Utama Bilik (02) Fiqh Al-Manhaji Aqiqah 2

Aqiqah 2

246
2
Iklan

Bismillah…
Note 52 : sambungan note 51

9. Menamakan Anak, Mencukur Rambut dan Bersedekah Emas atay Perak pada Hari Ketujuh :

  Sunat menamakan anak dengan nama yang baik baik pada hari ketujuh.

Rasulullah SAW bersabda : “Bahawa nama-nama yang paling disukai Allah dikalangan kamu ialah Abdullah dan Abdul Rahman.”
Riwayat Muslim : 2132

10. Azan di Telinga Bayi :
  Sunat azan ditelinga kanan bayi dan iqamah ditelinga kiri sebaik baik sahaja dia dilahirkan. Tujuan adalah bagi memulakan pendengarannya didunia ini dengan kalimah tauhid.

11. Khitan :
  Al Khitan berasal daripada khatana yang bermaksud potong. Mengkhitankan zakar ialah memotong kulup yang menutup hujung kemaluan lelaki. 

  Berkhitan wajib bagi lelaki dan perempuan.

11.1. Dalil : ” Fitrah manusia itu lima perkara atau lima perkara adlah fitrah manusia, iaiti berkhitan, mencukur bulu ari ari, mancabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.”
Riwayat Bukhari : 5552

  Maksud fitrah ialah amalan sejak lama dahulu, yang menjadi pilihan para Nabi dan dipersetujui oleh semua syariat.

11.2. Waktu berkhitan : adalah wajib, tetapi tidak disyariatkan semasa kecil. Bahkan ia harus dilakukan semasa kecil atau dewasa.

11.3. Hikmah Persyariatan : adalah supaya kanak-kanak itu benar-benar bersih dan suci. Suci luaran ialah tanda yang membuktikan bersih dalaman.