Utama Bilik (78) Bulughul Maram & Fathul Bari Hadis 26-28: Haramnya Perak, Masakan Arak Dan Hidangan Keldai

Hadis 26-28: Haramnya Perak, Masakan Arak Dan Hidangan Keldai

527
0
Iklan

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
أما بعد،

Hari ini kita sambung Bab Aniyah

Hadits 26

وَعَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : أَنَّ قَدَحَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْكَسَرَ فَاِتَّخَذَ مَكَانَ الشَّعْبِ سَلْسَلَةً مِنْ فِضَّةٍ أَخْرَجَهُ الْبُخَارِيّ

Dari Anas Ibnu Malik Radliyallaahu ‘anhu bahwa bekas air Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam retak terbelah, lalu beliau menampal tempat yang retak itu dengan pengikat dari perak.
Diriwayatkan oleh Bukhari.

Maksud hadis,
Bekas air minuman Nabi pecah terbelah. lalu Nabi SAW menampal dengan cebisan dari perak pada bahagian yang rosak itu agar dapat di guna kembali.

Penjelasan

1- Lafaz قَدَحَ ialah bekas air atau bekas minuman, bekas air ini biasanya di buat dari kayu atau besi.

2- Hadits sebelum ini melarang guna bekas makanan/minuman dari emas dan perak. manakala hadits ini pula pengecualian jika sedikit tampalan dari perak.

3- Syarat-syarat boleh di tampal bekas air:
a) Perak. Jika emas tetap haram.
b) Perak itu sebagai alat menampal. Jika sebagai perhiasan bekas maka haram.
c)Sedikit. Haram jika banyak.
d) Ada hajat keperluan untuk guna.

4- Selain dari syarat-syarat di atas maka di larang.

5- Kaedah penting,
setiap yang haram biasanya hukum asalnya adalah haram secara umum. bila ada dalil lain yang memberi perkhususan/pengecualian maka hukum haram tersebut jadi ada pengecualian yang harus.

contoh seperti hukum hadits ini sangat banyak dalam alquran dan hadits.
**habis bab aniyah**
soalan boleh tanya..

? Bilik 79 : Adakah sebarang ukuran untuk tampalan tersebut umpamanya benda yang kita tampal terlalu besar?

Jawapan: Jika besar tu saya rasa tentu banyak perak di gunakan, maka baiklah beli je yang baru.

Bilik (119). Assalamualaikum. Larangan ini untuk bekas sahaja ka? Bagaimana dgn pisau ,sudu dan lain-lain?

Jawapan: Waalaikumussalam, zahirnya hadis hanya bekas air sahaja. Haram guna jika sengaja di buat campur dengan perak tapi jika rosak bekas itu sebab pecah maka boleh tampal dengan perak seperti syarat di atas.

Baiklah habis di situ. Mula bab baru

باب إزالة النجاسة وبيانها

Bab menghilangkan najis dan penjelasannya.

Penerangan,

Setelah di bahas perkara-perkara yang jadi najis dan yang tidak jadi najis. Di sini pula tuan kitab ingin menerangkan cara untuk sucikan kotoran najis dan inilah syarat terpenting bagi menunaikan solat secara sempurna, kerana syarat sah solat mesti suci. Suci dari hadas besar dan hadas kecil dan suci dari kotoran najis pada badannya atau pakaiannya.

Hadits 27

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْخَمْرِ تُتَّخَذُ خَلًّا ؟ قَالَ : لَا أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ وَالتِّرْمِذِيُّ وَقَالَ حَسَنٌ صَحِيحٌ

Anas Ibnu Malik Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam pernah ditanya tentang khamr yang dijadikan cuka. Beliau bersabda: “Tidak boleh.”

Riwayat Muslim dan Tirmidzi. Menurut Tirmidzi hadits ini hasan dan shahih.  

Penjelasan.

1- Lafaz الْخَمْرِ ialah arak atau segala benda yang memabukkan/jadi khayal terdiri dari arak dan seumpamanya.

Asal perkataannya dengan maksud menutup akal fikiran sehingga seolah olah hilang akal atau gila.

2- Soalan ini di tanya kepada Nabi SAW setelah turun ayat yang mengharamkan khamr. kekeliruan sahabat di sini kerana tidak mahu membazir atau kerana ia haram kerana arak, lalu jika sudah jadi cuka sudah hilang dah zat arak yang memabukkan dan tetap Nabi SAW melarang walaupun cuka adalah halal.

3- Hadits ini dalil tidak boleh merawat khamr/arak untuk dijadikan cuka makanan, cuma saja boleh buat cuka walaupun biasanya nak buat cuka ia akan jadi arak terlebih dahulu di dlm bekas simpanan, lalu kemudian ia jadi cuka. Jadi, jika bukan dari rawatan arak untuk jadi cuka maka hukum harus . Jika dari arak dan kemudian baru hendak dijadikan cuka maka ini haram. Sila faham baik-baik masalah ini.

