Utama Ahli Jawatankuasa Latar Belakang Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia@UiTO

Latar Belakang Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia@UiTO

45
0
Iklan

LATAR BELAKANG UNIVERSITI ISLAM TELEGRAM ONLINE (UITO)

Universiti Islam Telegram Online yang dikenali dengan nama UiTO telah ditubuhkan pada awal tahun 2015 hasil cetusan idea Che Ab Rahim bin Mahmood @Cikgu Rahim yang juga merupakan pelopor AFN yahoo groups (Februari 2001). Cikgu Rahim telah terlibat dengan dakwah Ikhwan Muslim (IM) sejak tahun 1980-an lagi. Beliau juga merupakan ahli ABIM, PERKIM, IKRAM dan HALUAN.

UiTO telah menjadikan medium telegram sebagai perantara dakwah dan pendidikan Islam secara atas talian berteraskan Al-Qur’an dan hadith sahih di mana UiTO menyediakan kuliah-kuliah mingguan, berkala dan berterusan secara percuma kepada pencari ilmu sebagai satu alternatif kepada medan dakwah sedia ada. Kuliah ini telah diberikan secara sukarela oleh Panelis UiTO yang datang dari seluruh negara dengan pelbagai bidang dan kecenderungan. UiTO juga mempunyai laman web rasmi www.uito.org di mana nota-nota kuliah yang disampaikan telah disunting dan dikemas kini oleh sekumpulan Penyunting yang melibatkan diri secara sukarela juga, memuat naik nota-nota tersebut dari semasa ke semasa untuk tatapan pembaca yang mengunjungi laman web rasmi UiTO.

UiTO maju selangkah lagi dengan tertubuhnya Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia (PPM-004-10-04062019) (Ukhuwah) pada 4 Jun 2019 demi memantapkan dan menambah baik lagi dakwahnya. UiTO sekarang bernaung di bawah Ukhuwah yang lebih telus dan sistematik. Ukhuwah mempunyai 3 kluster utama yang menerajui perjalanan dakwahnya iaitu Kluster Dakwah, Kluster Kebajikan dan Kluster Ekonomi.

AHLI JAWATAN KUASA PERSATUAN UKHUWAH TEGUH MALAYSIA SESI 2024 – 2026

  1. En. Ab Rahim bin Mahmood – Penaung
  2. Wan Mohd Suhailan bin Safian – Pengerusi
  3. Norsiah bt Mohamed – Timbalan Pengerusi 1
  4. Tuan Hassan bin Tuan Lah – Timbalan Pengerusi 2
  5. Hananzita bt Halim – Setiausaha
  6. Mazlan bin Mohd Khalid – Timbalan Setiausaha
  7. Abdul Jamil bin Yahya – Bendahari
  8. Zahiri bin Zubir – Timbalan Bendahari
  9. Sapuan bin Mazlan – AJK
  10. Hasrul Hafizee bin Mamat – AJK
  11. Zolkefli bin Zainol – Juruaudit 1
  12. Ainul Arifin bin Ahmad Rapaai – Juruaudit 2

AJK KLUSTER

  1. Suripahyon bt Bahari – Skuad Prihatin Tengah
  2. Nurjihan bt Jalal – Skuad Prihatin Selatan
  3. Sirajuddin bin Othman – Skuad Prihatin Timur
  4. Jim bin Amin – Skuad Prihatin Borneo
  5. Izzat bin Hakim – webmaster

KONVENSYEN UiTO

UiTO telah berjaya mengadakan 5 buah Konvensyen Tahunan bermula dari tahun 2015:

  1. Konvensyen UiTO Pertama 2015 – Lumut, Perak (Santai Sunah 1)
  2. Konvensyen UiTO Kedua 2016 – Shah Alam, Selangor (Santai Sunah 2)
  3. Konvensyen UiTO Ketiga 2017 – Kuala Lumpur (Islam Itu Rahmat, Mudah dan Indah)
  4. Konvensyen UiTO Keempat 2018 – Lumut, Perak (Islam Deen Praktikal)
  5. Konvensyen UiTO Kelima 2019 – Kuala Lumpur (Keluarga Sakinah Negara Rahmah)

TIM PENERBITAN UKHUWAH

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT jua, UiTO telah mengorak langkah menubuhkan pasukan Penerbitan Ukhwah pada bulan Mac 2020 dalam usaha menerbitkan buku hasil daripada nota-nota kuliah yang dikupas oleh Panelis untuk memudahkan ahli Ukhuwah dan masyarakat amnya merujuk dan memanfaatkan ilmu yang disampaikan secara lebih berkesan selain daripada untuk menjadikan UiTO sebagai pusat perkembangan ilmu.

