Utama Bilik (106) Usyul Tafsir Buruk sangka pada Allah

Buruk sangka pada Allah

44
0
KONGSI

Buruk sangka pada Allah SWT

Ada orang datang ke rumah di Seremban. Dia adalah saudara pada isteri Ayahaji.

Ayahaji: Kerja apa?

Saudara: Cikgu

Ayahaji: Apa pandangan awak tentang “iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’iin – Pada Kamu saja kami sembah dan pada Kamu saja kami meminta pertolongan”.

Cikgu: Ya begitulah saya faham.

Ayahaji: Kita perlu sembah atau beribadat pada Allah SWT saja?

Cikgu: Ya.

Ayahaji: Kita perlu berdoa pada Allah SWT saja?

Cikgu: Ya.

Ayahaji: Bagaimana pandangan awak tentang solat hajat di mana kita suruh ustaz atau imam buat untuk kita?

Cikgu terpesir, lantas terdiam.

Ayahaji: Bukankah itu bermaksud pakai perantaraan dalam berdoa?

Cikgu: Tapi semua orang buat!

Ayahaji: Tidak semua orang yang buat. Hanya orang yang rasa dirinya tidak alim, dosa banyak saja yang buat begitu.

Cikgu: Ya, dia tidak yakin pada dirinya sendiri.

Ayahaji: Tidak. Dia tidak percaya pada Allah SWT yang mencipta dirinya sendiri. Allah SWT yang memberi segala keperluan hidup pada semua makhluk-Nya. Allah SWT yang akan memakbulkan segala hajatnya, sesuai dengan kehendak Allah SWT. Dia pernah tidak solat, pernah buat dosa itu ini. Dia tidak mengerti isi kandungan al-Quran dan hadis, dia tidak tahu agama lalu dia rasa Allah SWT tidak akan terima doanya. Dia telah berburuk sangka pada Allah SWT.

Ayahaji: Siapakah yang buat seseorang itu alim atau cerdik? Tentulah Allah SWT bukan! Siapakah yang buat seseorang itu terencat akal? Tentulah Allah SWT bukan! Ayahaji hendak tanya Cikgu, orang yang terencat akal itu bila dia bercakap pun kita tidak faham. Bila orang itu berdoa pada Allah SWT, adakah Allah SWT faham kata-katanya?

Cikgu itu terpesir, kemudian berkata: Tentu Allah SWT faham.

Ayahaji: Seorang kafir yang ingin mencari kebenaran. Dia masih lagi syirik pada Allah SWT, berbagai dosa lain, adakah doanya untuk mencari jalan yang benar ini Allah SWT tidak akan makbulkan?

Cikgu terpesir kemudian menjawab: Ya, Allah SWT terima.

Ayahaji: Adakah Cikgu hendak berdoa Allah SWT tidak tahu? Atau adakah jika Cikgu kata doa itu dalam hati, Allah SWT tak tahu?

Cikgu: Tahu.

Ayahaji: Oleh itu jika kita kata Allah SWT tidak mahu makbul doa kita kerana kita jahil, dosa banyak dan lain-lain Allah SWT tidak hendak makbulkan? Adakah kata-kata begitu atau akidah begini menimbulkan buruk sangka pada Allah SWT?

Cikgu: Ya, buruk sangka.

Ayahaji: Bukankah akidah begini tanda kita tidak percaya pada Allah SWT? Atau adakah ini syirik pada Allah SWT?

Cikgu terpesir kemudian berkata: Syirik pada Allah SWT.

Ayahaji: Bagaimana pula dengan menyuruh imam atau ustaz buat solat hajat untuk kita? Adakah ini juga syirik pada ayat Al-Fatihah di atas? Atau juga bermaksud syirik pada Allah SWT? Cikgu, semak dalam kitab-kitab hadis, adakah Nabi kita SAW atau para sahabatnya RA buat solat hajat semasa hijrah atau bina Masjid Nabawi atau berjihad, semua itu Cikgu tidak akan jumpa di mana-mana hadis.

Cikgu terpesir.

Allahu a’lam.

Komen dan Soalan