4- Khilaf ulama tentang hukum najis pada zat arak. Sebahagian ulama hukumkan suci dan jumhur ulama hukumkan najis.
Dalil ulama yang mengatakan najis pada arak:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Manakala ulama yang mengatakan tidak najis juga berdalil dengan ayat yang sama. Jika di perhati pada ayat ada perkataan رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ (kotor,keji,najis dari amalan syaitan)
jelas di ayat di atas juga kotor di situ berbentuk maksud perumpamaan bagi peminum arak, penjudi, penyembah berhala dan pengundi nasib.
Sebab itu setiap yang Najis adalah haram tapi, bukan setiap haram mesti najis.

Oleh itu khilaf ulama tentang ini.
Pendapat jumhur lebih ihtiyat (berhati-hati) dalam masalah ini.
**habis di situ**
Soalan boleh tanya.

? Bilik 79: Najis arak pada zat maksudnya kalau terkena air arak, kena basuh ke maksudnya?

Jawapan: Ya..ada dua pendapat seperti yang di atas..untuk berwaspada baik basuh.

? (119) Hukum minum air biasa dari bekas arak yang dibasuh dengan air biasa ja tanpa sabun dan apa hukum minum air biasa dari bekas arak yang tidak dibasuh tapi sudah kosong isinya?

Jawapan: Haram di minum jika tak basuh sebab bercampur dengan air yang haram di minum.. atau pendapat satu lagi kerana najis.

? Bilik 111 : Boleh jelaskan pasal istihalah tak? Yang tukarkan arak kepada cuka tu antara prosea istihalah ke?

Jawapan: Ya, istihalah maksudnya merubah najis kepada tidak najis. Khilaf ulama seperti di atas juga. Sebahagian ulama anggap suci kerana istihalah.

Seperti pendapat dari satu riwayat(pendapat) imam Ahmad, Malik dan Ibn Taimiyyah tapi jumhur kata takleh suci sebab istihalah seperti imam Syafie, Ahmad dan Malik. Dalilnya kerana Nabi haramkan makan binatang jallalah (binatang halal yang makan najis). Kata Ibn Taimiyyah yang terbaiknya ialah ia suci kerana jika ia sudah tiada kesan najis padanya samada rasanya, baunya atau warnanya(dengan zat najis). Permasalahan ini dalam masalah ijtihadiyyah, harap maklum.

Habis di situ soalan. Masuk hadits baru

Hadits 28

وَعَنْهُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : لَمَّا كَانَ يَوْمُ خَيْبَرَ أَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبَا طَلْحَةَ فَنَادَى إنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يَنْهَيَانِكُمْ عَنْ لُحُومِ الْحُمُرِ الْأَهْلِيَّةِ فَإِنَّهَا رِجْسٌ مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Penjelasan,

1- Perang khaibar isyarat kepada zaman akhirnya kehidupan Nabi SAW kerana perang khaibar berlaku setelah suluh hudaibiah pada tahun ke 7 hijrah. Di Khaibar asalnya kampung golongan yahudi.

2- Keldai kampung di sini maksudnya keldai yang biasa di guna untuk kegunaan harian masyarakat islam ketika itu, lawannya keldai hutan seperti kuda belang, baghal dan seumpamanya.

3- Lafaz رِجْسٌ bermaksud kotor atau najis. Ini sesuai dengan pendapat jumhur khamr itu rijsun seperti keldai juga rijsun. maka lafaz rijsun di sini tetap khilaf sama seperti arak.

4- Hadits ini dalil haram makan keldai kampung cuma khilaf ulama adakah tubuh, air liur, air hidung, air lebihan di minum keldai itu najis atau suci.

Zahirnya pendapat ulama mengatakan hukumnya sama dengan kucing, haram di makan tapi zahir tubuhnya tidak najis melainkan yang keluar dari qubul dan duburnya.

Sebahagian ulama mengatakan najis seperti zahir hadits.

Habis dulu di sini kelas malam ini.
Wallahu a’lam.. soalan boleh tanya.. insyaAllah akan di jawab.
Barakallahu lakum

وآخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين
والسلام عليكم ورحمة الله

?78 Kenapakah dikatakan keldai kampung itu kotor? Sekiranya diternak bersih, boleh jadi halal?

Jawapan: Kotor kerana dagingnya di haram oleh Allah Ta’ala. Makan benda haram sebenarnya seolah-olah memakan najis. Sebab itu juga kalau babi di ternak bersih sekalipun tetap haram di makan.

?B78 Assalamu’alaikum ustaz. Baru teringat soalan. Soalannya; Sekiranya keldai itu sama haramnya seperti khinzir, adakah sebarang ulama yang menghukumknnya sebagai najis sepertimana najisnya khinzir? Kalau tiada, kenapa? Jzkk in advance.

Jawapan:
Waalaikumussalam. Babi hukumnya sama dengan keldai. Di kalangan mazhab syafie yang masyhur mengatakan hukum babi lain dari keldai, bahkan imam syafie kata keldai suci, cuma haram makan sahaja. Selain mereka pula kata keldai dengan babi suci tapi takleh makan sebab haram dan jika menyentuh najis babi atau keldai hanya wajib di basuh biasa sahaja, tidak di basuh dengan cara 7 kali basuhan.

Harap maklum. Wallahu a’lam

Komen dan Soalan