Utama Bilik (10) Sembang Surau Mengenali Allah – 1/100

Mengenali Allah – 1/100

33
0

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي 
أما بعد،

1/100

1.   Kewajipan Mengenal Allah adalah hal yang terpenting, wajib dipelajari, diketahui dan difahami bagi setiap     muslim:-

  • Mengenal Allah
  • Beriman kepada Allah
  • Beribadah kepada Allah
  • Percaya segala sumber dari Allah

2.  Orang yang tidak kenal Allah iaitu Zat yang mencipta, yang memiliki, yang mentadbir akan hidup seperti binatang. Hanya ingin makan,minum, tidur, bangun, berseronok sehingga habis umur, tanpa mengetahui untuk apa dia dijadikan.

3.    Mereka tidak tahu bagaimana cara untuk menjalani kehidupan yg singkat ini.

    إِنَّ اللَّهَ يُدْخِلُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يَتَمَتَّعُونَ وَيَأْكُلُونَ كَمَا تَأْكُلُ               الْأَنْعَامُ وَالنَّارُ مَثْوًى لَهُمْ

Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang mukmin dan beramal saleh ke dalam jannah yang mengalir di     bawahnya sungai-sungai. Dan orang-orang kafir bersenang-senang (di dunia) dan mereka makan seperti       makannya binatang. Dan jahannam adalah tempat tinggal mereka.
Surah Muhammad (47:12)

4.    Mereka akan membuat kerosakan, kejahatan di atas muka bumi ini kerana mereka tidak kenal mana yang baik dan mana yang buruk.

5.    Mereka tidak berasa apa-apa terhadap perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah dan juga tidak tahu apa yang Allah redha.

 

 

 

 

Komen dan Soalan