Utama Bilik (50) Diskusi Bersama Doktor Soalan Jawab Dengan Doktor — Penyakit Tibi

Soalan Jawab Dengan Doktor — Penyakit Tibi

2176
3
Iklan

Soalan:
Apakah itu penyakit Tibi dan apakah simptom-simptomnya? Saya mengalami batuk yang berterusan. Adakah perlu diuji untuk penyakit Tibi?

Jawapan:
Berikut sedikit penerangan mengenai penyakit Tibi:

Mungkin ramai yang tidak tahu atau ramai yang tahu tetapi kurang peka dengan transmisi penyakit ini serta tahap keterukan penyakit ini.

Tibi yang sering terjadi dan menyerang paru-paru dikenali sebagai “Pulmonary Tuberculosis”.
Penyakit ini disebabkan oleh bakteria ‘Mycobacterium Tuberculosis’ yang boleh tersebar melalui titisan air ataupun udara.
Bakteria ini juga boleh menyerang organ lain seperti selaput otak, kelenjar leher, tulang, buah pinggang dan lain-lain.
Pesakit Tibi yang menderita penyakit ini akan menyebarkan berjuta-juta bakteria Tibi di udara melalui bersin atau batuk.
Penyakit Tibi yang tidak dirawat akan membawa maut.

Mereka yang mempunyai risiko diserang Tibi adalah seperti berikut:

❗ Bayi/kanak-kanak serta orang tua.

❗Mereka yang dijangkiti AIDS (Virus HIV).

❗ Mereka yang mendampingi pesakit batuk kering.

❗ Warga asing dari negara yang mempunyai kadar jangkitan batuk kering yang tinggi.

❗Mereka yang kekurangan zat dan vitamin.

❗Pesakit yang mengambil rawatan steroid atau rawatan yang merendahkan tahap daya ketahanan badan seperti pesakit yang telah menjalankan pemindahan organ atau pesakit “Systematic Lupus Erythemotosus” (SLE)/rheumatoid.

❗ Pesakit yang sedang mengambil rawatan kemoterapi.

* Semakin rendah daya ketahanan tubuh, semakin tinggi risiko jangkitan Tibi boleh berlaku.

Kebiasaannya mereka yang diserang Tibi mempunyai tanda-tanda seperti:

● Batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu.

● Kahak yang mungkin mengandungi darah.

● Demam dan berpeluh terutamanya di sebelah petang dan malam.

● Susut berat badan dan hilang selera makan secara tiba-tiba.

● Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang.

● Mudah letih.

Di hospital/klinik, Tibi dikesan melalui:

🛇 Pengambilan spesimen kahak pesakit dan ujian di bawak mikroskop dilakukan untuk menguji kehadiran bakteria.

🛇 Imbasan x-ray, di mana akan kelihatan tompok putih petanda terdapat jangkitan tibi pada paru-paru.

🛇 Mantoux test, di mana ujian tuberkulin dilakukan dengan mencucuk sedikit protein tuberkulin di bawah kulit pesakit kemudian bacaan reaksi kulit terhadap protein itu dilakukan selepas 3 hari suntikan diberi. Bacaan negatif akan diberi jika tidak kelihatan ‘lepuhan’ pada kulit, dan lepuhan yang terhasil lebih daripada 10 cm akan diberikan bacaan positif.

Langkah-langkah Pencegahan Tibi:

✔ Imunisasi BCG yang diberikan secara percuma di semua hospital dan pusat kesihatan kerajaan untuk semua orang yang berumur 20 tahun ke bawah yang belum lagi mendapat suntikan BCG/warga asing yang baru tiba ke negara kita.

✔ Bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan suntikan dos ke 2 sekiranya tiada bekas parut pada umur 12 tahun.

✔ Kontek langsung pesakit Tibi iaitu ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dalam tempoh yang lama hendaklah membuat pemeriksaan di klinik atau di hospital kerajaan.

** Rawatan yang diberikan oleh Pegawai Perubatan biasanya dalam tempoh rawatan sekurang-kurangnya 6 bulan. Jenis ubat-ubatan ialah Steptomycin, Rifamicin, Ethambutol dan Isoniazide Pyrazinamide.

