Utama Konvensyen UiTO 🌟 KONVENSYEN UiTO KE-6 🌟 UiTO 2015–2025 • Sedekad Dakwah Maya

🌟 KONVENSYEN UiTO KE-6 🌟 UiTO 2015–2025 • Sedekad Dakwah Maya

25
0
Iklan

🌟 KONVENSYEN UiTO KE-6 🌟
UiTO 2015–2025 • Sedekad Dakwah Maya

Alhamdulillah, setelah enam tahun tergendala, Konvensyen UiTO kini kembali!

Tahun ini lebih bermakna kerana kita bukan sahaja meraikan Sedekad UiTO (2015–2025), tetapi juga kejayaan besar apabila Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia (UiTO) telah diiktiraf sebagai Malaysia Social Enterprise Aspiring oleh Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) bermula 23 September 2025.

Pengiktirafan ini membuktikan komitmen UiTO dalam memperkukuh peranan dakwah, pendidikan dan sosial secara mampan melalui platform digital dan komuniti ilmu.

Bersempena detik bersejarah ini, kami menjemput semua sahabat, ahli, dan penyokong Ukhuwah@UiTO untuk hadir memeriahkan Konvensyen UiTO Ke-6, simbol kesyukuran atas perjalanan ilmu, ukhuwah, dan perjuangan bersama.

Dengan tema penuh hikmah dan penyatuan:

“Perbezaan Bukan Pemisah – Ke Arah Penyatuan Ilmuwan Dalam Bingkai Adab dan Hikmah”
Santuni Ilmu, Kukuhkan Ukhuwah

📅 Tarikh: Sabtu, 20 Disember 2025
🕘 Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
📍 Tempat: Dewan Perdana Seri Kalsom, Hotel Adamson, Kampung Baru, Kuala Lumpur
👥 Penyertaan: Terhad kepada 100 peserta sahaja!

Perasmian:
YBhg Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz
Yang Dipertua, Persatuan Ulama’ Malaysia

🌿 Antara pengisian menarik:
1. Bicara 10 Tokoh Ilmuan & Forum Ilmiah
2. Jemputan Khas Mr Kumaran Nagapa – Pengurus Grassroots Moringa Resources, Komuniti Mualaf Bestari Jaya
3. Pelancaran Buku UiTO Ke-6 “Hadith Maqlubah Edisi Revisi 2025″
4. Jualan Produk Ukhuwah
5. Sesi silaturahim bersama komuniti Ukhuwah@UiTO

💎 50 peserta terawal akan menerima buku eksklusif Ukhuwah secara PERCUMA!
Setiap peserta juga akan menerima buku Prosiding Konvensyen, cenderahati, sarapan pagi dan makan tengah hari.

💰 Yuran Penyertaan
RM50 untuk Ahli Ukhuwah dan penyertaan berkumpulan (5 orang ke atas)
RM70 untuk Bukan Ahli

Daftar: https://ukhuwahteguh.onpay.my/order/form/3

👕 T-ShirtEdisi Khas UiTO 1 Dekad

Sempena konvensyen ini, UiTO akan mengeluarkan T-Shirt Edisi Khas 1 Dekad (2015–2025) bertemakan:

“UiTO 2015–2025 • Sedekad Dakwah Maya”

Dapatkan sebagai koleksi kenangan dan tanda sokongan terhadap perjuangan dakwah UiTO selama 10 tahun!

Hubungi: https://wa.me/60192831337
@NorM99

❤️ Sumbangan & Infaq

UiTO turut membuka ruang infaq/sumbangan ikhlas bagi membantu menampung perbelanjaan dan pengurusan Konvensyen UiTO Ke-6.
Setiap sumbangan kecil memberi erti besar dalam meneruskan usaha dakwah dan penyatuan ummah.

Klik: https://ukhuwahteguh.onpay.my/order/form/2

🏢 Ruang Iklan Perniagaan Buku Cenderahati UiTO 2015–2025

Promosikan perniagaan anda sambil menyokong dakwah!
Buku Cenderahati ini akan diedarkan kepada semua peserta konvensyen dan rakan kolaborator UiTO.

Pakej Iklan:
Saiz penuh (A4) – RM300
Separuh muka surat – RM150
Suku muka surat – RM100
Ucapan Tahniah / Doa Restu – RM50

Hubungi: https://wa.me/60192831337

✨ Jom hadir — top up ilmu, eratkan ukhuwah & semarakkan kembali semangat dakwah bersama para asatizah dan NGO Islam!

📞 Hubungi untuk pendaftaran & maklumat lanjut:

https://wa.me/60122643121 (Lan)
https://wa.me/60132001356 (Ainul)

Baarakallahu fikum.

Komen dan Soalan