Utama Bilik (07) Tadabbur Al-Quran سورة الطارق ١٧

سورة الطارق ١٧

62
0

 

[86:17] فَمَهِّلِ الْكَافِرِينَ أَمْهِلْهُمْ رُوَيْدًا

 

Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa. [86:17]

Hidup di dunia ini hanyalah sebentar. [46:35]

Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat (SEKETIKA) sahaja dari siang hari. Apakah yang dimaksudkan dengan seketika sahaja pada siang hari? [79:46]

Cuba bayangkan satu hari di sisi Allah bersamaan 1000 tahun pada kiraan dunia. [32:5]

Kalau kita hidup 100 tahun di dunia ini, tempohnya baru 2.4 jam pada kira hari di sisi Allah. Baru berapa minit?

Kalau hidup 100 tahun baru lebih kurang 144 minit sahaja. Sedikit ujian yang kita lalui hendaklah dihadapi dengan sabar [46:35]

Maka bersabarlah kamu seperti para rasul ulu al-‘azmi bersabar

Teruskan perjuangan untuk mengembangkan al-Qur’an ke tengah masyarakat. Justeru ganjaran bagi orang yang sabar itu tanpa batas. [39:10]

Jangan cepat melatah. Jangan suka merajuk. Jangan cepat putus asa. Jangan cepat melenting. Sikit-sikit hendak doakan kebinasaan ke atas orang lain. [46:35]

dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Justeru azab yang akan mereka terima akan tiba sebentar sahaja lagi. Allah timpakan istidraj untuk mereka dalam keadaan mereka tidak sedar. [68:44-45]

Mereka leka dalam kesenangan, sedangkan perancangan Allah hendak mengepung mereka supaya menjadi penghuni neraka yang kekal kerana kelekaan mereka mengejar dunia. [6:44]

Kalau mereka berniaga, maka perniagaannya bukanlah untuk mengembangkan ajaran al-Qur’an tetapi lebih tertumpu kpd mencari kesenangan duniawi [24:37]

Apa makna rijal (رجال)? Apa istimewanya lelaki?

Rijal: Manusia yang berjiwa besar, iaitu yang boleh memimpin orang ke jalan yang benar, [4:34] sanggup berkorban dan tetap pendirian. [33:23]

Itulah kualiti orang yang tidak akan mengabaikan zikrulLah kerana sibuk dengan aktiviti jual beli.

Bersetujukah inilah kualiti lelaki yang sepatutnya, wahai kaum wanita? Apakah bekalan yang patut ada pada diri mereka untuk beroleh kualiti sedemikian?

Mereka mesti menguasai zikrulLah. Apakah yang dimaksudkan dengan zikrulLah?

ZikrulLah: Peringatan daripada Allah, iaitu al-Qur’an.

Demikian dalam menguruskan anak-anak supaya mereka menjadi anak-anak yang berkualiti. Allah mengingatkan kita supaya tidak melupai zikrulLah. [63:9]

Kalimah ZikrulLah, mengingati Allah (abstrak). Kalau sebut al-Qur’an baru konkrit dan spesifik. Setuju?

Kalau orang itu ada harta banyak tetapi tidak peduli al-Qur’an, kita patut terpesona ke dengan harta benda mereka?

Apabila seseorang anak itu dapat AAAA dlm peperiksaan, tetapi tidak mempedulikan al-Qur’an, baca tidak faham, patutkan kita rasa kagum terhadapnya?

Inilah yang al-Qur’an hendak beritahu kita (istidraj). [9:55]

Kesimpulan: Binalah diri supaya berjiwa besar menerusi penguasaan al-Qur’an supaya apa sahaja yang dimiliki, isteri-isteri, anak-anak, harta benda, masa dan tenaga, kesemuanya dapat dimanfaatkan ke jalan Allah supaya beroleh syurga-Nya. [28:77]

أقول قولي هذا،وأستغفر الله العظيم لي ولكم,والحمد لله ربّ العالمين.

Komen dan Soalan