Utama Bilik (78) Bulughul Maram & Fathul Bari Hadis ke 13

Hadis ke 13

412
1
Iklan

Hadis 13


وَعَنْ أَبِي قَتَادَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ – فِي الْهِرَّةِ – : إنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ إنَّمَا هِيَ مِنْ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ أَخْرَجَهُ الْأَرْبَعَةُ وَصَحَّحَهُ التِّرْمِذِيُّ وَابْنُ خُزَيْمَة

Dari Abu Qotadah Radliyallaahu ‘anhu Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda perihal kucing -bahwa kucing itu tidaklah najis, ia adalah termasuk haiwan berkeliaran di sekitarmu. Diriwayatkan oleh Imam Empat dan dianggap shahih oleh Tirmidzi dan Ibnu Khuzaimah.

Darjat hadis ini Sohih.

Penerangan hukum.

1- tubuh kucing adalah suci.seperti bulu dan kulitnya.maka boleh manusia bermain2 dengannya dan pelihara di dalam rumah.manakala tahi kotorannya tetap najis.cuma zahir di tubuh tiada najis maka hukum tiada najis.walaupun kita tahu kucing tak basuh berak kencingnya.

2- hadis ini menunjukkan air sisa dari meminuman kucing juga adalah suci. seperti hadis abu qatadah membiarkan kucing minum air dari bekas wudhu nya dan kemudian sisa airnya beliau guna utk berwudhu.

3- binatang yang haram di makan tidak semestinya jadi najis tubuhnya atau bulunya.melainkan secara jelas riwayat yang mengatakan najis seperti hadis anjing sebelum secara jelas sebut dengan kaedah2 basuhannya sekali.

Tamat.

Soal jawab di buka. Soalan berkaitan hadis anjing boleh masukkan sama di sini.

1. Soalan : ustaz, adakah kucing termasuk binatang haram dimakan? dlm hadith itu menyatakan kucing tidak najis tubuhnya.

Ustaz : haram di makan.cuma saja masalah hukum najis suci shj.

2. Soalan : Sisa air minum kucing blh diguna utk wudhu itu adakah lbh dr 2 kolah atau bgaimana

Ustaz : sikit pun takpe..sbb dlm hadis abu qatadah bekas wudhunya kecil shj.

3. Soalan : Ustaz.. kalau tengah solat, kucing gesel punggung dia kat kita sah tak solat kita ? takut2 ada tahi

Ustaz : Sah solat seperti dlm hadis ni.kecuali memang dia berak atas kita atau kencing

4. Soalan : Ada tak dalil yg mengatakan bulunya najis?

Ustaz : Dalil hadis ni tubuh kucing tak najis.jelas lagi sorih.

5. Soalan : Saya pernah baca kata pendapat, jika bulu kucing yang lekat pada baju itu najis ke??

Ustaz : Hadis ni menunjukkan makna bulunya tidak najis.

6.Soalan : Bagaimana kalau kucing itu di kacukkan dgn anjing menjadi satu haiwan…bagaimana status die dgn 2 hadis yg di atas?

Ustaz : Ada ke? tak jumpa pun lagi.

6.a. Soalan ; Kalau kemungkinan berlaku mcm tu..hihi

Ustaz : Nanti berlaku dulu baru kita pakat pakat fikir.hehe

**(soalan andaian sebenarnya tak perlu..ini sesuai dgn hadis yg melarang kita byk bertanya perkara yg tak perlu.ada dlm albukhari nanti insyaAllah.)

7. Soalan : Pendapat yg bersandar pendapat bahagian haiwan yg tercerai dari tubuhnya adalah najis. maka ada yg cakap bulu kucing yg tercerai dari tubuhnya adalah najis. mcmana ustaz?

Ustaz : Jika sesiapa pelihara kucing maka dia akan tahu kalau main dgn kucing pasti lekat bulu pada dirinya..tidak pernah pula Nabi suruh basuh sebab kena bulu atau kerana bulu najis bila kena tempat basah maka jadi najis..tiada..dan Nabi pernah naik keldai yg mana keldai pun haram makan,tak pernah pula Nabi basuh kakinya atau sebagainya.

 

1 KOMEN

Leave a Reply to zillinCancel reply