat, tiada iman jika tahap kufur ingkar jenis murtad.

 

?Bilik 111

صحيح البخاري ١٤: حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ عُلَيَّةَ عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ صُهَيْبٍ عَنْ أَنَسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ح و حَدَّثَنَا آدَمُ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ قَالَ

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

Salam.nk tnya,ح tu maksudnya apa?

Jawapan: Wsalam.. Pindahan sanad awal ke sanad yang baru..iaitu hadits sama ada dua jalur sanad..sudah di bahas dalam pelajaran lepas..sila rujuk kelas lepas.

 

?Bilik 78

Contoh; Seorang anak ingin berkahwin secara menurut sunnah Nabi SAW. Namun kedua ibubapa ingin membuat majlis perkahwinan ikut adat yang penuh maksiat.

Apakah si anak dikira tdk mencintai Nabi SAW sepenuhnya sekiranya dia tunduk dgn desakan ibubapanya dalam hal ini?

Jawapan: Zahirnya ya..

 

Soalan:

Assalamualaikum, maaf andai soalan ini tidak berkaitan, ada ustaz kata solat duduk kurang pahala berbanding berdiri kerana niat tu sendiri “mendirikan solat” dan

Solat duduk hanya kerana tidak mampu berdiri.

Jawapan: Waalaikumussalam.. ya begitu lah

Tambahan penyoal: Terima kasih ustaz, jadi kena usaha sehabisnya.. Betul-betul darurat baru ikut kemudahan.

 

Soalan:

Assalam’alaikum. Ustaz Solah. Izinkan saya bertanya satu soalan

Hadith famous pasal ramadhan antaranya “man shoma ramadhan imanan wahtisaban…”

Apa maksud ihtisab?

Saya dengar ustaz-ustaz tazkirah lain definisi. Ada yang terjemah “barangsiapa puasa ramadhan dengan penuh iman dan ikhlas…”

Ada terjemah “…dengan penuh iman dan menghitung-hitung pahala…”

Ada yang “…dengan penuh iman dan mengharapkan pahala…”

Ke memang semua tu termasuk maksud ihtisab tu?

Jawapan: Waalaikumussalam ya harapkan pahala..

Komen dan Soalan