Utama Bilik (50) Diskusi Bersama Doktor Soal Jawab Tentang Kesihatan

Soal Jawab Tentang Kesihatan

664
4
Iklan

Soalan 11

Apakah rawatan yang patut dibuat untuk mempercepatkan kulit tumbuh kembali? baru-baru ini, ada saudara terkena letupan gas, bila dibawa ke hospital,doktor buang kulit yang terbakar dan sapu dengan colagen.Boleh beri sedikit nasihat?

Jawapan 11

Burn

Dalam keadaan kulit yg dah terbakar, memang kulit baru akan tumbuh, but old skin burned akan menghalang pertumbuhan kulit baru, thats’s why Dr akan buang kulit lama yang dah terbakar, tak sakit pun masa buang tu sebab kulit tu dah mati. Benarkah sapu kolagen? Biasanya sapu ubat terbakar (ssd). Bila terbakar ni perlu banyak minum air & banyak makanan berprotein untuk bagi tenaga & pembentukan kulit baru. Wallahu’alam

Soalan 12

1. Bagaimana nak merawat jerawat dan jeragat di muka?

2. Cara nak merawat macam mana doc?

Jawapan 12

1. Jerawat ni sebenarnya jenis jangkitan pada liang roma kulit, kena make sure kulit kita bersih dari habuk dan minyak.  Ada orang yang sesuai pakai pencuci muka, ada yang sesuai cuma basuh dengan air bersih. Paras hormon juga mainkan peranan pada rembesan peluh, jerawat selalu terjadi nial stress & prior to haid.Wallahu’alam

2. Untuk jerawat tu banyak product kosmetic di pasaran, contohnya oxy…boleh try apply nipis, kalau kulit jadi menggelupas, maknanya kena try product lain atau kalau teruk sangat jerawat tu boleh jumpa pakar kulit. Pakar kulit yang saya maksudkan adalah Dr perubatan bukan kosmetic people.Wallahu’alam

Soalan 13

Mengenai tonsil juga tapi jika kanak-kanak yang terkena tonsil 2 tahun ke bawah, apa yang disarankan oleh doktor selain daripada mengambil ubat? mungkin kanak-kanak tak sesuai untuk mengambil ubat? (sebab anak buah saya 2 org telah terkena tonsil umur kurang dari 2 tahun)

Jawapan 13

Tonsil tu sekadar rawat secara simptimatik. Macam demam selsema, kita bagi ubat yang memadai untuk mengawal simptom. Namun tonsil mula bermasalah, bila seseorang tu kerap demam kerana tonsil seperti demam 2 kali dalam sebulan atau lebih 5 kali demam tonsil dlm setahun, benda ni perlukan pembedahan.

Soalan 14

1. Saya baru jalani pembedahan kolagen sebab tangan terbakar sebab letupan api dapur gas. Soalan : perlukah saya ambil apa-apa supliment untuk mempercepatkan proses pertumbuhan kulit? Dan betul kah pembedahan ni dapat elakkan parut?

2. Maksudnya tangan saya akan tetap berparut ke?

Jawapan 14

1. Segala healing proceaa boleh menyebabkan parut , lebih2 lagi jika luka tu melibatkan sekeliling anggota ia boleh sembuh dengan parut sehingga tangan menjadi ketat. Saya fikir diorang akan tampal kulit utk elak komplikasi begitu.

2. Tak semestinya, maksud saya berparut tu kalau biar sembuh secara sendiri, tapi ada cara mencegah. Saya fikir doktor plastik lebih arif

Soalan 15

Blood pressure saya 93/68. Kadang-kadang lebih rendah dan pernah 80/50. Saya selalu sakit tengkuk dan sakit kepala. Apakah yang menyebabkan bp rendah? Bagaimanakah cara untuk tingkatkan bp? Apakah kesan bp rendah terhadap tubuh badan selain daripada pening dan sakit tengkuk? Adakah saya boleh terkena strok?

Jawapan 15

Cara measurement tekanan darah pun penting, kadang-kadang orang yang lengan kecik macam lidi selalu tekanan darah rendah kerana isubteknikal. Malah cuff saiz pun penting, kalau terlalu kecik atau besar boleh jejas bacaan. Apa-apa pun dari potrait noraida, tampaknya orangnya kecik molek, mungkin dekat lengan atas tangan kecik rasanya.

Soalan 16

Adakah kesan pengambilan epidural ketika bersalin menyebabkan sakit pinggang atau sakit-sakit lain. Andai benar ia akn menyebabkn sakit2 badan atau sakit pinggang,bagaimana cara mencegah dan merawat agar kembali normal.Adakah perlu buat rawatan lain?