** Jika anda mengalami Tibi, doktor akan membuat preskripsi rawatan yang perlu. Pastikan anda mematuhi rawatan tersebut secara tetap sehingga selesai. Ini boleh menyembuhkan anda dan juga mencegah anda daripada menyebarkan penyakit ini kepada keluarga anda dan orang lain yang berhubung rapat dengan anda.

!! Rawatan Tibi biasanya mengambil masa selama 6 bulan.
– Ia meliputi rawatan harian selama 2 bulan dengan 4 jenis ubat diambil setiap hari di bawah penyeliaan anggota kesihatan yang dilantik.
– Diikuti pula dengan rawatan yang dilakukan 2 kali seminggu selama 4 bulan (biasanya 3 jenis ubat diambil, di bawah penyeliaan).

* Jika rawatan ini diikuti secara tetap oleh pesakit berkenaan, kemungkinan untuk sembuh adalah besar.

Harus Diingatkan!

❌ Penyakit Tibi tidak boleh berjangkit melalui makanan dan minuman.

❌ Penyakit Tibi bukan sejenis penyakit keturunan.

❌ Pesakit Tibi yang telah menerima rawatan lebih dari 2 minggu, tidak lagi menjangkiti kepada orang lain.

Antara langkah awal mencegah rebakan Tibi adalah:

✅ Biarkan rumah dimasuki cahaya matahari sebanyak yang boleh kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman Tibi yang terapung di dalam udara dan berlindung di sudut dan penjuru rumah.

✅ Buka semua tingkap selebar-lebar mungkin bagi mencegah Tibi daripada merebak.

✅ Amalkan cara hidup yang sihat dan makanlah makanan yang seimbang supaya badan anda boleh menentang kuman Tibi.

✅ Elakkan daripada bersesak-sesak di dalam rumah terutama warganegara asing yang bekerja di negara ini. Rebakan Tibi akan menjadi lebih tinggi.

24 Mac setiap tahun merupakan ‘ Hari Tibi Sedunia’ seperti yang ditetapkan oleh WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia). Tarikh ini diambil sempena penemuan kuman Tibi oleh Dr Robert Kosh di Berlin pada 24 mac 1882. Ia disambut bagi memberi kesedaran tentang penyakit Tibi yang boleh membawa maut jika tiada rawatan awal diambil.

Maka dengan ini dapat diberitahu bahawa Tibi bukan boleh dikesan begitu sahaja tanpa melalui proses saringan yang ditetapkan.

Soalan:
Terima kasih di atas perkongsian ini. Adakah maksudnya kurang berisiko Tibi jika mengalami batuk tidak berkahak?

Jawapan:
Simptom PTB atau Pulmonari Tuberkulosis hadir dengan:
1. Batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih
2. Batuk berdarah
3. Demam dan berpeluh pada waktu petang atau malam
4. Hilang selera makan atau turun berat badan
5. Sakit dada semasa batuk atau bernafas secara dalam
6. Mudah letih dan lemah
7. Serak suara

Seandainya telah mengalami batuk yang lama dan berpanjangan dan kerap demam pada waktu malam, lakukan pemeriksaan doktor dengan segera.


Soalan:
Semalam nenek saya telah menjalankan imbasan x-ray dan didapati terdapat tompokan putih pada paru-paru sebelah kirinya.

Apakah punca tompokan putih tersebut? Adakah itu menunjukkan tanda kahak yang terkumpul dan menempel di bahagian paru-parunya itu?

Adakah tompokan itu bahaya dan boleh menyebabkan penyakit Tibi ataupun kanser?

Jawapan:
Mungkin ada “pleural effusion” (cecair berlebihan di peparu) yang terjadi disebabkan oleh jangkitan di paru paru ataupun ketumbuhan.


Soalan:
Adakah penyakit tibi otak berkaitrapat dengan saraf?

Jawapan:
Tibi otak sudah pasti berkaitrapat dengan saraf, dan biasanya “lesion” (luka akibat penyakit)nya “focal” (tumpuan) dan memberi kesan yang focal juga.

3 KOMEN

  1. Hai doktor .nama saya danial.tulang tangan saya patah dan terpaksa dimasukkan besi.saya ingin bertanya adakah besi itu akan menghalang pertumbuhan tulang saya untuk memanjang dan adakah saya sudah tidak dapat tinggi.terima kasih

Leave a Reply to DanialCancel reply