Utama Konvensyen UiTO 🌟KEMPEN DANA KONVENSYEN UiTO KE-6 2025

🌟KEMPEN DANA KONVENSYEN UiTO KE-6 2025

19
0
Iklan

🌟KEMPEN DANA KONVENSYEN UiTO KE-6 2025
“Santuni Ilmu, Kukuhkan Ukhuwah”
10 Tahun UiTO | 2015–2025 – Sedekad Dakwah Maya

🌿 Seruan Amal

Alhamdulillah, Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia (UiTO) akan menganjurkan Konvensyen UiTO Ke-6 2025 pada 20 Disember 2025 di Dewan Perdana Sri Kalsom, Hotel Adamson, Kg. Baru, Kuala Lumpur.

Konvensyen kali ini menandakan 10 tahun perjuangan dakwah maya UiTO — dari layar telefon hingga ke pentas ilmu. Ia menghimpunkan para asatizah, ilmuan dan aktivis dakwah bagi memperkukuh ukhuwah dan menyatukan pandangan dalam bingkai adab serta hikmah.

Bagi memastikan majlis ini berjalan lancar, kami membuka Kempen Sumbangan Dana Konvensyen — peluang untuk sahabat semua berkongsi saham akhirat dalam program ilmu yang penuh barakah ini.

🤝 Sasaran Dana: RM12,000
(Penyertaan 100 orang peserta)

Dana ini akan digunakan untuk:

Sewaan Dewan & Peralatan Audio Visual – RM3,800
Jamuan Peserta & Tetamu  – RM2,500
Cenderamata, Beg, Tag nama & Sijil – RM1,400
Kertas Kerja – RM1,800
Cenderamata Panelis & AJK – RM2,000
Bahan Promosi – RM500

💳 Cara Menyumbang

🏦 Maybank Islamic
No. Akaun: 562058070928
Nama: Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia

📱 Boleh juga imbas kod QR DuitNow dalam poster rasmi Konvensyen UiTO.

📩 Mohon maklumkan bukti sumbangan ke WhatsApp:
📞 012-264 3121 (Lan)
📞 013-200 1356 (Ainul)

Semoga setiap sen sumbangan menjadi asbab tersebarnya ilmu dan ukhuwah Islamiah.
Inilah peluang kita bersama-sama menjayakan satu konvensyen yang mengangkat tema:

“Perbezaan Bukan Pemisah — Ke Arah Penyatuan Ilmuan dalam Bingkai Adab dan Hikmah – Santuni Ilmu Kukuhkan Ukhuwah”

Bersama kita hidupkan #Ilmu #Amal #Prihatin
dan jadikan 10 tahun UiTO sebagai saksi perjuangan dakwah yang tidak pernah padam.

Ustaz Suhailan Safian
Pengerusi UKHUWAH
Sesi 2024-2026

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning
Warning
Warning

Warning.

Komen dan Soalan