Utama Bilik (105) Qawaid Fiqh Pengajian 5 : Qawai’d Fiqh

Pengajian 5 : Qawai’d Fiqh

1316
0
Iklan

Kaedah pertama,

الامور بمقاصدها

Setiap perkara terikat dengan tujuan-tujuannya atau maksud. Asal atau punca kaedah ini ialah hadis niat iaitu.

انما الاعمال بالنية

Setiap amalan sah dikira bergantung kepada niat. Tentang hadis ini, saya telah tulis dalam buku saya syarah hadis kitab iman daripada kitab misykaat al-masaabih. Sekarang sedang dicetak. Hadis ni dimasukkan dalam mukaddimah kitab misykaat. Hadis ini merangkumi lebih 70 bab fekah. Kaedah ini berdasarkan kepada hadis itu menunjukkan bahawa setiap amalan mesti bermula dengan niat. Nanti saya cuba masukkan syarah hadis niat dalam ni.

Kaedah dan dhobith pecahan dari kaedah ni. Antara maksud niat adalah untuk membezakan ibadat dengan adat supaya tidak timbul kekeliruan. Kerana itu antara kaedah cabang kepada kaedah utama itu ialah;

فلم تكن تشرط فى عبادة # لم تشتبه هيئتها بعادة

Tidak disyaratkan niat pada ibadat yang tidak keliru bentuknya dgn adat.

Contoh;

Beriman tidak perlu niat kerana tidak timbul keliru dengan adat. Ini berkaitan dengan syara’, iaitu sah atau tidak. Dari segi akal, memang suatu yang bersifat ikhtiyari iaitu pilihan mesti bermula dengan niat. Ia merujuk kepada salah satu syarat berkaitan niat ialah mengetahui suatu yang diniatkan. Seperti nak niat solat tahu tentang solat.

Dhobith seterusnya. (Maknanya tlh disebutkan sblm ni).

حيثما يشترط التعيين والتعيين لا يشترط تفصيلا فالخطاء فى التفاصيل مبطل

Bila disyaratkan menentukan dan menentukan tak disyaratkan secara terperinci maka kesilapan dalam memperincikan akan membatalkan.

Contoh;

Jika jadi makmum maka disyaratkan niat mengikut imam. Tetapi tak disyaratkan menentukan siapa imam. Lalu jika tentukan saya niat ikut Umar tiba-tiba Usman yang jadi imam, maka batal solatnya. Kaedah cabang kepada kaedah pertama.

Antaranya ialah

كل موضع افتقر الى نية الفرضية افتقر الى تعيينها

Setiap tempat yang perlu kepada niat fardhu maka perlu kepada menentukannya. Kerana Setiap perkara berdasarkan kepada maksudnya atau tujuannya. Bila nak buat tujuan untuk dapat fardhu, maka mesti kepada penentuan tersebut. Baru dapat fardhu itu.

 

Kaedah seterusnya,

اشتراط التعيين فيما يلتبس

Disyaratkan menentukan pada perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan.

Contoh;

Keliru Antara fardhu dengan sunat, qasar dengan tamam dan sebagainya. Tentang niat secara khusus seperti tempat, waktu dan sebagainya, terdapat dalam Nota pdf hadis niat yang saya berikan. Harap boleh rujuk disitu.

 

Kaedah seterusnya,

النية خصصت ما عمم ولم تعمم ما يخص

Niat mengkhususkan suatu yang umum dan tak mengumumkan suatu yang khusus. Hukum adalah berdasarkan kepada apa yang dimaksudkan olehnya.

Contoh 1;

Seorang bersumpah tak akan bercakap dengan sesiapa (umum), dan dia berniat orang itu adalah Zaid. Maka dibataskan hukum itu hanya pada Zaid. Dia hanya tidak boleh bercakap dengan Zaid.

Contoh 2;

Seorang sebut umum kepada isterinya, “saya tinggal awak”. Tapi, dia niat khusus iaitu tinggal dengan makna cerai,maka yang terjadi adalah cerai. Tapi tidak boleh sebaliknya, seperti dia sebut cerai (khusus) tapi niat dia tinggal di rumah sahaja,maka tak jadi yang umum. Jadi yang khusus sahaja.

 

Kaedah cabangan seterusnya.

مقاصد اللفظ على نية اللافظ

Maksud sesuatu lafaz mengikut niat orang yang melafazkan.

Contoh;

Orang yang i’tikaf, dia niat i’tikaf secara mutlak kemudian dia keluar dari masjid. Bila dia nak masuk balik apakah dia perlu memperbaharui niat? Jika ketika keluar dia niat utk kembali semula maka tak perlu niat yang baru. Tetapi, jika tiada sebarang niat maka dia kena perbaharui niat. Ulama mengecualikan satu masalah dari kaedah ini iaitu masalah orang yang bersumpah di hadapan qadhi. Maka pada ketika itu niat yang dipakai ialah niat qadhi.

Dhobith seterusnya

من اتى بشئ مسنون يشتمل عليه منوي قبله فيتادى بذالك المسنون الفرض

Sesiapa yang melakukan sesuatu yang sunat yang sudah terangkum di dalam perkara yang diniatkan sebelumnya, maka jadilah yang disunatkan itu adalah fardhu.

