Utama Bilik (09) Ulum Al-Quran 06.01 Sebab Penurunan (اسباب النزول)4

06.01 Sebab Penurunan (اسباب النزول)4

30
0
KONGSI

BroSyarief:
alHamdu lilLah.. Sempat siap nota yang pertama untuk bab ini..

Semoga bermanfaat.

#210616 Bilik (09) Ulum al-Quran

06.01 Sebab Penurunan (اسباب النزول)

#NotaBroSyarief #UlumQuran #UiTOBilik09

al-Quran turun untuk membimbing kemanusiaan ke arah objektif yang jelas, dan memimpin ke jalan yang lurus, serta meneguhkan mereka dengan asas-asas kehidupan yang didokong oleh keimanan kepada Allah dan risalahNya.

Majoriti ayat-ayat al-Quran turun kerana objektif asal ini yang bersifat umum, tetapi para sahabat turut menyaksikan berlakunya peristiwa-peristiwa tertentu yang menyebabkan ayat al-Quran turun, yang dikenali sebagai Asbab an-Nuzul (أسباب النزول) yang bermaksud ‘Sebab-sebab Penurunan (ayat/surah dari al-Quran)’.

Para pengkaji ilmu-ilmu al-Quran memberikan fokus istimewa tentang kajian Asbab an-Nuzul, sehinggakan sebahagian dari mereka membuat penulisan khas mengenainya, seperti ‘Ali ibn al-Madini, guru kepada Imam al-Bukhari, begitu juga al-Wahidi dengan kitabnya ‘Asbab an-Nuzul’, kemudian al-Ja’bari meringkaskan kitabnya dengan hanya memadamkan sanad-sanadnya.

Selepas itu, Ibn Hajar al-‘Asqalaaniy juga menulis sebuah kitab tentang Asbab an-Nuzul, lalu as-Suyuthiy menemui sebahagian dari tulisan asalnya dan dia menghadapi kesukaran menemui versi lengkap kitab tersebut, kemudian beliau sendiri menuliskan kitab berkaitan Asbab an-Nuzul.

Kata as-Suyuthi,

وَقَدْ أَلَّفْتُ فِيهِ كِتَابًا حَافِلًا مُوجَزًا مُحَرَّرًا لَمْ يُؤَلَّفْ مَثَلُهُ فِي هَذَا النَّوْعِ ، سَمَّيْتُهُ لُبَابُ النُّقُولِ فِي أَسْبَابِ النُّزُولِ

Aku telah tuliskan padanya (yakni: tentang Asbab an-Nuzul), sebuah kitab yang padat, ringkas dan tersendiri; yang mana tidak ditulis seumpamanya dalam bentuk ini; yang aku namakan ia ‘Lubab an-Nuqul fi Asbab an-Nuzul’.

[al-Itqan fi Ulum al-Quran]

walLaahu a’lam

Ruj: Mabahits fi ‘Ulum al-Quran, karangan Ust Manna’ Khalil al-Qattan

#BroSyariefShares

أبو ريان جَفْرِي الكَرَامِيّ:
OK. Adakah surah-surah diturunkan sikit sikit..misal nya.. al-baqarah sikit… pastu surah surah lain sikit?? Atau satu surah nuzul sampai tamat baru surah lain nuzul…?

BroSyarief:
Ada. Banyak. Contoh mudah adalah wahyu pertama surah al-‘Alaq hanya turun 5 ayat pertama sahaja dulu.

Cg Rahim:
Al-Maun, separuh makkiyah, separuh, madaniyah.

BroSyarief:
Ada yang turun sebahagian, ada yang turun satu surah lengkap.

أبو ريان جَفْرِي الكَرَامِيّ:
Ok. Faham. Semoga Allah membalas Bro Syarief dan Cikgu Rahim dengan kebaikan

Komen dan Soalan