Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits 01.08.04 #140315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits: Sahih Al Bukhari

01.08.04 #140315 Bilik (40) Asas Ilmu Hadits: Sahih Al Bukhari

139
0
Iklan

Sahih Al Bukhari

 

 
 

Nota 01.08.04 Mengenal Kitab-kitab Hadits  

 
Susunan: BroSyarief 
 
SAHIH AL-BUKHARI 
 
Nama sebenar bagi Sahih al-Bukhari ialah al-Jaami’ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min Umuuri RasulilLah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam wa Sunanihi wa Ayyamihi, adapun Sahih al-Bukhari adalah nama yang dipopularkan kerana mudah disebut dan dikenal.  
 
Nama sebenar bagi penulisnya pula ialah Muhammad ibn Isma’il ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Bardizbah al-Bukhari, yang kemudiannya lebih dikenali ramai dengan panggil al-Imam al-Bukhari. 
 
Beliau dilahirkan pada tahun 194H, di Bukhara (di Uzbekistan), dan meninggal di Khartank (berhampiran Samarkand, di Uzbekistan) pada tahun 256H. 
 
Beliau rahimahullah telah mula menghafal hadits sewaktu umurnya belum 10 tahun. Kemudian beliau rahimahullah berkelana mencari ilmu ke Syam, Mesir, Jazirah, Basrah, Hijaz dan tak terhitung jumlah beliau rahimahullah masuk ke Baghdad dan Kufah. Sehingga beliau berjaya mengumpulkan lebih dari 600 000 hadits. 
 
Kitab Sahih al-Bukhari disusun mengikut bab-bab fiqh dan ilmiah. Dan jumlah hadits di dalamnya termasuk hadits-hadits yang berulang adalah sebanyak 9082 hadits. 
 
Kenapa ada hadits berulang di dalam Sahih al-Bukhari? Ini kerana boleh jadi satu hadits yang sama mempunyai banyak pengajaran dan kesimpulan hukum, menyebabkan ianya boleh diletak di bawah topik-topik yang berbeza. 
 
Di antara keunikan Sahih al-Bukhari: 
 
  1. Ditulis dengan fokus untuk mengumpulkan yang sahih sahaja mengikut syarat al-Bukhari. Adapun buku-buku lain tulisan beliau tak mensyaratkan sahih, seperti al-Adab al-Mufrad, dll. 
  2. Sangat ketat pra-syarat penerimaan periwayatan hadits untuk diletakkan dalam Sahih al-Bukhari. Antaranya mesti terbukti pertemuan di antara perawi (Tsubut al-Liqa’). 
  3. Sebelum meletakkan hadits, beliau akan mandi, solat sunat dan beristikharah kepada Allah untuk meminta petunjuk, kemudian diletakkan hadits tersebut. 
  4. Dikenali kefahaman dan ijtihad fiqhnya melalui penamaan bab-bab yang diletakkan oleh beliau rahimahullah. 
  5. Dia tidak menulis sebarang muqaddimah bagi sahihnya. 
  6. Banyak hadits mua’allaq (akan dibincangkan kemudian) di dalam sahihnya. 
 
Di antara kitab-kitab yang mensyarahkan Sahih al-Bukhari: 
 
01. A’lam as-Sunan, oleh al-Khattabi (w.386H) 
02. Syarh Sahih al-Bukhari, oleh Ibn Battal (w.449H)
03. Fathul Bari fi Syarh Sahih al-Bukhari, ditulis oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalaaniy (w.773H) 
04. ‘Umdatul Qari, ditulis oleh Imam al-‘Aini (w.762H), 
Dan banyak lagi. 
 
walLaahu a’lam
 
Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Muhammad Abullayts KhairAbaadi. 
 
#BroSyariefShares

 

Komen dan Soalan