Jawapan 16

Epidural akan sakit sikit di tempat yg di cucuk, bukan sakit belakang keseluruhan, yang biasa terjadi adalah sakit kepala. Rawatan adalah rawatan simtom, kalau pening bagi ubat pening, sakit belakang ubat sakit tahan etc.

Soalan 17

‌‌ ‍‌‌‌‍Saya suspect terkena stomach flu, symptom of vomitting without warning, no fever and I think I get it from my sons and family, soalan saya what is the treatment for this? tidur pun tak lena‌‌‍‌‍‍‌

Jawapan 17

Stomach flu? Saya tak faham. Rawatan adalah rawatan simptom untuk muntah, sakit perut & air garam (ORS). Kena minum banyak air kosong yang di masak. Requirement for day 2L for man age 35 with bodyweight 70kg. Kalau muntah-muntah maka kena minum air lebih untuk ganti air dalam badan.

Soalan 18

Soalan saya. Saya nak tahu petanda pesakit yang allergic antibiotik penicilin. Saya antara yang dikesan allergic pada ubat ni. Pernah saya rasa macam sesak nafas dan sakit dada dan lain-lain. Bukan sekali saya pernah dapat penicilin, tapi kesan dia macam tu la setiap kali, dan saya terpaksa berhenti makan. Saya ada pergi ke hospital, pihak farmasi nak bagi ubat dekat saya, tapi bila dia check, ubat tu 1 group dengan penicilin. Kemudian, mereka tukar. Dan berikan saya cephalexin. Kata mereka tu ibarat sepupu sepapat pencipin la. Hehe. Tapi dengan pesanan, andai kata saya rasa tak ok makan dalam sehari dua, saya datang ke hospital lagi, refer doctor n tukar ubat. Masalahnya , saya takut nak makan.  Apa patut saya buat?

Jawapan 18

Allergic pada ubat.

Tanda2 allergic ni sama jika allergic pd ubat @ makanan. Badan akan naik ruam2 merah macam kelopak garam, gatal, jika tanda yg teruk adalah bengkak bibir, muka & sesak nafas. Jika berlaku begini, kena cepat pergi kecemasan.

Soalan 19

Doktor saya nak tahu adakah lebam yang kita nampak pada kulit sama ada dipukul atau terlanggar menandakan ada darah beku dibawah kulit? jika ia darah beku adakah ia sama seperti darah beku dalam salur darah atau trombosis.

Jawapan 19

Lebam disebabkan ada keradangan pada tisu badan, keradangan boleh melibatkan ada darah beku di bawah kulit. Darah beku ni akan diserap kembali ke dlm badan kita. Ia berbeza dgn darah beku dlm salur darah di mana darah ini boleh pergi ke tempat lain & menyumbat salur darah yg kecil. Implikasi bergantung keoada temoat yg tersumbat, kalau di jantung boleh dpt serangan jantung, kalau di otak boleh dpt stroke etc.

Soalan 20

Saya nak tanya,adakah kesan daripada pengambilan suppliment, contohnya seperti supliment untuk rawat kulit,untuk hilangkan parut ke

Jawapan 20

Setiap ubat atau bahan atau makanan atau minuman yg kita ambil boleh ada kesan sampingan jika tubuh kita alah dengan bahan tersebut atau kita ambil dalam kuantiti yang banyak. Begitu juga supplement & ubat-ubat. Kesan sampingan bergantung kepada supplement tersebut. Saya hanya sebut secara general. Awak semua kena tanya sendiri pada penjual supplement tersebut apa kesan sampingannya. Jika penjual kata tiada kesan sampingan, maknanya si penjual tidak amanah atau kurang pengetahuan tentang produk jualannya.

 

4 KOMEN

  1. masalah sy ada gatal² d badan dan d muka…dah cuba mkan ubat yg doktor bg tp masalahnya masih jgk…apakah gatal² berpubca dr darah

  2. Saya nak tanya,,selama beberapa tahun ni tangan kiri saya selalu lenguh,,kadang2 sakit dada menyucuk sampai ke belakang.. Dengupan jantung saya sangat laju dan saya pernah mengalami sesak nafas… Saya selalu sembelit dan mudah letih tanpa sebarang aktiviti.. SaYa pernah check di klinik tapi MA cakap tak da apa cuma saya mengalami kecederaan otot… Masa x-ray pun ok jugak.. Apa masalah kesihatan yang saya hdapi?

  3. 1.Saya nak tanya,dua hari lepas saya keracunan makanan+gastrik.Muntah-muntah,cirit-birit,sakit perut and demam…sampai sekarang perut saya still sakit lagi.muntah2 and cirit birit dah okay.Bila saya minum or makan perut saya mesti sakit.
    2. Sakit perut tu cuma sakit perut biase ke macam mane?

Leave a Reply to EykaCancel reply