Utama Bilik (131) Tazkirah Ustaz Naim ♡Tadabbur Kalamullah 16 Ramadhan 1436h♡

♡Tadabbur Kalamullah 16 Ramadhan 1436h♡

107
0

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِنْدَ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

“Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan”[Surah Al-Baqarah 110]

#Kalimah zakat diulang sebanyak 30 kali oleh Allah di dalam al-Quran. 27 kali disebut di samping solat dlm ayat yg sama

#Mengeluarkan zakat adalah WAJIB berdasarkan dalil al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak ulamak. Ia merupakan salah satu dari rukun Islam yg lima. Mengabaikan zakat adalah dosa besar. Mengingkari kewajipannya akan menyebabkan seseorang muslim itu murtad dari agama.

#Kelebihan bagi orang yang menunaikan zakat:

1. Mereka Akan Dibersihkan Allah

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

“Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu (wahai Muhammad) membersihkan dan mensucikan mereka, dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (at-Taubah: 103)

[Kata ulama’: Dibersihkan hati-hati mereka dari kesan syirik, sifat bakhil dan kedekut serta membersihkan tubuh-badan mereka dari penyakit dan bala bencana]

2. Dijauhkan Dari Neraka

وَسَيُجَنَّبُهَا الْأَتْقَى* الَّذِي يُؤْتِي مَالَهُ يَتَزَكَّىٰ

“Dan kelak akan dijauhkan orang yang paling takwa dari neraka itu, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah) untuk membersihkan dirinya dan hartanya” [Surah Al-Lail 17-18]

3. Akan Bertambah Rezeki dan Terpelihara Harta.

Sabda Rasulullah s.a.w:

حصنوا أموالكم بالزكاة، وداووا مرضاكم بالصدقة، واستعينوا على حمل البلاء بالدعاء والتضرع

“Bentengkanlah harta kamu dengan zakat, ubatilah saudara-saudara kamu yang sakit dengan bersedekah dan pohonlah pertolongan (dari Allah) ke atas bala yang menimpa dengan berdoa dan merendah diri (kepada Allah)”. (HR Abu Daud dari al-Hasan. al-Jami’ as-Saghir, Imam Suyuti, Dhaif)

♡Tunaikanlah zakat fitrah dan zakat harta. Ingatlah bahawa dalam harta kita ada bahagian milik orang lain♡

Komen dan Soalan