Buku-buku Terbitan UKHUWAH:

  1. 131 Tanda Kecil Kiamat Dunia Semakin Berakhir Persiapkan Diri (Julai 2020)
  2. Fiqh Asasi Sunnah Untuk Pemula (Kitab Taharah) Mudahkan Jangan Susahkan (Ogos 2020)
  3. 131 Tanda Kecil Kiamat Versi Kemas Kini (Disember 2020)
  4. Waktu Mustajab Doa (Ogos 2021)
  5. Fiqh Asasi Sunnah untuk Pemula (Kitab Salat) Salat itu Mudah Jom Upgrade! (Julai 2023)

KLUSTER KEBAJIKAN

Ukhuwah juga semakin aktif di mana Kluster Kebajikan telah ditubuhkan di seluruh negara untuk memainkan peranan besar dalam melaksanakan aktivitinya.  Skuad Kebajikan Ukhuwah Wilayah Tengah, Utara, Timur, Selatan dan Borneo telah turun ke lapangan sama ada memberi sumbangan atau mengendalikan program. Antara aktiviti yang telah dijalankan:

  1. Ekspedisi Ziarah Mualaf Bestari Jaya, Kuala Selangor, 2020
  2. Program Santuni Asnaf Prihatin Mualaf Siri 2 Skuad Prihatin wilayah Utara, Timur, Selatan dan Borneo (Sabah), 2020
  3. Program Sebarkan Salam dan Berilah Makan kerjasama dengan Yayasan Bushra, Selangor dan Pulau Biking, Sabah, 2020
  4. Sumbangan kipas ke Masjid Ar-Rahman Fasa 2A, Manjung, Perak dan Surau Al Ihsan, Gombak, Selangor, 2021
  5. Program Prihatin Asnaf Pasca PKP 2.0 dan Bubur Lambuk Kasih Aidil Fitri Perkampungan Orang Asli, Kampung Simpang Arang, Gelang Patah, Johor, 2021
  6. Projek Ramadhan, Mencari Baroqah dengan Infaq, Pusat Pengajian Ahsanul Ulum Centre, Denai Alam dan Bakul Semurni Ramadhan N9, 2021
  7. Ukhuwah Bersama Palestine dengan kerjasama MyCare, 2021
  8. Sumbangan buku-buku keluaran Ukhuwah kepada peserta taddarus Al-Quran, Manjung Perak, 2021
  9. Program MyQurban anjuran bersama Ukhuwah dan MyPusaka, 2021
  10. Misi Bantuan Pasca Banjir 2021 @Kampung Bukit Changgang, Banting Selangor
  11. Menyantuni Kasih Gelandangan di Lorong Hj Taib, 2022
  12. Prihatin Ramadhan Asnaf & Mualaf wilayah Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor, 2023
  13. Infaq buku 131 Tanda Kecil Kiamat sebanyak 205 buah ke 9 lokasi terpilih
  14. Program Sepak Raga Selepas Asar’ di Masjid Nurul Iman, Mukim Nesam, Bintong, Kangar, Perlis, 2024
  15. Waqaf Surau untuk Kem Penempatan Sementara Gaza kolaborasi dengan Persatuan Ulama’ Malaysia, November 2024
  16. Infaq RM100 setiap bulan untuk Bil Elektrik dan Air kepada Madrasah Irsyadul Quran, mulai November 2024 – Mei 2025
  17. Agihan Ramadhan Gift 2025 kepada Asnaf & Mualaf terpilih di Perak, Sarawak, Sabah, Selangor, Perlis, Kedah, Pahang dan Johor (50 kotak), Mac 2025
  18. Infaq 2 buah Perigi di Cambodia, Mac 2025
  19. Sumbangan Iftar 80 pek Nasi Arab Ayam Mandy kepada Asnaf Flat Desa Cheras, Cheras, Mac 2025
  20. Jamu Makan Hari Asyura kolaborasi bersama Ukhuwah dan Semat Qur’an dengan agihan 400 pek iftar dan bubur Asyura ke 8 buah Masjid dan Surau sekitar Kuala Kangsar, Julai 2025

KLUSTER DAKWAH

Manakala Kluster Dakwah juga bergerak aktif dalam mengadakan aktiviti-akitiviti yang signifikan seperti berikut:  