Contoh;

Orang yang solat,niat solat sudah merangkumi pelbagai amalan di dalamnya samaada fardhu atau sunat. Kemudian dia duduk tasyahhud akhir. Dia lupa, lalu dia niat tasyahhud awal. Maka tasyahhud akhir yang wajib itu sah.

Kaedah kedua daripada lima kaedah utama.

اليقين لا يزول بالشك

Yakin tidak boleh hilang dengan sebab syak.

وحََدثَّنَيِ محَُمدَّ بُنُْ أحَْمدَ بَنِْ أبَيِ خَلفٍَ حَدثَّنَاَ موُسَى بنُْ داَودُ حََدثَّنَاَ سُليَمْاَنُ بنُْ بلَِالٍ عَنْ زيَدْ بِنِْ أسَْلمَ عََنْ عَطَاء بِنِْ يسََار عٍَنْ أبَيِ سَعيِدٍ الخُْدرْيِِّ قاَلَ: قاَلَ رسَُولُ اللهَّ صَِلىَّ اللهَّ عَُليَهْ وِسََلمَّ:َ ((إذِاَ شَكَّ أحََدكُمُ فْيِ صَلَاتهِ فِلَمَ يْدَرْ كِمَ صَْلىَّ ثلََاثاً أمَ أْرَبْعَاً فلَيْطَْرحَِ الشَّكَّ ولَيْبَنِْ عَلىَ ماَ اسْتيَقْنََ ثمُ يَّسَْجُد سَُجْدتَيَنِْ قبَلَْ أنَْ يسَُلمِّ فَإَنِْ كاَنَ صَلىَّ خَمسًْا شَفعَنَْ لهَ صَُلَاتَه وُإَنِْ كاَنَ صَلىَّ إتِمْاَماً لَأربْعَ كٍاَنتَاَ ترَغِْيماً للِشَّيطَْانِ)).

Asas kepada kaedah ini ialah hadis diatas. Dan beberapa hadis lain.

Makna hadis : Bila seorang kamu syak dalam solatnya, dia tidak tahu berapa rakaatkah dia dah buat, 3 atau 4, maka
hendaklah dia membuang syak dan bina atas yang yakin. Kemudian sujud dua sujud.

Antara kaedah pecahan.

الاصل بقاء ما كان على ما كان

Asal / ukuran / asas sesuatu kekal mengikut keadaan sebelumnya.

Contoh 1;

Orang yang syak adakah dia berhadas atau tidak, maka hendaklah dia ingat keadaan sebelumnya setakat yang dia ingat. Jika yang akhir dia ingat ialah solat, maka dia masih ada wudhu’. Jika yang akhir dia ingat ialah masuk tandas,  maka dikira tidak ada wudhu’.

Contoh 2;

Dia makan sahur, lalu syak apakah telah terbit fajar atau belum. Maka yang dikira adalah keadaan sebelumnya iaitu belum terbit.

Kaedah pecahan seterusnya

Dari syair.

والاصل فيما اصل الائمة # براءة الذمة يا ذا الهمة

Dan asal mengikut perkara yang dikira sebagai asal oleh imam-imam. Bebas dari sebarang tanggungan wahai orang yang mempunyai hemah.

Kaedah dari Syair

الاصل براءة الذمة

Asal hukum ialah selamat / bebas seseorang dari tanggungan.

Contoh;

A didakwa oleh B bahawa dia menanggung hutang, tapi B tak ada bukti. Maka memadai bagi A bersumpah sahaja untuk melepaskan dirinya. Kerana asal bagi A ialah bebas dari sebarang tanggungan.

Sya’ir seterusnya.

أو فى القليل والكثير حملا # على القليل حسبما تاصلا

Atau pada sedikit dan banyak ditanggungkan kepada sedikit mengikut sebagaimana dijadikan sebagai asal.

Sya’ir tu isyarat kpd kaedah fiqh y berbunyi.

اذا شك أحدكم فى القليل أو الكثير فالأصل القليل اى حمل على القليل

Bila seseorang syak antara sikit atau banyak maka asalnya adalah sedikit iaitu kembalikan kepada yang sedikit.

Contoh;

Seorang solat syak antara 3 @ 4 rakaat,maka ambil yang sedikit iaitu 3.

Contoh;

Seorang syak apakah baru 2 kali dia ceraikan isterinya atau sudah 3 kali tanpa sebarang bukti. Maka kira yang sedikit.

كذلك مما قعدوا الاصل العدم # فاعرف فروع ما يجى وما قدم

Begitu juga antara yang mereka jadikan kaedah ialah asal ialah tiada. Maka ketahuilah furu’ atau cabang-cabang akan datang dan telah lalu.

Sya’ir ini isyarat kpd kaedah cabang seterusnya iaitu

الاصل العدم

Asal bagi sesuatu antara ada dengan tiada ialah tiada. Dari sya’ir yang panjang tu,kaedahnya pendek sahaja.

Contoh;

2 orang kongsi mudharabah.Pemberi modal tanya yang melakukan kerja dan dia kata ada untung,tiba-tiba yang mengusahakan kata tiada. Maka asalnya adalah tiada untung.

Contoh;

Sepasang orang ditangkap dalam kain selimut, lalu dituduh telah berzina, dan tiada bukti. Tapi mereka
nafikan. Maka asalnya antara ada zina dengan tiada zina, jawapannya adalah tiada zina.

Komen dan Soalan