Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Puasa Sunat

Puasa Sunat

383
0
Iklan

Bismillah…
Note 20 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

PUASA SUNAT

1. Tujuan Puasa Sunat :
– bertujuan menghampirkan diri kepada Allah SWT dengan mengerjakan ibadat-ibadat bukan fardhu dan antara ibadat yang afdal.

Nabi SAW bersabda :
“Sesiapa yang berpuasa sehari kerana Allah, Allah SWT akan menjauhi dirinya daripada api neraka selama 70 tahun.”
Riwayat Al Bukhari : 2685
Muslim : 1153

2. Hikmah Pensyariatan :
– untuk meningkatkan pengabdian dan pendampingan diri kepada Allah SWT.

“Hamba-Ku sentiasa mendamping diriKu dengan melakukan ibadat-ibadat sunat sehingga aku menjadi kasih kepadanya.”
Riwayat Al Bukhari : 6502

3. Jenis Puasa Sunat :
a. Puasa pada hari Arafah : 9 Zulhijjah bagi orang-orang tidak mengerjakan ibadat haji.

Nabi SAw Bersabda :
“Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.”
Riwayat Muslim : 1162

b. Puasa pada hari Asyura dan Tasu’aa’
– hari yang ke sepuluh bulan Muharram, manakala Tasu’aa’ pula adalah hari kesembilan pada bulan tersebut.

Rasulullah SAW bersabda :
“Ia menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu.”
Riwayat Muslim : 1162

c. Puasa Sunat hari Isnin dan Khamis :
“Rasulullah SAW mengambil berat tentang puasa pada hari isnin dan khamis.”
Riwayat Al Tarmizi : 745

d. Puasa Tiga hari pada Setiap Bulan :
– hari yang afdal untuk melakukan puasa tersebut ialah pada bulan yang mengambang, iaitu 13, 14 & 15 setiap bulab Islam yang dikenali sebagai hari-hari putih. Kerana malam tersebut cahaya terang benderang cahaya bulan.

Rasulullah SAW bersabda :
“Kelebihan puasa pada 3 hari setiap bulan menyamai puasa sepanjang tahun.”
Riwayat Muslim : 1162

e. Puasa Enam Hari pada Bulan Syawal :
– afdal adalah puasa berturut-turut sebaik sahaja selepas hari raya Aidil Fitri.
Nabi SAW bersabda :
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, seolah olah dia berpuasa sepanjang tahun.”
Riwayat Muslim : 1264

4. Membatalkan Puasa Sunat :
– boleh membatalkan puasa tersebut dengan berbuka pada bila-bila masa tanpa wajib qadha’, sekalipun ianya makruh.
– namun seseorang yang mengqadhakan puasa fardhu, haram membatalkannya kerana menyempurnakan ibadat fardhu yang telah dimulakan adalah wajib.

Komen dan Soalan