Utama Bilik (07) Tadabbur Al-Quran (سورة الطارق (٦

(سورة الطارق (٦

46
0

[86:6] خُلِقَ مِن ماءٍ دافِقٍ

 

Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim) [86:6]

Manusia ini asalnya dari tanah? Betul?

Sanggupkah Iblis hendak beri penghormatan kepada Nabi Adam yang dicipta dari tanah? Apa kata Iblis? [7:12]

Siapakah yang mengangkat manusia jadi mulia? [17:10]

Proses kelahiran keturunan manusia dari air mani. Istilah al-Qur’an bagi air mani? [3:28]

Benih manusia itu asalnya dari air mani yang tidak dipandang orang. Ia bersih tetapi dianggap jijik, lalu segera dibasuh. Bukan begitu?

Siapalah manusia di atas muka bumi ini? Apakah manusia sedar hakikat ini?

Ayat ini hendak mengajak kita supaya sedar diri, tahu dari mana asal usul kita, apa tugas kita, ke mana kesudahan hidup kita?

Siapa sebenarnya yang mengangkat kedudukan kita?

Siapa yang memberi rezeki kepada kita?

Apa yang kita balas dengan segala kebaikan yang kita perolehi?

Air mani yang hina tadi disebut juga air yang terpancut. Ke mana ia dipancutkan?

Siapakah wanita itu?

Siapa isteri itu?

Lelaki dan perempuan, pasangan suami dan isteri mempunyai makna yang besar di sisi Allah. Inilah yang patut kita fikirkan. Ada peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Cuba fikirkan. Ini adalah topik yang akan kita tadabbur pada ayat 7

Komen dan Soalan