  1. Penyuntingan nota kuliah bilik telegram dan muatnaik ke laman web uito.org
  2. Penerbitan buku daripada nota kuliah online telegram
  3. Kuliah Live StreamYard daripada panelis tetap dan jemputan setiap minggu – Risalah Tauhid, Tafsir Al-Qur’an, Diskusi bersama Doktor, Syarahan Kitab Misykaat Al Masaabiih, Kitab Al Jami’ Bulughul Maram
  4. Penubuhan Akademi Ukhuwah Azuan Machang, Kelantan, Jun 2021 – Oktober 2024
  5. Penerbitan E-Book Tafseer Literate Fatihah di platform antarabangsa Rakuten Kobo, Disember 2024
  6. Penubuhan Akademi Ukhuwah Muslimah Mujahadah Kempas, Johor, Ogos 2025

KELAS AKTIF ONLINE

Nama Kelas Syarahan Kitab Misykaat Al Masaabiih
Jadual Kelas Setiap Selasa, Jam 10.00 pm – 10.30 pm
Panelis Ustaz Ahmad Nasim bin Abdul Rauf
Metod Pembelajaran Streamyard – penstriman secara langsung ke YouTube dan Facebook
Pengisian Pembacaan Hadith-hadith di dalam Kitab Misykaat Al Masaabiih dengan Huraian Ringkas.

 

Nama Kelas Kelas Harfiah Al-Qur’an
Jadual Kelas Setiap Selasa, Jam 9.15 pm – 10.15 pm
Panelis Ustaz Azlizan Nueq
Metod Pembelajaran Zoom
Pengisian Pengajian Harfiah Al-Qur’an (makna literal atau langsung daripada teks Al-Qur’an) untuk setiap kalimah di dalam Al-Qur’an dengan menyasarkan satu atau dua ayat untuk setiap kelas.

 

Nama Kelas Tafsir Surah-surah dalam Al-Qur’an
Jadual Kelas Setiap Khamis, Jam 9.15 pm – 10.15 pm
Panelis Ustaz Azlizan Nueq
Metod Pembelajaran Streamyard – penstriman secara langsung ke YouTube dan Facebook
Pengisian Syarahan tafsir dan perbincangan untuk setiap ayat bagi surah pilihan.

 

Nama Kelas Kelas Pemula
Jadual Kelas Setiap Ahad, Jam 9.15 pm – 10.15 pm
Panelis Ustaz Azlizan Nueq
Metod Pembelajaran Zoom
Pengisian Pemantapan ilmu bagi pelajar pemula untuk cabang ilmu berbeza setiap minggu iaitu ilmu tafsir Al-Qur’an, ilmu hadith, ilmu fiqh, sirah Nabawi serta ilmu Tauhid.

 

Nama Kelas Soal Jawab Fiqh Sunnah
Jadual Kelas Setiap Hari
Panelis Tuan Hassan Tuan Lah
Metod Pembelajaran Whatssap dan Telegram
Pengisian Soal jawab dan perbincangan persoalan fiqh harian secara ilmiah dan mesra pemahaman.

 

Nama Kelas Tahqiq Hadith
Jadual Kelas Setiap Hari
Panelis Tuan Hassan Tuan Lah
Metod Pembelajaran Whatssap dan Telegram
Pengisian Kupasan ringkas dan padat untuk setiap hadith yang dikemukakan oleh ahli bilik.

 

Nama Kelas Santapan Rohani
Jadual Kelas Setiap Hari, Jam 7.50 am
Panelis Che Abdul Rahim bin Mahmood@Cikgu Rahim
Metod Pembelajaran Telegram, Facebook dan TikTok
Pengisian Kupasan ayat demi ayat untuk surah pilihan berpandukan Tafsir Al-Muyassar.

 

Nama Kelas Tazkirah Petang – Satu Hadith Sejuta Ibrah
Jadual Kelas Setiap Hari, Jam 6.30 pm
Panelis Che Abdul Rahim bin Mahmood@Cikgu Rahim
Metod Pembelajaran Telegram, Facebook dan TikTok
Pengisian Kupasan berserta pengajaran untuk setiap hadith pilihan.

 

Nama Kelas Pengajian Muslimah Mujahadah
Jadual Kelas 3 kali seminggu
Panelis Ustazah Nurjihan Jalal
Metod Pembelajaran Zoom Online, Fizikal
Pengisian Kupasan Kitab Salat, 131 Tanda Kecil Kiamat, Hisnul Muslim
Peserta Ibu Tunggal/Balu/Asnaf/Mualaf
Lokasi Kempas, Johor

Pautan untuk pendaftaran keahlian Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia:

https://bit.ly/ahliUkhuwah2023

Infaq Dakwah dan Kebajikan:

Maybank (Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia)

No Akaun: 562058070928

FB: https://www.facebook.com/ukhuwahteguh

Website: uito.org

No. Tel: 019 283 1337/019 441 6030

Email: [email protected]

Komen dan Soalan